Friday, October 15, 2010

Backdated Entry : Weekend Breakaway @ Alor Setar

Isk.. entry lama betul nih.. we had short breakaway at Alor Setar on 30th July. Saja2jer nak g jln2 kat sana. Bila bgtau kawan2 nk ke alor setar ramai yg tanya ada apa kat sana? aikk.. nak saja2 cuti2 msia tak bolehke? smp ada yg ingat kiteorg ke sana sbb ada kenduri kawin.. sebenarnya me n hubby tak pernah lagi smp kedah. so, kiteorg nih suka2lah nak g jalan2 satu msia. dok kira negeri mana yg tak pergi lagi bersama as hubby n wife. bila dipikir2kan anniversary kiteorg yg jatuh on bulan puasa, so, kiteorg plan utk celebrate awal sket. dari situlah tercetusnya idea nak ke kedah.

aku amik cuti on friday tuh. pagi dok kemas2 bag.. bertolak dlm tghari.. sepanjang perjalanan saeed dok dlm car seat. masuk je kete terus tido.. bagus, good boy. tapi kesian pulak kat amin yg tak selesa nak tido. kiteorg berhenti isi gas kat rawang n taiping. kat taiping, plan nak mkn kat doli tapi tutup pulak. so, decide makan masa kat alor setar nanti. lepas jer tol juru, terus jam.. kebetulan smp situ dh kul 5 lebih.. alamak, waktu org balik kejelah.. lama jugak jamnyer sbb org nak g ke pulau kot. lepas simpang tuh, terus ok balik. smp ke alor setar hubby dah penat,masa tuh dah kul 8 lebih. so, kiteorg decide tapau jer fast food. jumpalah kfc n pizza hut yg baru jugak bukak kat situ. lepas beli makanan, kiteorg pun check in ke hotel. disebabkan deluxe room dah penuh, diaorg bagi duk kat suite tapi harga deluxe. seronoknya!!


the next day, lepas bfast kat hotel, kiteorg pun kuar2 jln kat bandar alor setar. mula2 gi ke souq al bukhary. nak tgk ada apa kat sana. kedai byk tak bukak lagi wpun dah kul 10 lebih. pelik jugak.. kat situ ada giant and wet market. abis pusing2, kiteorg pun kuar. plan nak cari belt utk hubby since belt dia rosak pulak. pergilah kat pacific mall. ramai jugak org kat situ. lepas beli belt kiteorg decide g pekan rabu. wah wah wah.. mmg mengujakan jugak kat sana. main objective cari kopiah hj abdul utk hubby n amin. pusing2 takdelah yg murah sgt. so,hubby ajak cari kedai hj abdul kat pendang. berpandukan GPS and alamat yg kiteorg amik dari plastik kopiah tuh, kiteorg pun pergilah ke pendang. jauh jugaklah n bila smp ke kampung tuh, tak jumpa pun kedai hj abdul tuh. lepas duk pusing2, kiteorg give up and decide beli kat pekan rabu jer.

2nd time ke pekan rabu, kiteorg makan dulu kat medan selera situ. sedap jugak. pas mkn baru shopping betul2. hubby beli rotan utk amin :) aku dapat 3 helai jubah, 2 utk aku n satu lagi utk hadiah birthday mak. hubby beli baju melayu n kain pelikat. amin dapat mainan power rangers. utk makanan, beli cha cha utk hubby bagi kat kwn2 dia, kuih karas, kacang pistachio, belacan, emping (nih MIL order), rojak buah Mak Bee (mmg sedap!!), ikan pekasam (hubby suka). yg kelakar masa beli ikan pekasam nih, amin asik complaint bau busuk. smp dia duk jauh dr kedai tuh. aku duk byk kali mintak maaf ngan budak2 yg jual tuh. sabo jerlah budak bandar nih...

abis shopping, kiteorg pun balik ke hotel. penat sgt, budak2 terus tertido dlm kete. plan nak romantic dinner kat atas menara alor setar cancelled sbb hubby dh penat sgt. ended up kiteorg tak dinner pun mlm tuh. semua tido awal sbb kepenatan. the last day, lepas bfast kiteorg terus check out. destinasi - doli kue teow di Taiping.

alhamdulillah, smp2 doli dah bukak. ramainya org masa tuh. nasib baik ada meja kosong. kue teow kat sini lagi muak dari Doli kat TTDI. lagi byk telur.. tapi kiteorg layan jer.
berakhirlah edisi cuti2 msia kami kali ini... :)

2 thoughts:

Farra said...

wah menarik tu :) kami lak trining nak gi johor + singapore heheh

-ummu amin- said...

johor?? my hometown tuh. singapore kami pun tak smp lagik... mahallah brg2 kat sana..