A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Tuesday, September 28, 2010

DiGi iPhone 4 Life

DiGi iPhone 4 Real

what i love about Digi iPhone4 plan

1. Further discount on the monthly fee with auto billing



2. Free voice minutes, SMS and MMS are applicable for all networks not only within DIGI

DiGi iPhone 4 Play

Second posting on DIGI iPhone 4. My favourite app will be

with this app, handling small baby in the house will be much much more easier. i don't have to buy expensive baby monitor. just use iPhone as the monitor and it'll keep me alert anytime. i likee!!!

Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me



Why I Want an iPhone4 from DIGI??


1. i can do this with my hubby




2. i want my photos to look like this



3. i want to play games with my sons



4. get in touch with my frens 24/7


knowledge sharing

hari nih nak share knowledge dgn kawan2 kalau2 ada yg belum tahu lagi. rasa2nya semua dah tahu ttg hukum insurans nyawa konvensional yang diharamkan oleh majlis fatwa spt dibwh

Insurans
1-2 Oktober 1970 & 15–16 Februari 1979 • Muzakarah Kali Ke-16

Keputusan :
Manakala persidangan ke-16 pada 15 – 16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut ;
Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidaktentuan)
b. Mengandungi unsur judi
c. Mengandungi muamalah riba


dan hukum produk investment link yang ditawarkan oleh insurans konvensional

Hukum Terhadap Produk Investment Link Menurut Islam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006, di Kuala Lumpur telah membincangkan Hukum Terhadap Produk Investment Link. Muzakarah telah memutuskan:
Umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah. Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.


sehubungan dgn fatwa yg telah dikeluarkan di atas, kita mungkin tidak tahu bila kita mencarum insurans nyawa konvensional dan ditakdirkan Allah kita meninggal, duit dari insurans tersebut tidak boleh digunakan dan dihukumkan HARAM

Wang insurans tidak ikut syarak bukan harta pusaka
Jun 12th, 2008 by Takaful
Sumber: Berita Harian, 12hb Jun 2008

SOALAN:
Anak lelaki saya sudah meninggal dunia dan meninggalkan saya, ibunya, seorang isteri serta dua anak perempuan. Saya sudah mendapatkan Surat Pentadbir Kuasa bagi mentadbir harta arwah. Baru-baru ini, pihak insurans mengeluarkan wang insurans nyawa secara berkelompok arwah kepada balunya. Dalam surat itu, beliau diamanahkan sebagai wasi dan hendaklah membahagikan wang berkenaan mengikut hukum faraid. Arwah tiada meletakkan penama untuk insurans itu. Namun, sehingga kini balu arwah tidak membahagikan wang berkenaan mengikut faraid atau menyimpan di tabung amanah untuk cucu saya walaupun dinasihatkan berkali-kali. Alasannya ialah wang insurans itu adalah insurans konvensional dan bukan secara Islam, jadi tidak perlu dibahagikan mengikut faraid. Apakah hak saya dan waris lain khasnya cucu terhadap wang insurans nyawa itu sama ada ia secara konvensional mahupun Islam.
Ayah dan datuk, Selangor Darul Ehsan

JAWAPAN:
Isu dalam kes ini ialah sama ada wang pampasan insurans nyawa boleh dianggap sebagai harta pusaka atau sebaliknya kerana seseorang yang mengambil insurans nyawa sama ada melalui syarikat insurans konvensional atau secara Islam, beliau akan mencarum sejumlah wang tertentu setiap bulan.

Menurut Akta Insurans, insurans nyawa yang diambil pencarum terbahagi kepada dua jenis iaitu insurans nyawa yang dilantik penama dan insurans nyawa tidak dilantik penama. Pampasan insurans nyawa yang tidak dilantik penama adalah menjadi harta pusaka dan hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.
Bagi pampasan insurans nyawa dilantik penama, ada dua keputusan mahkamah yang berbeza di mana dalam kes Re Man Minhat (1965) 2 MLJ 1 yang diikuti oleh kes Re Bahadun Hassan (1974) 1 MLJ 4, mahkamah memutuskan pampasan insurans nyawa menjadi hak penama.

Namun, dalam kes Re Ismail Rentah (1939) FMSLR 230 dan (1940) MLJ 98, Mahkamah Tinggi memutuskan sebaliknya di mana fakta kes lebih kurang sama dengan kes Re Man Minhat, penama adalah isteri si mati.

Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang Islam adalah sebahagian undang-undang awam negeri. Di bawah undang-undang Islam, mengikut kajian mahkamah seseorang boleh membuat hibah harta yang tertentu ketika hayatnya.

Hibah yang diberi dalam marad al-mawt dianggap sebagai pemberian melalui wasiat, pemberian kepada seorang waris (isteri) adalah tidak sah melainkan waris lain bersetuju. Surat penama tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup kerana tiada pindah milik kepada orang yang menerima.

Oleh itu, mengikut undang-undang Islam, jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris dan bukan menjadi milik isteri sebagai penama.
Hukum berkaitan penama sudah difatwakan pada 1973 di mana penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.
Penama adalah orang yang diberi kuasa untuk mengeluarkan wang si mati dengan mudah dan segera tanpa perlu melalui proses pembahagian harta pusaka mengikut undang-undang pembahagian harta pusaka.

Namun, penama bukanlah pemilik wang itu kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Selepas mengeluarkan wang, penama hendaklah membahagikannya kepada waris mengikut faraid.

Dalam kes tuan, laporan polis boleh dibuat berkaitan tindakan balu arwah pecah amanah sebagai wasi pampasan insurans seperti dinyatakan dalam surat syarikat insurans kepadanya. Tuan juga boleh memfailkan kes di Mahkamah Sivil bagi tuntutan itu.

Namun, rujukan harus dibuat kepada fatwa berkaitan penggunaan wang insurans nyawa itu. Pada 1979, Kesatuan Ulama Fiqh Dunia yang bersidang di Makkah, majoritinya memutuskan insurans jenis perniagaan sama ada ke atas barang perniagaan, nyawa dan lain-lain daripada jenis harta adalah haram.

Pada 1985, majoriti ulama sedunia mengharuskan insurans jenis kerjasama iaitu insurans termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan ditanggung berdasarkan syarat ditetapkan oleh syarak.
Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram.

Maka, tuan perlu meneliti sama ada syarikat insurans arwah menjalankan kegiatan yang menurut hukum syarak atau tidak sebelum membelanjakan wang pampasan itu. Jika syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka.

Hanya wang pendahuluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh si mati saja menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.

Berbincanglah secara baik dengan balu arwah serta dapatkan khidmat guaman yang meliputi undang-undang sivil dan hukum syarak supaya pembahagian dan penggunaan wang insurans itu menurut hukum syarak.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak.

HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWAMuamalat/Ekonomi
Huraian Tajuk/Isu:
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Puan Hadifah bte Mohd Isa daripada Estet Pulau Carey, Pelabuhan Klang, yang bertanyakan fatwa berkenaan dengan perkara di bawah iaitu :

1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)
3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan:
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.

Keputusannya :Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.

1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)

Keputusannya :Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.

1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Keputusannya: Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.
so, saya amat menyeru kepada kawan2 yg ada mencarum insurans konvensional agar berhenti dan pilihlah takaful. kasihanilah anak2 dan ibu bapa kita yg tidak berdosa. kalau pikir rugi, ingatlah kita hanya rugi di dunia, tapi kalau kita teruskan jugak kita akan rugi dunia dan akhirat. duit yg disimpan tak dapat nak diberikan pada anak2 dan ibu bapa plus dosa yg ditanggung.

Monday, September 20, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Rasanya belum terlewat utk kami sekeluarga mengucapkan
salam aidilfitri dan maaf zahir batin
kepada semua rakan2 yg mengenali kami. Ampun maaf di atas segala perbuatan dan percakapan yang mengguris hati samada sengaja ataupun tidak
Kami beraya sakan tahun nih. mana taknyer, dua2 kampung kami balik, perak n johor. mengambil kesempatan cuti raya yg byk tuh, kami berjalan puas2.. starting from wednesday, aku amik half day utk shopping last minute. my bro in law mmg dah cuti n dia, my mil and sil bwk amin ke klang utk shopping. aku sempat pesan suh belikan samping utk amin. yg amin punya recycle pakaikan saeed. aku n hubby pulak buat tinjauan terakhir ke munawwarah. hajat nk cari baju hubby tapi takde design baru. balik empty handed, terus ke pavillion cari pouch bag utk iphone hubby. cari punya cari takde yg lawa. so, aku suggest pergi sunway pyramid. alhamdulillah, g kat machines terus jumpa yg berkenan kat hati. dari sunway, balik amik saeed. masa tuh dah kul 6 lebih. nak pergi bazar ramadhan pun tak sempat, so hubby ajak berbuka kat luar. cari restoran semuanya dah tutup. at last, terpaksa g SACC Mall makan pizza hut. smp2 situ nampak org beratur panjang. ingatkan nak take away, rupa2nya dine in kena order kat kaunter. lama jugaklah kiteorg tunggu. yg tak puas hatinyer, hubby order cheese baked rice tapi bila smp adalah dlm 2cm jer nasi tuh.. dgn rasa tak puas ati aku suh hubby amik gambar, nak complain kat website pizza hut. dari SACC baru balik amik amin kat umah MIL. smp jer umah, hubby bawak naik budak2 and aku start projek masak kek marble. nih order khas dr my MIL utk bwk ke rumah atuk besok.

khamis lepas subuh, kiteorg bergerak menuju ke bagan datoh. amin n saeed aku angkut tanpa mandi. sian diaorg tgh tido. smp ke sg tiang dlm kul 11 lebih. MIL singgah beli brg dapur utk atuk. aku duk pusing2 jer pasar tuh. skali jmp butang baju melayu utk amin. arituh beli satu jer, tak cukup pulak utk amin n saeed. smp kat umah atuk, atuk tgh isi pulut dlm ketupat. aku mandikan budak2 tuh, pastuh tertidur masa menyusukan saeed. amin buat kerja kontrak dia.. turun naik tangga.. seronok betul dia balik kampung. petang lepas asar, aku, hubby n saeed g bazar ramadhan kat simpang empat. amin tak ikut sbb tido. nasib baik masih ramai lagi yg bukak gerai.. so, byk betul makanan yg kami borong. beli air smp 4 mcm.. jambu, kedondong asam boi, kelapa (nih aku yg ngidam) and soya. food beli murtabak, mee kari, roti john n kuih muih. tak cukup tgn bawak makanan tuh semua. alhamdulillah semua habis, sbb beli in small portion, org yg mkn ramai. mlm tuh amin seronok main bunga api dgn pakcik2nyer.. (pakcik2 amin semua kecik2, sekolah rendah lagi)

Pagi raya lepas solat raya n makan, mulalah sesi bersalaman. jalan raya lepas solat jumaat. my MIL excited dpt jmp sedara mara yg dah 30thn tak jmp. nasib baik jmp jugak rumah.. dapatlah beraya 4 buah rumah. balik umah atuk, mak ngah n family dah smp.

2nd raya, kami bergerak ke ipoh pulak.. kali nih cuma kami sekeluarga jer. turn beraya kat umah adik beradik aku pulak. my two bros duk kat ipoh. disbbkan kami dah start puasa 6, so, pergi umah along petang. terus berbuka puasa kat sana.


di rumah along
3rd raya, aku kepenatan smp tak terbgn sahur. kami bertolak balik ke shah alam tghari. bergilir drive ngan hubby. mula2 plan nk berbuka dkt jusco bukit tinggi, tapi at last tukar plan g pavillion. jalan raya boleh dikira berapa biji kete jer yg ada. seronok betul!! berbuka kat nandos n my mom dapat handbag n purse baru hasil kutipan duit raya

4th raya,kami jalan2 ke sunway pyramid. beli groceries sket utk bersahur. malamnya beraya ke rumah k na, my opismate kat telok panglima garang. nasib baik ada garmin, kalau tak mahu sesat dibuatnya. alhamdulillah rezeki dapatlah mkn mee goreng n ayam goreng madu.

5th raya, aku terlebih rajin. buat kuih raya lagik.. kali nih tambah stok cornflake rocher detox. dapatlah 6 balang kecik. pastuh, try buat dahlia guna resepi k hanieliza pulak. isk.. tak menjadi lagik bunganya.. kenapa ek?? niat kat hati nak buat cornflake madu lagik sbb dah tinggal sket, tapi badan tak larat. malam g raya rumah abg sani, ex cikgu silat aka kwn hubby. balik dr rumah abg sani, melilau kiteorg cari makanan.. jumpalah gerai dkt ngan rumah, tapi kena tunggu sbb ramai sgt org mlm tuh. dpt mknn nk dkt kul 12. amin dah ngantuk, saeed pulak smp tertido.

6th raya, pergi jusco bukit tinggi utk amik gelang emas mak yg dah lama tempah. mula2plan nk buka kat situ jer, tapi disbbkan awal lagi. we all decide buka kat umah jer, hubby request buat murtabak roti n aku pulak teringin mkn mee kari. puas betul mkn mlm tuh...

7th raya, kami bertolak ke jb lepas zuhur. jln masih lengang n kami smp kt mlk kul 5 lebih. singgah solat dkt jusco n bertolak ke serkam kul 6 lebih. smp sana betul2 dh dekat waktu berbuka. elok makanan smp, masuk waktu maghrib. semua lauk abis sbb kelaparan. disbbkan nk kejar masa smp ke jb, pas mkn kami masuk hiway balik. smp kat jb or more precise kat tune hotel danga bay at 10.30pm. bilik dia not bad, cuma tak sesuai utk family besar. kiteorg tido 4 beranak sempit sungguh.. hubby baper kali nk terjatuh n aku pulak tak tido lena sbb dok jaga amin takut terjatuh. but overall, hotel dia amat sesuai utk org yg nak jimat n family size kecik.

8th raya, lepas subuh bertolak balik semula ke tangkak. beraya di rumah busu melah, pastuh singgah kat umah mak long yah di chin chin melaka. semuanya bising bila tahu kiteorg tido hotel. takper, next year tukar plan pulak :) dari rumah mak long yah, kami ke rumah arwah pak long mahat. arwah meninggal on raya ke 5. pastuh, ke rumah pak ngah mamat kat batu pahat. dari situ baru balik ke jb, singgah umah pak usop di kulai n pak alil di felda taib andak. last rumah utk hari tuh is rumah my best fren masa form 1-3 kat SDARY, Jila. tgh pregnant anak sulong... lama giler tak jumpa dia, since aku kawin. haaa.. dah 5 thn tuh. kami beransur balik dlm kul 10 mlm.

Di rumah mak long yah, Chin Chin, Melaka
9th raya, kami check out hotel n menuju ke rumah mak angkat aku. duk lepak situ smplah kul 11. kenyang mkn, kami bertolak balik ke shah alam. on the way, singgah rumah k aisyah di batu pahat, kenalan komuniti shukur dulu. alhamdulillah rezeki kami dapatlah makan maggi bandung :) dari rumah k aisyah, kami straight balik ke shah alam. berhenti dinner di senawang, solat di R&R dengkil. smp rumah kul 9 lebih. sempatlah tgk cerekarama air mata nur salina.

10th raya, kami plan buat surprise birthday treat utk my MIL. birthday dia on 17th, sbb kami balik JB, so celebrate on sunday. dari awal dah pakat dgn my BIL.. my FIL sponsor pizza, my BIL sponsor kek, kami pulak buat air jer :). pagi2 lagi dah janji jmp kat sunway pyramid sbb nk cari hadiah birthday. aim utk beli handbag yg my MIL suka. cuma my SIL yg tahu, so kiteorg angkut dia. mula2 dia ingat bag tuh jenama carlo rino, tapi bile g cari tak jmp pulak design tuh. at last, we all decide g sogo. sbb my MIL jmp bag tuh kat sogo. my BIL n tunang tak ikut, sbb diaorg ada plan lain. so yg pergi kami, my mom n my SIL. alhamdulillah, lepas pusing tpt bag kat sogo tuh dlm 5-6 kali barulah jumpa bag yg my MIL suka. harga pun not bad.. takdelah mahal sgt. pas beli hadiah, terus ke TTDI makan doli. amin asik sebut nk mkn kue teow udang. plan nak singgah umah siti tak jadi, sbb tak cukup masa. Dlm kul 6 lebih, kiteorg keluar balik ke Tesco Shah Alam utk beli pizza. ingatkan buat take away dapat diskaun maybankard 30%, rupa2nya takde. buat penat jerr.. majlis start pas maghrib. by the time kami smp umah, in laws semua dah tunggu. aku buat air ribena longan.. ermm.. sedap... bila kami ramai2 keluar dr dapur bwk kek n nyanyi lagu birthday, my MIL mcm tergamam. sblm nih tak pernah buat celebration camnih utk dia. sgtlah suka bila dia bukak hadiah tuh. kiteorg pun happy!!

11th raya, arinih last day aku puasa. yeyy!! besok dah raya!! n today my mom punya birthday pulak. aku awal2 lagi dah sediakan birthday utk mak. kami plan bawak mak makan kat istana bambu. tptnya cantik, makanan pun sedap cuma agak mahal. so, tak boleh dtg slalu.

Monday, September 6, 2010

Bahana Kuih Raya

Weekend lepas mulalah projek kuih raya aku bersama2 MIL and SIL. Mmg every year diaorg dtg umah n tolong aku buat kuih. Bukan byk jenis pun, tapi seronok buat ramai2. Lagipun ada org nak melayan hero2ku itu... so, last saturday, diaorg dtg berbuka.. aku masak mee bandung n buat rojak guna kuah rojak mak bee.. mmg superblah kuah rojak mak bee tuh ek.. beli masa g jln2 kat alor setar last month.. kalau tahu sedap, aku beli byk2..
pas isyak, baru masuk dapur balik start buat biskut dahlia.. nih favorite MIL, FIL and Atuk Hubby.. yg sadisnya, bunga dahlia tuh penyek.. geram betul.. bila study betul2 ada yg kata overbeat.. ada yg kata kurang tepung.. tak kisahlah, asal rasa dia sedap. dapatlah 1 balang besar and 1 1/2 balang kecik.. my SIL yg jadi tukang terap. masa nak start adun, baru perasan tepung jagung kat umah dah expired (tanda dah lama tak memasak) mintak tolong hubby belikan tepung jagung plus bhn2 nak buat sahur pulak nnt.. punyalah lama tunggu dia g beli.. ingatkan gi kedai depan umah tuh jer, rupa2nya smp ke tesco dia cari bhn2 tuh.. sambil tunggu dia balik, aku start buat cornflakes madu pulak.. sbb yg nih senang jer, sempatlah siap bakar cornflakes tuh baru hubby balik.. terus start buat biskut dahlia.. smbl tuh amin dah start dgn tugas sbg tester.. asiklah mtk cornflakes madu tuh.. benda manis seronoklah dia mkn.. smp tinggal sket biskut tuh.. mahu tak sempat raya.. kena guna taktik farah jugak ni... sorokkan :) tapi yg seronoknyer.. sblm mintak amin mesti kata ' pandailah ummi masak kuih, sedap kuih flake (baca:cornflake) nih' mmg kaki bodek betul si kecik sorang nih

smbl bakar biskut, aku buat cornflakes choc pulak.. yg nih pun senang gak.. langsung tak yah bakar2, just masuk dlm fridge jer utk keraskan biskut dia.. akhirnya lepas kemas n bakar semua kuih dlm kul 1 am jugaklah.. saeed sgt2 baik mlm tuh.. langsung takde nangis melainkan nk menyusu.. tuh pun berenti 2 kali jer..

lepas kemas dapur, aku pun masuk tido.. punyalah penat badan.. then, tiba2 dlm kul 3am saeed terjaga menangis2.. aduiihh.. hilang sabar jugak masa tuh.. dahlah badan tgh penat.. dia pulak meragam.. puaslah sapu minyak kat perut.. dukung keliling bilik.. still nangis gak.. bagi susu pun tak nak. at last, lepas dia reda nangis aku try bg susu lagi.. dia menyusu smplah tido balik.. aku pun zzzz... sedar2 jam dah pukul 4.45am.. alamak dah lambat.. cepat2 bangun nk masak lauk sahur pulak.. hubby request lauk special pulak tuh.. ayam kuzi.. ermm...nk dekat 5.30 baru selesai masak.. makan pun cepat2..

pas subuh, terus pengsan smplah tghari.. sakit2 badan bila bangun.. uisshh.. bila hubby komen sket jer kuih yg dapat.. rasa panas jer telinga.. mmg aku buat satu adunan jer.. so, takdelah byk balang yg dapat.. tgklah kalau rajin aku buat lagi.. tak tahulah bilanyer tuh :)

Wednesday, September 1, 2010

It's been 5 years

Last Thursday was our 5th anniversary. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun hidup bersama susah dan senang. it's been a wonderful experience and there's a lot more to go! masih dalam proses kenal mengenali dan faham memahami..

thanks hubby for all your support, guidance, love etc all this while.. i'm trying to be better n better each day for you and our kids.. insyaAllah

no special celebration this year.. hadiah? ermm.. ada kot rasanya :D insyaAllah will have joint celebration with hubby's birthday in October..