A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Saturday, August 22, 2009

FALSE ALARM! (kes org first time bersalin normal)

Rabu last day aku keje.. settlekan semua handover kat bos and i'm free!! memandangkan doktor takde bagi mc, so aku amik annual leave jer.. perancangan awal nak duk kat umah MIL postpone dulu..

first day cuti, dlm kepala dah sarat dgn plan nak kemas umah. g bfast kat lontong klang.. pastuh hubby ajak g beli brg basah sbb kat umah dah takde brg nak masak.. hujung2 pregnancy nih jadi rajin pulak nak memasak.. so, pas basuh keter, amik MIL and SIL, kiteorg pun g Tesco. lepas beli brg2 dah pukul 4 lebih. balik umah masak smbl udang n kacang pjg goreng.. utk amin, aku gorengkan telur n ikan bilis jer.. sambil2 tuh, buat sket puding koktel. tetiba nak makan puding koktel pulak :)

second day, bfast puding koktel n satu tray kecik durian... pas mkn durian rasa panas pulak perut.. amin makan nasi putih. aku goreng lempeng, nk mkn ngan sambal udang semlm. pas mandi n basuh toilet, hubby balik bawak kebab. tak jadi pulak mkn lempeng.. hubby balik solat jumaat baru mkn sama2.. keletihan basuh toilet, aku tertido.. dgn amin pun tido skali.. bgn solat asar kul 5, tiba2 perasan ada blood stain. tapi tak rasa sakit.. bgtau kat hubby and kiteorg pun refer kat MIL and mak aku.. diaorg kata tuh dah kuar tanda, tunggu sakit bolehlah gi hospital.. pas maghrib, rasa sakit sket2 jer.. aku tahan lagik. pas solat, aku kemas2 barang nak bawak ke umah MIL. mmg dah plan nak tido sana pun mlm nih.. nak sahur sama2 kononnya.. hubby pas asar dah kuar g cari air zam zam n susu kambing.. balik2 tgk dapat air zam zam jer.. susu kambing tak jumpa. pastuh terus g umah MIL. smp sana, mkn dulu.. contraction ada sket2.. tapi tak kerap lagi.. start kul 10.30, baru rasa contraction 15 minit skali.. dlm 11.30, hubby ajak g hospital.

amin nangis2 nak ikut.. sian kat dia. smp hospital, ternampak dr siti pun br smp... g labour room and nurse pakaikan CTG. mula2 ada contraction, tapi pas 15 minit, contraction dah slow.. aku n hubby dah syak mesti false alarm nih.. then, dr siti dtg check.. baru bukak 2cm and dia kata up to us nak tunggu atau nak balik umah.. kiteorg pun opt balik umah jer.. dia kata kalau dah sakit every 5 mins, bolehlah dtg. waa... tensen betul nih... rupa2nya dah bleeding pun tak semestinya nak bersalin ek.. mmg kes poyolah kiteorg nih :) pas buat CTG sejam, kiteorg pun balik umah.. kenalah charge RM 100 utk guna bilik and brg2 diaorg.. doc bagi mc 2 hari utk monday and tuesday..

smp umah, amin dah tido.. alhamdulillah bolehlah pose arinih and sempatlah nak khatamkan baca quran.. aku cakap ngan hubby, pasnih tunggu air ketuban pecah baru dtg hospitallah.. buat malu jer dtg awal2 tapi tak bersalin pun... :)

Monday, August 17, 2009

Menghitung Hari

Currently, I'm in my 38 weeks.. still waiting and hoping i'll deliver safely.. semalam gi check up and for the first time Amin ikut sekali sbb my MIL ada checkup darah tinggi jugak semlm.. so, kiteorg terpaksalah bawak amin g SJMC.. pagi2 dah kejutkan dia bgn n mandi.. nangis2 tak nak mandi sbb sejuk... bila dah mandi n siap pakai baju baru dia seronok nak berjalan.. smp hospital dlm kul 8.30.. slalunya kiteorg awal lagi, lepas register dapat no 19.. sama cam last week.. so boleh agak dlm kul 11.30 baru dpt jmp doctor.. lepas urine test, trn kat cafe and bfast.. beli nasi lemak kat tepi jalan, cuma air jer beli kat cafe situ.. food kat situ mahal and tak berapa sedap sgt.. yerlah.. mknn hospitalkan.. lepas mkn, amin dah start boring.. sibuk ajak jln.. ummi pun temankanlah amin round2 kat lobi hospital tuh.. masuk kat mini mart beli biskut.. pastuh, pusing2 tgk tv, tgk ikan kat akuarium.. dah pusing 2-3 kali, amin tanya 'abah ane? ambat abah.. jom alik'.. isk.. dah start dah.. dia dah start ngantuk balik.. suh dukunglah.. nak peluklah.. ummi pun bawaklah dia nak atas.. tunggu doktor.. naik2 tgk doktor takde sbb ada minor surgery.. kul 11.30 baru masuk.. naisb baik masa tuh ada 2 org jer sblm umminyer turn.. so, dlm kul 12 tuh dah dapat jmp doktor..

masa jmp doktor, ummi bgtau dah start rasa pressure kat bawah.. nak jalan rasa sakit.. so, doktor pun nak check... check2 doktor kata dah bukak satu jari.. so, it will be anytime jer.. doktor relaks so ummi pun relakslah.. amin sibuk menangis nak tgk ummi kena check.. masa buat ultrasound baru dia senyap.. baby dah 3.38kg.. waa.. besar nih.. doktor kata kalau start sakit terus gi labour room.. balik tuh amin tertido dlm keter.. sian kat dia.. mesti penat... hantar amin g umah MIL and kiteorg pun balik umah.. lps sidai baju terus tido..

so.. to all my frens.. pray for my baby n me ya!! harap2 semuanya selamat... amiin

Friday, August 7, 2009

Amin yang Lasak

Si kecik semakin lasak 2-3 arinih.. dua ari berturut siang malam dapat tanda kat muka..
ari rabu siang, dahi sebelah kiri calar terkena mainan masa dia tgh seronok melompat2 atas sofa kat umah opah.. dpt satu line..
then mlmnya masa kat umah, pipi sebelah kiri berbirat terkena bucu kepala katil masa nak amik hp.. berbekas satu line panjang kat pipi...
semlm siang, kaki hampir kena cakar dgn kucing masa temankan opah pergi kedai.. nasib baik tak luka...
mlm semlm, tgh senyap2 duk tepi katil tgk abah main game, tiba2 dia boleh menonggeng terus jatuh n dahi kena kat bucu katil lagik.. dapat 3 calar kat dahi kanan..
masa kena mmglah menangis pastuh sibuk suh sapu minyak.. 2-3 minit pastuh smbg main balik.. isk.. lasak betul si kecik nih... cmnlah kalau adik dah ada nnt.. jgn dia kerjakan adiknya pulak dahlah..

Thursday, August 6, 2009

36th Week Check Up

On Tuesday gi check up week 36.. berat dah naik 10kg.. baby is estimated at 2.73kg.. sama cam berat amin masa lahir dulu.. baby still lom engaged and there's 26 days more to go.. dah register utk wad sekali..
barang2 baby alhamdulillah dah ready semua.. cuma tinggal nak angkut bawak ke umah MIL jer.. dah bincang ngan hubby, n decide utk amik cuti start pose nnt.. so, takdelah hubby terkejar2 nak amik aku kat menara n then bawak ke SJMC pulak.. kalau bersalin kat Pantai lainlah citer ye tak? bag ke hospital jer lom kemas lagik.. nak kena cari checklist apa yg kena bawak.. tak sempat lagi nak selongkar majalah Pa&Ma..
hopefully, bersalin awal, so, boleh raya awal :)

Wednesday, August 5, 2009

Hectic Weekend

My brother in law dapat offer jadi apprentice Sime Darby kat Gerik. Bila survey2 tgk kampung tuh dah dekat dgn Baling nak masuk Thailand. Mula2 semua tak kasi dia pergi sbb dapat tahu dia kena duk sorang2 kat sana sbb mostly cikgu2 kat sana dah ada family. Tapi dia berkeras nak pergi jugak.. so, my in laws pun agreed nak htr dia on Saturday. Lepas bincang2 satu family, we finally decided utk bertolak Jumaat mlm, so, Sabtu ada masa nak carikan rumah utk dia tumpang kat sana nnt. Mula2 hubby keberatan nak ikut skali sbb aku dah sarat mengandung. Tapi aku kesian kat FIL aku travel sorang2 nnt sbb dia slalu ngantuk masa drive. so, lepas convincekan hubby yg aku ok and larat lagi travel jauh2, hubby pun setuju konvoi sama mlm tuh. So, on Friday aku amik half day petang utk rehatkan badan. Sebenarnya takdelah rehat sgt sbb ptg tuh hubby bawak g warehouse sale Anakku. Plan nak beli wet wipes and seluar utk amin n baby nnt. Sampai2 kat sana, rupa2nya dia buat kat kilang bkn kat kedai cam aku pernah pergi dgn hubby masa pregnantkan amin dulu.. dahlah panas, org tersgtlah ramai.. baju mmg byk tapi dia letak longgok2, susah nak cari.. fed up terus hilang mood nak beli baju.. cuma dpt beli wet wipes jer, tuh pun jenis yg kecik.. yg besar dah abis kot.. lepas beli kiteorg terus balik.. tak tahan panas sgt..
smp umah, terus siap2 mandi n packing brg2 sket.. mlm tuh pas Isyak baru bertolak.. sepanjang jln alhamdulillah takde pulak sakit pinggang.. nasib baik ada car seat amin, kalau tak sakit jugak nak memangku dia sepanjang jln.. amin naik2 kete terus tido sbb siang dia tak tido langsung.. first stop kat hentian sebelah tanjung malim.. masa tuh FIL dah ngantuk sgt.. so, berenti tido jap... tgh2 tido, amin tiba2 bgn nangis.. FIL and MIL bawak g keter diaorg pun tak nak.. terkejut kot.. jerit2 nakkan ummi.. terpaksalah aku pangku dia sekejap.. sekejap pun kira lamalah jugak, smp ke R&R Tapah, baru berenti letak dia kat car seat balik.. nasib baik dia dah lena tido masa tuh.. lepas tuh baru rasa kebas sgt tangan.. sakit betul.. then, rasa lapar pulak.. gi lah beli nasi goreng.. sambung jalan smp kat hentian simpang pulai, berenti lagi skali.. my FIL ngantuk lagi.. so, ramai2 tido smplah kul 5 pagi.. dr situ terus pecut nak sampaikan ke R&R Sg Perak utk solat n mandi.. nasib baik smp sblm kul 6.. ramai jugak org berenti kat situ.. pas mandi n solat, kiteorg terus bfast.. smbg jln ke tol kuala kangsar.. dari kuala kangsar ke gerik is abt 100km plus.. smp bandar gerik kul 9 lebih.. berenti mandikan amin.. pastuh, smbg lagi cari kampung pahit.. dlm setengah jam dr bandar gerik.. kampung tuh yg hujung skali rasanya.. sampai2 kat sekolah tuh, tanya pak guard n org keliling.. dapatlah jmp ngan ketua kampung.. nasib baik dia willingly tumpangkan adik ipar kat umah dia mlm tuh.. so, kiteorg pun bertolaklah balik ke kl.. berenti lunch kat sg perak.. then, jln lagi smp R&R Tapah.. hubby berenti tido.. yg kiteorg ladies duk lepak makan2 kat situ.. smp ke shah alam dlm kul 7.30mlm.. penat sgt.. tapi nasib baik baby tak meragam.. pinggang pun tak sakit...
ahad pulak jiran sebelah umah buat kenduri tunang adik dia.. dtglah makan tghari kat umah dia.. pastuh, ummi terus pengsan tido.. dgn amin pun tido skali.. hubby jer yg g keje arituh...