Friday, February 22, 2013

Anak Susuan yg ke -3

First experience aku ada anak susuan masa breastfeed Saeed. Masa tuh di 'approach' oleh Aida untuk tolong baby Hany aka Fudhayl. Memandangkan masa tuh susu aku mmg banyak, so, lepas dapat approval dari hubby, selamatlah susu aku diminum oleh Fudhayl. Rasanya ada dlm 2-3 kali kiteorg hantar susu untuk Fudhayl sampailah Hany sihat balik. Dalam masa yang sama, Sheda kawan kat MMU dulu pun contact aku sbb ada prob nak breastfeed anak dia. Sbb nak motivate dia keep on breastfeeding, aku 'sedekah' jugak susu aku untuk anak ke 2 dia. and aku sempat breastfeed direct sambil ajar sheda cara2 latching. Alhamdulillah, walaupun masa tuh ada 2 org anak susuan, rezeki Saeed tak berkurang langsung. Itulah hikmahnya bersedekahkan?

Kali nih, kiteorg bantu ex-opismate hubby masa kat SUK dulu. Adik Iera nih mmg rapat ngan hubby sblm kawin lagi. Kebetulan dia pun baru dapat baby girl sebulan lepas Zhafrah lahir. Baby dia premature and need lots of attention. Dia semangat nak breastfeed baby dia tapi susu tak banyak. Mula2 tuh dia dok tanya camana nak banyakkan susu etc. Dia agak takut nak bagi formula sbb anak dia premature. So, lepas tanya hubby, aku pun offer susu aku. Kesian kat baby dia.. Alhamdulillah, dah 4 kali diaorg datang amik susu kat rumah. and semlm might be the last sbb Nisa' dah nak masuk 6 bulan. and diaorg decide nak continue bagi susu kambing. Susu iera mmg tak banyak, and susu aku pun mmg ngam2 untuk Zhafrah. 

Zhafrah sekarang siang jer minum 10 bekas. i bekas = 3oz, meaning dia minum 30 oz skali!! banyak tak?? aku dengar pun naik takut.. walaupun dah start solid food, selera dia makin bertambah pulak. bubur makan jugak.. susu minum gak.. manalah tak bam bam si kecik sorang tuh. so, skang, aku kena start pump slalu.. arituh dah duk malas2 nak pam sbb tgk stok banyak.. tapi skang, freezer tuh dah kosong jer.. risau pun ada..

2 thoughts:

Hany FF said...

Alhamdulillah. bertambah lagi anak susuan ya.

Thanks for everything Ayu. Memang kadang2 tengok fudhayl tu teringat kat amin & saeed. muka dia pun chinese look gak mcm abg amin & saeed. ;)

-me,myself and i- said...

you're welcome hany.. alhamdulillah Allah bagi rezeki utk bantu kawan2 yang memerlukan

dah lama tak jumpa fudhayl.. rindu..