Wednesday, February 6, 2013

Amin is 6!!

Alhamdulillah, last Saturday was my first son's 6th birthday.. terima kasih ya Allah atas nikmat yang Kau kurniakan ke atas kami. Cahayamata pertama kami yang amat kami nanti-nantikan selepas hampir setahun menunggu. Rezeki yg diberi melalui usaha homeopathy dan selamat dilahirkan melalui caesarean.. 

Sejak tahun lepas lagi amin dah sibuk tanya pasal birthday dia. Dah berangan nak mintak handphone ngan kami semata-mata sbb nampak kawan kat kelas tahfiz dia pakai hp jugak. Tapi kami mmg tak layan permintaan dia tuh.. terlalu awal nak bagi hp.. and he requested to celebrate kat Istana Bambu.. hi class sungguh anak bujang ummi nih :)

Last minute planning, kebetulan Jumaat tuh Hari Wilayah and ummi cuti.. so, tanya kat hubby nak celebrate tak birthday Amin.. mula2 ingat nak bawak dia gi Istana Bambu jer, tapi cam tak berbaloi pulak.. makan jer smp beratus2 ringgit. so, hubby suh survey2 tpt kat Melaka.. mula2 ingat nak gi A Famosa Resort.. last pergi masa Amin setahun lebih, celebrate birthday aku. citer kat sini. tapi selepas google review nampak gayanya resort nih still cam dulu. takde perubahan.. so, bgtau hubby tak jadi nak booking. until Thursday, we still can't decide how to celebrate Amin's birthday. akhirnya, aku nekad jer booking hatten hotel kat bandar hilir.. hotel nih bercantum ngan hatten square, duk tengah2 antara mahkota parade n dataran pahlawan. mmg convenient and tgk pics n review semua kata bagus. Aku terus jer booking satu bilik utk satu malam.. rate? RM263 net with bfast, nih rate utk gomen yer.. kalau public skang tgh promo, weekend dapat RM245++ and weekdays RM195++ pas booking baru email kat hubby bgtau.. kali nih tak dapat bawak maid sbb ruang ant bilik and ruang tamu takde pintu.. mlm tuh aku dah start packing.. cam biasa amin n saeed sibuk tolong packing baju.. tapi kiteorg tak bgtau lagi nak gi mana.. amin dah tahu yg nak gi celebrate birthday dia. 

friday morning kiteorg bertolak dari rumah kul 10.30 lepas bfast. lalu highway kejap je sampai.. mmg ngam2 time nak solat jumaat. memandangkan check in kul 3, so, kiteorg duk dlm keter je sambil tunggu hubby solat jumaat kat masjid selat. lepas solat baru gerak ke hotel. masa smp, dah beratur panjang kat reception.. ramainya org masa tuh. tunggu dekat 15 min baru settle check in process. hotel nampak cam lawa.. sbb agak baru jugak hotel nih. bilik kiteorg 1216 satu floor ngan pool. masuk2 bilik.. waa.. lawanya! ada 2 lcd tv (yg nih aku dh tahu awal2 lagi sbb baca kat net) kiteorg mintak twin single sbb katil dia super single.. so, besar sket dari standard single. bolehlah amin n saeed tido satu katil.. aku n hubby kongsi satu katil. zhafrah pulak kami request baby cot. bilik mmg spacious.. kat area living room pun boleh tido gak sbb dia bagi long coach.. budak2 bkn main suka sbb ada 2 tv.. so, takdelah berebut ngan kiteorg tgk tv sbb hotel ni ada astro.. so, disney channel utk diaorg.. fox movie pulak utk kami hehe.. bagus gak ada 2 tv nih. 

pintu bilik yg lagi besar dr biasa
tekan je suis tak payah gantung2 kertas kat pintu
birthday boy posing
tv kat area katil

bathroom
shower
long coach kat living room
coffee and tea
2nd tv
lepas aku solat, kiteorg kuar balik sbb baru perasan tripod hubby tertinggal dalam keter persona. alamak.. camana dia nak shoot petang nih kalau takde tripod. so, sambil aku solat, hubby google kedai kamera kat melaka nih.. adalah satu kedai nih yg recommended by photographers.. nasib baik kedai tuh kat dataran pahlawan jer. 


comel tak saya??
posing sambil tunggu hubby amik stroller
jenuh jugak kami cari kedai tuh sbb dia duk kat heritage gallery yg kebanyakan kedai kat situ jual belacan n cencalok jer.. aku mula2 cam tak caya ada kedai kamera kat situ.. tapi lepas pusing 3-4 kali, akhirnya jumpa jugak.. dapatlah beli tripod jenama apa ntah.. harga RM110.. tuh pun dah puas mintak kurang.

selesai beli tripod, kami singgah kat A&W sbb teringin nak minum float.. nyummm.. sedapnyer! masa beratur saeed sibuk pulak nak burger..pastuh amin pulak nak ayam goreng.. terpaksalah ummi belikan sbb diaorg pun lom lunch lagik. beratur punyalah lama sbb dia bukak satu jer kaunter.. dah tuh lambat pulak servis dia.. semuanya baru nak masak. org beratur punyalah panjang.. 


'hantu' sos
birthday boy
sedapnya dia makan
perut kenyang hati pun senang! dah abis makan kiteorg pun jalan balik hotel semula.. dari hotel ke dataran nih ada link bridge..so senang nak gi bila2.. on the way tuh sempatlah 2 beradik nih 'pau' mainan dr ummi.. nasib baik RM10 satu mainan.. sampai bilik, rehat2 jap and tunggu hubby solat asar. pastuh, kiteorg kuar balik nak temankan hubby gi amik gambar kat masjid selat. jarak masjid ngan hotel kami dekat jer dlm 5-10 minit jer kot. sampai kat masjid dalam kul 6.45ptg.. ramai org dtg tgk pemandangan kat situ.. mmg lawa sbb nampak selat melaka.. aku just duk dlm keter jer sbb amin n saeed awal2 lagi dah tido.. zhafrah jer yg jaga sbb dah puas tido masa kat dataran pahlawan tadi. 

lepas maghrib, kami pun bertolak ke ikan bakar serkam. tempat favourite kami kat melaka nih. arituh masa balik jb tak dapat makan sbb kedai dah tutup. kali nih datang nasib baik bukak. menu kami malam tuh, nasi lemak 3, nasi putih 1, cencaru masak sambal 2 ekor, udang n sotong goreng tepung, ketam goreng kunyit 1 ekor.. alhamdulillah abis semuanya.. tapi tak dpt nak amik gambar sbb aku sibuk dukung zhafrah sambil bagi saeed makan. semua skali RM65. aku tak dapat nak menikmati sgt lauk mlm tuh sbb tergesa2 nak beli kek utk amin. lupa nak beli siang tadi.. so, terpaksa makan cepat2 sbb takut kedai tutup. 

masa smp kat bandar hilir jam dah kul 10.30.. nasib baik secret recipe tuh bukak lagi.. rupa2nya dia bukak smp kul 1 pagi tetiap ari.. sabor jerlah hati.. amin pilih choc moist cake and aku pulak beli fruitilicious.. dah rasa skali masa mkn ngan seha arituh.. sedap.. ingatkan nak balik hotel, tapi hubby ajak jalan2 pusing bandar.. so, kiteorg pun gilah area2 jonker walk etc. hubby siap berenti tangkap gambar tanglung and lampu2 yg diaorg pasang sempena CNY nnt.. masuk area kat a famosa tuh, org ramai lagi.. tetiba nampak beca lawa2 siap ada lampu. so, ajak hubby berenti nak bawak budak2 nih merasa naik beca.. kiteorg amik 2 beca.. aku, amin n zhafrah satu beca, hubby n saeed satu beca. aku dapat pakcik tua, hubbylak dpt budak bujang. kiteorg mtk pusing sket jer sbb ari cam dah nak hujan. bila dah abis, sempatlah amik gambar dgn beca2 tuh. bila hubby tanya baper, budak tuh terus kata RM20 satu beca.. mak aiii.. mahalnya! aku ingatkan murah jer.. awaitt, mahal sgt ek? nak tak nak kiteorg byr jugak.. aku niat sedekah je kat pakcik tuh.. sian tgk dia tua2 pun keje smp malam. 

sampai hotel dah dekat kul 12.. tak sempat pun nak nyanyi2 sbb semua dah penat n zhafrah pulak dah nak tido.. so, aku just kiss n hug amin sambil wish happy birthday kat dia sblm dia mkn kek.. hubby awal2 lagi dah tertido.. aku tak ingat kul baper aku tido sbb penat sgt

sabtu pagi.. kami turun bfast agak lewat. amin n saeed lambat bangun sbb kepenatan sgt agaknya. dlm kul 9 lebih tuh kami turun ramai lagi org and to our surprise, kena beratur utk masuk restoran.. staff hotel kata dalam dah full..dlm 20 minit jugak rasanya kami beratur tunggu giliran nak masuk.. food dia not bad.. sedap and byk pilihan.. ada nasi lemak, mee goreng, kuah lodeh (yg nih aku tak tahu nak mkn ngan apa), kari ayam, sosej, hash brown, scramble eggs, roti canai, pancake, tosei, hard and soft boiled egg, salads, fruits, kuih muih, cakes, wantan mee, kari laksa, air pun ada 3 macam, mango, pineapple and apple juice tak lupa coffee and tea.. mmg kenyanglah kami pagi tuh.. 

agenda lepas makan.. swimmimg pool!! wpun anak2 aku semuanya takut air.. amin just berendam jer.. rambut pun tak basah.. camana tuh?? saeed pulak langsung tak nak masuk dlm pool.. takut katanya. zhafrah, aku try rendam2 sket dlm pool.. mula2 ok, pastuh dah start menangis sbb sejuk.. memang sejuk yg amat air dia.. so, 10 minit jerlah kami kat pool tuh. 

balik bilik n start to pack things up.. sambil aku siapkan zhafrah, amin mandikan saeed.. mmg dah boleh diharap buah hati ummi sorang nih.. lepas budak2 siap barulah aku leh mandi.. siap semua dlm kul 12 lebih.. aku suh hubby bawak barang n budak2 gi keter smbl aku uruskan check out.. skali tuh, reception packed ngan org.. beratur lagi.. the only cons utk hotel nih rasanya.. samada staff tak efficient ataupun org terlampau ramai.. semua benda nak kena beratur.. kali nih mmg lama aku tunggu.. sampai zhafrah tertido dlm stroller. 

settle semua kiteorg pun bergerak balik ke shah alam.. singgah solat zuhur kat R&R Dengkil and selamat sampai umah kul 4 lebih. 

utk anak ummi, Nuruddin Amin.. selamat hari lahir sayang.. ummi sayang sangat2 kat amin, amin mmg abg yg baik dan anak yg soleh. beruntung ummi n abah dapat anak yg matang macam amin. terima kasih utk semua memori indah yg amin ukirkan dalam hati kami.. semoga amin menjadi hafiz muda dan menjadi contoh teladan terbaik buat adik2.. amiinn..

-02022013-

0 thoughts: