Monday, October 6, 2008

Raya

Tahun nih tak terasa langsung bahang hari raya. tak mcm tahun2 sebelumnya. maybe sbb persiapan dah buat awal2 lagik such as baju raya. rumah pun takde apa yg baru. Berangan jugak nak ganti langsir tapi rasanya kena jadikan as next year's project. Mungkin jugak sbb dah bertambah usia, semangat raya tuh dah kurang. Lebih terasa kehilangan Ramadhan. Sedih sbb tak lagi dapat merebut pahala yg dijanjikan Allah. Sedih sbb tahun nih terpaksa tinggal pose sbb diserang demam panas selama seminggu. Jadi tahun nih first time kena ganti puasa. Dah 2 tahun puasa penuh sebulan. Rasa janggal pulak bila tak dapat nak berpuasa penuh.

Tahun nih yg seronoknya dapat buat 2 jenis kuih raya yg simple2. My in laws dtg berbuka kat umah sabtu tuh. Masak ayam nandos, salad n nasi jagung. Lepas berbuka start projek buat kuih dahlia or my mil panggil kuih semperit. Jadilah jugak, cuma bila masuk oven, kelopak bunga dia tuh jadi layu... maybe sbb tak cukup tepung kastard. Last minute baru sedar tepung kastard tinggal sket, bantai letak tepung gandum ajer. My mil kata sbb gula terlebih, tapi aku dah ikut sukatan cam dlm resepi tuh. Apa2pun rasanya sedap! pas buat kuih dahlia, aku buat kek marble pulak, atas permintaan my mil yg nak bawak kek utk atuk di kampung. Alhamdulillah jadi jugak. Mlm tuh keletihan sungguh. Apa taknya, dr petang smp ke tgh mlm tak berenti kejer. Oven tuh kalau boleh menjerit mesti dah jerit keletihan. Kul 1 ++ baru siap masak kek. Amin masa tuh dah mengamuk sakan sbb nak 'melekat'. Hubby bawak naik atas pun tak nak. Sian anak ummi, slalu jadi mangsa bila ummi memasak.. satu lagi kuih buat last minute, on the day nak balik kampung. Ahad tuh baru teringin nak buat cornflakes madu. Pas cari resepi n bahan2 ahad tuh, monday pagi tuh start buat. Nasib baik kuih nih simple jer buatnya. Dapatlah dlm 240 cups. Bagi kat mil n bawak utk atuk sket.

Tahun nih giliran my hubby, so, kami pulang beraya ke Bagan Datoh, Perak. Berkonvoi bersama2 in laws on Monday, 29th. First time beraya dgn in laws. Dah 2 thn asik blk jb jer.. (tak acikan?) Disebabkan my FIL kena bekerja lagi isnin tuh, so, kami bertolak selepas Asar, kul 6. Perjalanan dari Shah Alam ke Bagan Datoh amik masa dlm 4-5 hrs. dah siap2 bawak bekal karipap n cucur badak yg aku buat frozen dulu. Waktu berbuka singgah kat masjid sg buloh, makan kuih sket, pastuh solat. Lepas solat baru cari tpt makan. Mula2 plan nak mkn kat tjg karang tapi mil dah kelaparan, so, kiteorg berenti jer mkn kat area sg buloh tuh. Boleh tahan mahal jugaklah tpt tuh. makan 6 org kena dlm RM 40++. order yg goreng2 jer.

Lepas makan terjadilah satu insiden yg kurang menyenangkan.. amin muntah sbb byk sgt mkn. Mana taknya, semua yg org makan dia nak rasa. Bila dah nak balik tuh dia boleh muntah pulak. lepas tuh dia buat perangai nak naik kete my fil. seronok nak bermain dgn pak ngah n mak ucu. tapi my mil tak kasi sbb takut kalau dia nak nenen nnt susah pulak. so, amin tak jadi ikut kete diaorg. dlm perjalanan, dah dekat nak smp masa tuh, tiba2 cover rim kete my fil tercabut. hubby cuba elak tapi tak boleh, terlanggar depan kete kiteorg. masa tuh call my fil bagitahu, diaorg langsung tak perasan rupanya. pastuh, my fil berenti tepi, n baru perasan yg tayar kete belakang pecah. terpaksalah tukar tayar spare pulak. nasib baik konvoi sama2, kalau sorang2 sian jugak my FIL. pas tukar tayar, tak smp 30 minit, kiteorg pun smplah kat umah atuk. masa tuh kul 11.30 kot. atuk tgh menganyam ketupat. apa lagi, semua amik port nak menganyam jugak. yg terror buat ketupat nih my mil n fil laa.. yg lain2 tuh belajar masa raya jer.. pastuh lupa.

besoknya, start masak utk raya. petang masa nak buka tuh hubby ajak g bazar Ramadhan. pergi byk tpt, ada 1-2 gerai je yg bukak. hubby ajak ke teluk intan, jauh jugak tuh. nasib baik on the way tuh ada bazar Ramadhan kat Simpang Empat. byk gerai bukak lagik. sampai rambang mata kiteorg dibuatnya. beli byk jugak... murtabak 4 keping, roti john, air 3 jenis, kuih 2 jenis, laksa asam, mee kari. semuanya abis... takde yg membazir. bagus betul :) pas buka sambung balik masak ketupat. atuk buat 2 jenis, ketupat nasi ngan ketupat pulut.

pagi raya, amin tak nak bgn tido. puas jugak berkejut, tu pun mengamuk. bila dah mandi n pakaikan baju lawa baru sonok nak bermain. aktiviti pagi raya, cam biasalah. salam n bagi duit raya. pastuh, makan. tetiba hubby ajak gi ke ipoh pulak.. my mom ada kat ipoh. beraya kat umah abang. abah tak nk blk jb. lepas kemas2 barang, kiteorg pun bertolaklah ke ipoh. smp ipoh dlm kul 2 lebih. call my bro, diaorg ada kat kuala kangsar pulak, tgh beraya. pastuh nk g grik pulak. pikir punya pikir, decide balik kl terus. tak dapatlah nak jmp mak n abah hari tuh. smp kat kl dh maghrib. singgah subang parade dinner kat nandos. pastuh baru teringat nak beraya kat umah mil waheeda.

2nd raya, pergi beraya umah kawan hubby kat jln kebun. in laws balik shah alam arinih.

3rd raya, in laws ajak gi ziarah kubur akak hubby. pastuh kiteorg lepak kat umah in laws.

4th raya, gi beraya umah parents Fitri.

5th raya, pagi tuh g umah kawan hubby kat klang. petang g umah my sis kat Kajang. tgk my parents baru smp dr Ipoh. Barulah dapat beraya dgn diaorg.

ramai yg tanya, tak buat open houseke thn nih? jawapannya, rumah kami tetiap ari open.. sapa2 nak dtg sms jer, insyaAllah kami ada kat umah. Jemput2lah datang ye!

dah pandai posing


landing jap smbl tunggu abah blk solat
main hp mak usu
lepas sesi salam n bagi duit raya, amin dah boring

10 thoughts:

Ummu Auni said...

ayu, selamat hari raya...baca entry kali ni, aku pula terasa saspen. nasib baik perasan masa tayar pecah tu

Anonymous said...

salam kak ayu,
hubby org bagan datoh ke?
nida sabtu puasa sampai 2nd raya di kg ku teluk intan.

areyou said...

aini, mmg saspen gak masa tuh. takut jadi apa2. nasib baik perasan cepat tayar tuh pecah.

nida, mak mertua akak org bagan datoh. kalau tahu nida ada kt teluk intan boleh singgah beraya.

Intan said...

selamat hari raya dan maaf zahir batin!

unique1012 said...

Kak Ayu,

Selamat hari raya, maaf zahir & batin.. bestnya beraya di Malaysia, padat je jadual ye..

Anonymous said...

Salam Ayu

Thanks for the kad raya..My mum posted it along with kuih2 raya tradisional..rindu nak makan dah 2 tahun tak balik beraya..masih lagi rancak beraya kat sini..takdelah terasa sangat tak balik Msia beraya..(thou we ALMOST beraya kat Msia..change of plan last minute)

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Salam dr Glasgow.

areyou said...

supermummy & nabilah,

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin jugak :)

azie,

glad to hear from you! ingatkan dah tak ingat org msia. aku emel pun ko tak balas.. busy sgtke?? pls email me! byk benda nk citer..

Anonymous said...

Masih lagi mengambil tahu perkembangan org2 kat Msia unless blog dah dikunci..

I just want to stay off the radar for now..not that I dont remember..I no longer use the same email add..still guna wardah15 di yahoo dot com ke?..I will drop an e-mail..bz sangatlah..takut tak sempat je..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Malaysia!!!!

Still in Gla

Anonymous said...

ayu,tinggal kat shah alam ker?? kt mana??..akak pun tinggal s.alam,
jemputla dtg beraya kt umah ..-k.maini

areyou said...

azie,
aku still guna emel tuh lagi.. kalau free droplah few words kat aku nih.. lama tak jmp.. rindu!!

k maini,
rumah saya kat belakang sek men teknik shah alam.. emel saya no hp akak... boleh saya drop by kat umah nnt..