Friday, October 24, 2008

Pisang turunkan berat

Diet terbaru di Jepun diasaskan ahli farmasi untuk suami

TOKYO: Satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.

Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit.

Akibatnya, harga pisang meningkat, namun permintaan untuk buah itu tidak menunjukkan tanda menurun dan lebih 600,000 salinan buku mengenai diet berkenaan terjual.

Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet itu.

Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan herba China.

Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi.

Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72 kilogram. - Agensi

Interestingkan?? sapa nak try buat eksperimen :)

2 thoughts:

Ummu Auni said...

wah, makan pisang boleh kurus ke
ada link related tak
menarik ni

-ummu amin- said...

link related http://morningbanana.com/