A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Thursday, January 24, 2013

Zhafrah @ 5 m.o

Pejam celik pejam celik, zhafrah dah 5 bulan. kejap jer rasa masa berlalu.. si bam bam dah pandai meniarap. mula2 dia just boleh pusingkan badan dari posisi meniarap ke telentang.. and last thursday, dia dah pandai meniarap.. skang nih dah start angkat punggung nak mara pulak.. berat badan dah 7.52kg. semangat sungguh.. 

suka sungguh bila abah 'agah'

Wednesday, January 23, 2013

Influenza A in the house

sambungan update pasal Amin 

Thursday..
Pagi tuh aku dtg hosp dgn harapan amin boleh discharged. Saeed dah baik demam and mintak ikut skali gi hospital. Nak tgk yeop katanya :) so aku pun bawaklah skali.. cuma Zhafrah jer tinggal kat umah. Hubby kata pagi tuh amin demam lagi.. ermm.. cam kena stay lagi satu ari jer nih and sangkaan aku betul.. doktor kata nak buat blood test and influenza screening sbb nampak amin dah start selsema pulak. kalau semua ok, bolehlah discharge.. after 2 hours, aku gi lah tanya nurse result test amin.. nurse kata, influenza A detected. Allahuakbar.. nurse suh tunggu doktor utk brief.. kat luar bilik dah siap letak mask utk visitor. tunggu doktor sampai nak maghrib tak dtg2.. aku dah risau sbb nak balik umah. dlm kul 7 tuh baru doktor sampai, amin kena stay lagi satu malam utk bagi ubat influenza.. kena amik for 5 days, pagi n petang. bila kiteorg bgtau pasal saeed, doktor kata maybe dia pun dah berjangkit skali.. so, doktor suh datang evening klinik dia mlm tuh utk amik ubat.. 

pas maghrib kiteorg terus kuar cari klinik utk dapatkan refer letter, kalau tak PMCare tak nak cover pulak nanti.. nasib baik ada klinik dekat2 situ and doktor tuh amat memahami.. bila aku citer amin dah masuk wad and nak mtk refer letter utk saeed pulak, doktor tuh tak banyak songel pun.. terus jer tulis surat.. dpt surat kiteorg terus gi hospital balik.. hubby turunkan aku kat lobi hospital pastuh dia gi cari nasi lemak.. anak bertuah duaorg tuh ngidam nak mkn nasi lemak pulak.. saeed sungguh2 mintak nasi lemak, smp nangis2 kata lapar.. aku bawak saeed terus gi klinik doktor.. mlm tuh ada 2-3 family tgh tunggu skali.. lepas register, aku tunggu kejap.. tak lama pastuh, nurse kuar bilik n terus bagi perscription ubat.. tak yah jmp doktor sbb dia dah check saeed kat bilik amin tadi. so, just amik ubat jer. hubby pun sampai dgn nasi lemak.. dapatlah bagi saeed makan 2-3 suap sbb dia dah lapar sgt.. 

kat pharmacy, aku tunggu amik ubat sorang2.. hubby dah bwk naik saeed ke wad amin dulu sbb lepas 9.30 guard dah start jaga kawasan masuk wad.. tak boleh bwk budak2. lepas amik ubat saeed, aku naik bilik and terus bagi budak2 tuh makan.. berselera betul dua2 beradik tuh makan.. habis satu bungkus nasi lemak.. cadang nak tunggu citer dendam sarakit tuh tapi bila tahu dia start kul 11, aku terus ajak hubby balik umah dulu.. tak larat nak tunggu kat hospital lama2.. lgpun maid aku kata zhafrah asik merengek jer tak nak letak langsung.. pas solat isyak, kiteorg pun blk umah. smp umah aku terus susukan n tidokan zhafrah.. sian bam bam teruk selsema and batuk dia. kiteorg suspect dia pun dah jangkit jugak.

Friday
pagi tuh kiteorg bawak zhafrah pulak gi klinik utk dapatkan refer letter. dapat jer refer letter terus gi hospital.. hubby turunkan aku kat lobby cam semalam and aku terus naik klinik doktor. hubby pulak gi tgk amin kat wad takut2 doktor dah dtg check. pas register, aku pun bgtau nurse kat situ yg amin dah kena warded. so nak check zhafrah kena influenza jugak ke tidak. nurse suggest buat screening dulu baru jumpa doktor sbb doktor masuk dlm 11 lebih. so, aku pun setuju jerlah.. lepas amik test, aku ajak hubby gi bfast sbb doktor tak round wad amin lagi. pas bfast, naik atas balik, n nurse bgtau zhafrah pun dah infected. dia suggest aku gi bilik amin tunggu doktor n terus check zhafrah kat situ.. aku pun gi lah bilik amin.. smp jer situ, doktor pun baru masuk bilik amin. sdg cantiklah tuh.. amin siap mintak ngan doktor tuh nak kuar wad.. doktor kata boleh kuar dah cuma kena kuarantin lagi kat umah.. takleh gi sekolah and main kat luar umah.. zhafrah kena amik neb before balik.. pas jumaat kiteorg pun balik umah.. alangkah heavennya rasa wpun bukan aku yg tido kat hospital hehe..

hasil tangkapan di hospital 3 plastic bags full of medicine for the kids.. nasib baik diaorg dah tak takut makan ubat.. cuma zhafrah jer ada nangis2 sket.. arinih completelah ubat influenza diaorg.. tapi still ada flu n cough.. so, aku still continue bagi makan ubat.. for info, any antibiotics tak berkesan dgn influenza.. betul2 kebal virus nih, ubat demam n antibiotic dia pandang sebelah mata jer hehe

Thursday, January 17, 2013

Amin & Demam

Sekarang Amin masih warded at SDMC and i'm here writing this post at home taking care of Saeed which is also having mild fever and my little bam bam, Zhafrah yg also dah berjangkit batuk n kahak.. Amin is being taking care by dear hubby.
 
It's all started on Saturday morning.. Amin woke up and told me that he's not feeling well.. i took his temeprature and it was 36++ so, i just told him that he's not having fever, maybe it's only due to cough and flu that he's having for the past 3-4 days. At noon, his temp starting to rise to 37++ and i gave him medicine.. he was asleep throughout the day but his temp has back to normal. before he went to sleep at night, temp naik lagi ke 37++
 
sunday morning, he woke up with high fever, aku masukkan ubat punggung terus and suhu pun turun balik.. at noon, we went to kenduri kawin at Bukit Rimau, Klang. Amin tak makan langsung, just minum air sirap and 1-2 sudu bubur kacang. Katanya, nak makan ummi masak. he requested for ayam goreng and kubis goreng. we went back home and i cooked and feed him tapi tak abis pun makan. we decided to go to clinic and before we went out, he vomitted the food he just ate.. ok, this is not good. Arriving at clinic, the doc checked his temp and said that he's having high fever..39.5 degree. he gave strong antibiotics and advised us to bring Amin to Hospital if he's still having fever after 2-3 days. we went home and i gave him the medicine.. but his temp still tinggi. sampai kul 12 still no changes and hubby urged me to take amin to SDMC.
Ubat punggung yg aku guna
Strong antibiotics given by doc
arrived at Emergency Unit, SDMC, amin's temp still 39.5, and the nurse told me to undress him and wet his whole body with lukewarm water, pastuh nurse masukkan ubat punggung. the temp goes down but for temporary only. upon seeing doctor, he advised that Amin need to be admitted.. dia suspect kena influenza.. amin pun masa tuh ada ulcer kat mulut.. lepas nurse masukkan air kat tgn amin, and kiteorg pun gerak masuk bilik.. the clock was 1 am.. and we felt so sleepy but amin still awake watching Disney channel.. gaya budak jakun takde astro kat umah.. dlm setengah jam pastuh amin pun tido skali..

on the way ke ward

Monday, kiteorg budget amin boleh discharged tghari tapi doc kata tak boleh lagi sbb dripped water lom abis.. pas abis air which will be petang tuh, barulah boleh balik..so, ok.. stay for 1 night lagi.. dlm kul 2-3 petang, suhu amin naik balik to 39++, so nurse terpaksa bagi ubat punggung lagi skali.. petang tuh maid pulak call bgtau Saeed pun demam.. aduhaii, camana nih. takkan nak admit dua2 kot? aku dah plan.. kalau saeed kena admit jugak, nak mtk bilik 2 bedded.. senang nak jaga.. so, petang tuh kiteorg balik jap bawak saeed gi klinik.. mlm tuh aku stay umah n hubby jaga amin kat hosp.
 
Tuesday, subuh2 hubby sms bgtau amin demam balik and nurse bagi ubat punggung lagi skali.. pas subuh hubby balik amik aku n saeed.. tak berani nak tinggal saeed kat umah, takut suhu naik tiba2 and incident sawan jadi lagik.. so kiteorg bwk jer dia gi hosp, kalau jadi apa2 senang nak react. Amin nampak dah ok tapi doc kata tak boleh nak discharged lagik.. doc nak bagi antibiotik and gas sbb dah dengar cam paru2 ada kahak.. so, again hubby kena jaga amin.. saeed alhamdulillah pas makan ubat, terus kebah demam. tapi aku still bagi antibiotik jugak.
 
Wednesday, amin overall dah sihat.. cuma 1-2 kali temp naik to 37++.. tapi still doc advise to stay 1 more night sbb nak abiskan dose antibiotik and gas.. alamak.. lamanya kali nih berkampung kat hosp.. amin kalau tak demam mmg tak duk diam.. risau jugak sbb cam body dia depends on medicine.. kalau xde ubat, demam balik. latest, malam tadi hubby whatsapp bgtau amin demam balik masa maghrib tadi.. ya Allah, Kau sembuhkanlah anak-anak ku.. pulihkanlah kesihatan mereka.. amiinn
 
p/s: kawan2, doakan amin cepat sembuh yerr..

Tuesday, January 8, 2013

My Breastfeeding Journey

Arinih nak citer pasal my own experience on breastfeeding. Actually, mula2 tahu breastfeeding nih after baca blog kawan2 yg tegar breastfeeding their babies. Excited pregnantkan amin penuh ngan hopes and dreams of perfect roles as a mum dan yg pastinya, one of it will be breastfeeding amin till 2 years old. thanks to mr google for all useful info on breastfeeding. cuma masa mula2 tuh tak mampu nak beli pam yg mahal2. even till giving birth aku tak beli pun breastpump sbb after reading other's experience, ada yg tak dpt nak breastfeed their babies atas sbb2 tertentu, so, kalau beli awal2 pump agak membazir kalau tak dapat nak guna nnt. unfortunately, kami tersilap pilih hospital for delivery, i thought all private hospital are baby friendly which means they'll not giving formulas to babies and encourage mummies to breastfeed the baby. 

amin was born thru caesarean, after delivery aku ditempatkan kat delivery room lagi till bius hilang. masa nurse datang utk tukar urine bag, aku bgtaulah yg aku nak breastfeed amin, tapi boleh dia cakap 'kalau caesar mmg tak boleh bfeed baby, kiteorg bagi susu formula dulu ye' aku cam terkesima jap.. aik, napalak tak boleh bfeed? memandangkan masa tuh aku lalok lagi, so, aku diamkan jer dulu..

lepas bius abis, diaorg pun transfer aku masuk bilik. then, again aku kata aku nak bfeedkan amin. still the same reason given by them. aku cam tak puas ati, then aku berkeras jugak kata nak bfeedkan amin. pastuh barulah diaorg hantar amin utk bfeeding. first time bfeed amin tak dapat nak diungkap dgn kata2.. n i still got the feeling until now when i breastfeed Zhafrah.. it's such a wonderful feeling holding your baby close to you and watching them sucking your milk.. and i love the sound they make during feeding.. it's so cute hehehe

lepas discharged, bermulalah episod baru.. alhamdulillah susu aku mmg banyak.. kalau duk saja2 or baring, mesti tetiba 'let down' dgn sendirinya.. being amin masa dlm pantang siang tido jer.. menyusu pun tak nak. malam jer dia bgn every 1 hour utk menyusu.. so siang aku pump buat stok utk naik keje nanti.. masa tuh hubby belikan pam manual brand Anakku. sayangnyer, pam tuh bertahan 2 minggu jer.. maybe sbb heavy duty sgt kot. then, hubby belikan pump Pureen.. yg nih guna battery and it only last for 6 months sblm motor dia rosak.. sepanjang guna pump Pureen mmg takde masalah dgn production. mmg standard production aku 10oz every pumping session. Tapi bila Pureen rosak, production aku menurun sbb aku tak reti pam guna tangan.. masa nih amatlah tension.. then, cepat2 kiteorg beli pam medela mini-e. mmg bagus and production pun byk balik. mini-e selamat aku guna smplah wean off amin at 1 year 10 months sbb aku pregnantkan saeed. 

masa pregnant saeed, mmg positive betul nak bfeedkan dia jugak.. dapat tahu pasal medela freestyle dari Aida. ok, amat menarik and harganya boleh buat telan air liur 2-3 kali. for the first time, aku beli barang thru ebay sbb kat ebay lagi murah. aku dapat dlm RM800++ includes shipping.. masa tuh kat msia harganya RM2.5k rasanya. amat teruja nak guna freestyle, and bila bersalinkan saeed, aku dah siap2 buat stok masa pantang jugak. Alhamdulillah, masa saeed aku bersalin kat Sime Darby Medical Centre (SDMC) dulu SJMC which is baby friendly hospital. mmg diaorg akan kacau waktu tido utk nursing baby. siap ada lactation consultant dtg utk ajar latching, pumping n etc. memandangkan aku dah ada pengalaman ngan amin, so, takde masalah sgt bila time saeed.

pada aku medela freestyle mmg terbaik.. dgn situasi aku yg balik keje kena multitasking, function freestyle mmg amat berguna.. aku boleh mengepam sambil memasak kat dapur and buat keje umah.. just sangkut jer pam kat pinggang.. dlm packaging dia siap provide belt, tapi aku tak pernah guna pun.. aku slalu sangkut kat getah kain baju kurung aku jer.. production still maintain 10oz every session.. and alhamdulillah rezeki yg melimpah bagi aku kesempatan utk share susu aku dgn 2 org anak susuan aku, Fudhayl and Haziq. saeed fully bfeed smplah 2 thn lebih, masa aku pregnantkan zhafrah. insiden yg tak boleh lupa, aku terpaksa buang hampir semua stok dlm pantang sbb susu rosak.. masa pantang aku duk umah in law, so, bila letrik takde kat umah mmg kiteorg tak perasan. bila balik umah lepas pantang nak train saeed bottle feeding, dia asik menolak. rupa2nya susu dah masam.. rasa nak menangis masa buang susu2 tuh semua

utk zhafrah, kami upgrade lagi beli upright freezer.. nak upgrade pump medela takde kuar model baru lagi :) so, tambah freezer jer sbb ikut experience mmg tak muat guna fridge biasa. abis jer pantang, freezer aku pun penuh.. pening dah nak letak kat mana stok2.. so, skang nih aku ala2 malas nak pam slalu n byk bagi direct feeding kat zhafrah kalau breast engorge. 

utk freestyle nih takde prob cuma softfit breastshield tuh slalu koyak.. baru2 nih dua2 soft fit aku koyak..lps review kat net, akhirnya aku beli personal fit breastshield kat one baby world. tu pun hasil survey semua online shop and ebay, kat one baby world yg plg murah.. cuma RM25 jer satu utk size M. masa beli tu aku sorang je naik atas, hubby n kids tunggu dlm keter sbb nak cepat. sempatlah aku belek2 breastshield tuh sbb nampak cam kecik, takut tak muat. lagi satu, prob ngan battery dia.. yg nih buat aku cuak jugaklah sbb bila charge battery cam tak full.. masa saeed dulu pernah jadi jugak.. bila aku modify kat battery dia letak paper sket baru ok.. masa pregnantkan zhafrah, aku dah start check balik.. takut2 rosak lagi.. mula2 tuh mmg dia cam tak charge.. lps google kat net, byk jumpa mmg prob freestyle kat motor dia.. sebenarnya bukan battery yg tak charge tapi motor dia prob.. jumpalah satu website nih ajar camana nak reset balik.. alhamdulillah lps ikut step by step, pump berjaya di charge and boleh guna smplah arinih.. mintak2 bertahanlah pump nih smp anak yg ke 7.. bolehke? hehehe

ramai kawan2 tanya tips camana susu aku leh byk, aku pun takdelah amalkan supplement. mkn cam biasa jer.. few tips yg aku boleh kongsikan

masa pregnant
1. aku tetiap ari baca surah al hujurat. fadilat surah nih utk banyakkan susu. masa baca kena yakin and byk2 doa supaya susu banyak.. amalan nih mmg aku tak miss since pregnantkan amin
2. dah masuk third trimester, aku start bersihkan nipple and urut2 breast masa mandi utk elak nipple tersumbat..

dlm pantang
1. aku minum pagi n petang ngan susu anmum lacta
2. masa zhafrah, aku tukar ganti ngan susu kambing hira' and nmpk kesan byk jugak susu

yg penting, mesti pikir yg indah2 je masa pumping.. kalau bosan tgklah gambar/video baby utk stimulate.. 

breastfeed nih guna prinsip demand n supply.. so pada aku takde istilah air susu takde.. 

kalau demand byk, byklah supply.. direct feeding boleh stimulate breast utk produce more milk.. 

breastfeeding nih bukannya slalu indah jer.. ada jugak pahitnya. masa saeed, aku kena nipple clogged waktu pantang.. sakit sgt smp aku nak demam. lepas urut baru ok sket.. and kena pump slalu.

waktu zhafrah pun sama, aku lambat urut, so, breast mmg bengkak masa tuh. masa tulah aku belajar cara hand express sbb kalau breast bengkak mmg tak boleh guna pump. alhamdulillah, pas hand express 2-3 kali, breast aku dah ok.. yg pelik masa zhafrah nih (yerlah first girllah katakan) buat pertama kalinya aku ada lump under armpit sebelah kanan.. mula2 aku tak perasan, masa mandi baru ternampak cam pelik kat armpit aku.. bila google, it's normal.. sbb urat susu mmg smp ke lengan.. so, bila breast aku engorge, susu tuh berkumpul kat bwh armpit.. nampak scary tau.. tapi bila makcik urut tuh kata ada org kena dua2 belah skali.. so, mmg normal kot.. lepas pantang lump tuh dah mengecil tapi tak hilang terus smplah skang.. aku baca kat net, dia kata lump tuh hilang pas kita stop bfeed nnt sbb dh takde milk production.. nasib baik tak sakit, cuma nampak hodoh jerlaa..

itulah sikit sebanyak pengalaman aku.. hopefully, aku dapat bfeed zhafrah smp 2 thn sama cam saeed.. amiinnn