Saturday, August 22, 2009

FALSE ALARM! (kes org first time bersalin normal)

Rabu last day aku keje.. settlekan semua handover kat bos and i'm free!! memandangkan doktor takde bagi mc, so aku amik annual leave jer.. perancangan awal nak duk kat umah MIL postpone dulu..

first day cuti, dlm kepala dah sarat dgn plan nak kemas umah. g bfast kat lontong klang.. pastuh hubby ajak g beli brg basah sbb kat umah dah takde brg nak masak.. hujung2 pregnancy nih jadi rajin pulak nak memasak.. so, pas basuh keter, amik MIL and SIL, kiteorg pun g Tesco. lepas beli brg2 dah pukul 4 lebih. balik umah masak smbl udang n kacang pjg goreng.. utk amin, aku gorengkan telur n ikan bilis jer.. sambil2 tuh, buat sket puding koktel. tetiba nak makan puding koktel pulak :)

second day, bfast puding koktel n satu tray kecik durian... pas mkn durian rasa panas pulak perut.. amin makan nasi putih. aku goreng lempeng, nk mkn ngan sambal udang semlm. pas mandi n basuh toilet, hubby balik bawak kebab. tak jadi pulak mkn lempeng.. hubby balik solat jumaat baru mkn sama2.. keletihan basuh toilet, aku tertido.. dgn amin pun tido skali.. bgn solat asar kul 5, tiba2 perasan ada blood stain. tapi tak rasa sakit.. bgtau kat hubby and kiteorg pun refer kat MIL and mak aku.. diaorg kata tuh dah kuar tanda, tunggu sakit bolehlah gi hospital.. pas maghrib, rasa sakit sket2 jer.. aku tahan lagik. pas solat, aku kemas2 barang nak bawak ke umah MIL. mmg dah plan nak tido sana pun mlm nih.. nak sahur sama2 kononnya.. hubby pas asar dah kuar g cari air zam zam n susu kambing.. balik2 tgk dapat air zam zam jer.. susu kambing tak jumpa. pastuh terus g umah MIL. smp sana, mkn dulu.. contraction ada sket2.. tapi tak kerap lagi.. start kul 10.30, baru rasa contraction 15 minit skali.. dlm 11.30, hubby ajak g hospital.

amin nangis2 nak ikut.. sian kat dia. smp hospital, ternampak dr siti pun br smp... g labour room and nurse pakaikan CTG. mula2 ada contraction, tapi pas 15 minit, contraction dah slow.. aku n hubby dah syak mesti false alarm nih.. then, dr siti dtg check.. baru bukak 2cm and dia kata up to us nak tunggu atau nak balik umah.. kiteorg pun opt balik umah jer.. dia kata kalau dah sakit every 5 mins, bolehlah dtg. waa... tensen betul nih... rupa2nya dah bleeding pun tak semestinya nak bersalin ek.. mmg kes poyolah kiteorg nih :) pas buat CTG sejam, kiteorg pun balik umah.. kenalah charge RM 100 utk guna bilik and brg2 diaorg.. doc bagi mc 2 hari utk monday and tuesday..

smp umah, amin dah tido.. alhamdulillah bolehlah pose arinih and sempatlah nak khatamkan baca quran.. aku cakap ngan hubby, pasnih tunggu air ketuban pecah baru dtg hospitallah.. buat malu jer dtg awal2 tapi tak bersalin pun... :)

0 thoughts: