Friday, September 24, 2010

knowledge sharing

hari nih nak share knowledge dgn kawan2 kalau2 ada yg belum tahu lagi. rasa2nya semua dah tahu ttg hukum insurans nyawa konvensional yang diharamkan oleh majlis fatwa spt dibwh

Insurans
1-2 Oktober 1970 & 15–16 Februari 1979 • Muzakarah Kali Ke-16

Keputusan :
Manakala persidangan ke-16 pada 15 – 16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut ;
Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidaktentuan)
b. Mengandungi unsur judi
c. Mengandungi muamalah riba


dan hukum produk investment link yang ditawarkan oleh insurans konvensional

Hukum Terhadap Produk Investment Link Menurut Islam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006, di Kuala Lumpur telah membincangkan Hukum Terhadap Produk Investment Link. Muzakarah telah memutuskan:
Umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah. Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.


sehubungan dgn fatwa yg telah dikeluarkan di atas, kita mungkin tidak tahu bila kita mencarum insurans nyawa konvensional dan ditakdirkan Allah kita meninggal, duit dari insurans tersebut tidak boleh digunakan dan dihukumkan HARAM

Wang insurans tidak ikut syarak bukan harta pusaka
Jun 12th, 2008 by Takaful
Sumber: Berita Harian, 12hb Jun 2008

SOALAN:
Anak lelaki saya sudah meninggal dunia dan meninggalkan saya, ibunya, seorang isteri serta dua anak perempuan. Saya sudah mendapatkan Surat Pentadbir Kuasa bagi mentadbir harta arwah. Baru-baru ini, pihak insurans mengeluarkan wang insurans nyawa secara berkelompok arwah kepada balunya. Dalam surat itu, beliau diamanahkan sebagai wasi dan hendaklah membahagikan wang berkenaan mengikut hukum faraid. Arwah tiada meletakkan penama untuk insurans itu. Namun, sehingga kini balu arwah tidak membahagikan wang berkenaan mengikut faraid atau menyimpan di tabung amanah untuk cucu saya walaupun dinasihatkan berkali-kali. Alasannya ialah wang insurans itu adalah insurans konvensional dan bukan secara Islam, jadi tidak perlu dibahagikan mengikut faraid. Apakah hak saya dan waris lain khasnya cucu terhadap wang insurans nyawa itu sama ada ia secara konvensional mahupun Islam.
Ayah dan datuk, Selangor Darul Ehsan

JAWAPAN:
Isu dalam kes ini ialah sama ada wang pampasan insurans nyawa boleh dianggap sebagai harta pusaka atau sebaliknya kerana seseorang yang mengambil insurans nyawa sama ada melalui syarikat insurans konvensional atau secara Islam, beliau akan mencarum sejumlah wang tertentu setiap bulan.

Menurut Akta Insurans, insurans nyawa yang diambil pencarum terbahagi kepada dua jenis iaitu insurans nyawa yang dilantik penama dan insurans nyawa tidak dilantik penama. Pampasan insurans nyawa yang tidak dilantik penama adalah menjadi harta pusaka dan hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.
Bagi pampasan insurans nyawa dilantik penama, ada dua keputusan mahkamah yang berbeza di mana dalam kes Re Man Minhat (1965) 2 MLJ 1 yang diikuti oleh kes Re Bahadun Hassan (1974) 1 MLJ 4, mahkamah memutuskan pampasan insurans nyawa menjadi hak penama.

Namun, dalam kes Re Ismail Rentah (1939) FMSLR 230 dan (1940) MLJ 98, Mahkamah Tinggi memutuskan sebaliknya di mana fakta kes lebih kurang sama dengan kes Re Man Minhat, penama adalah isteri si mati.

Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang Islam adalah sebahagian undang-undang awam negeri. Di bawah undang-undang Islam, mengikut kajian mahkamah seseorang boleh membuat hibah harta yang tertentu ketika hayatnya.

Hibah yang diberi dalam marad al-mawt dianggap sebagai pemberian melalui wasiat, pemberian kepada seorang waris (isteri) adalah tidak sah melainkan waris lain bersetuju. Surat penama tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup kerana tiada pindah milik kepada orang yang menerima.

Oleh itu, mengikut undang-undang Islam, jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris dan bukan menjadi milik isteri sebagai penama.
Hukum berkaitan penama sudah difatwakan pada 1973 di mana penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.
Penama adalah orang yang diberi kuasa untuk mengeluarkan wang si mati dengan mudah dan segera tanpa perlu melalui proses pembahagian harta pusaka mengikut undang-undang pembahagian harta pusaka.

Namun, penama bukanlah pemilik wang itu kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Selepas mengeluarkan wang, penama hendaklah membahagikannya kepada waris mengikut faraid.

Dalam kes tuan, laporan polis boleh dibuat berkaitan tindakan balu arwah pecah amanah sebagai wasi pampasan insurans seperti dinyatakan dalam surat syarikat insurans kepadanya. Tuan juga boleh memfailkan kes di Mahkamah Sivil bagi tuntutan itu.

Namun, rujukan harus dibuat kepada fatwa berkaitan penggunaan wang insurans nyawa itu. Pada 1979, Kesatuan Ulama Fiqh Dunia yang bersidang di Makkah, majoritinya memutuskan insurans jenis perniagaan sama ada ke atas barang perniagaan, nyawa dan lain-lain daripada jenis harta adalah haram.

Pada 1985, majoriti ulama sedunia mengharuskan insurans jenis kerjasama iaitu insurans termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan ditanggung berdasarkan syarat ditetapkan oleh syarak.
Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram.

Maka, tuan perlu meneliti sama ada syarikat insurans arwah menjalankan kegiatan yang menurut hukum syarak atau tidak sebelum membelanjakan wang pampasan itu. Jika syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka.

Hanya wang pendahuluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh si mati saja menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.

Berbincanglah secara baik dengan balu arwah serta dapatkan khidmat guaman yang meliputi undang-undang sivil dan hukum syarak supaya pembahagian dan penggunaan wang insurans itu menurut hukum syarak.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak.

HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWAMuamalat/Ekonomi
Huraian Tajuk/Isu:
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Puan Hadifah bte Mohd Isa daripada Estet Pulau Carey, Pelabuhan Klang, yang bertanyakan fatwa berkenaan dengan perkara di bawah iaitu :

1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)
3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan:
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.

Keputusannya :Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.

1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)

Keputusannya :Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.

1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Keputusannya: Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.
so, saya amat menyeru kepada kawan2 yg ada mencarum insurans konvensional agar berhenti dan pilihlah takaful. kasihanilah anak2 dan ibu bapa kita yg tidak berdosa. kalau pikir rugi, ingatlah kita hanya rugi di dunia, tapi kalau kita teruskan jugak kita akan rugi dunia dan akhirat. duit yg disimpan tak dapat nak diberikan pada anak2 dan ibu bapa plus dosa yg ditanggung.

2 thoughts:

Farra said...

bagus sharing ni ayu..tq yer..alhamdulillah kami pon amik takaful

-ummu amin- said...

sharing is caring ;)