Friday, November 6, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Kali nih, nak mencuba nasib dlm contest by MomBloggersPlanet - Cutest Baby in NATURE. Nak join? klik sini ye!
Prizes are courtesy by:






Nama: Nuruddin Amin bin Azirull Amin
Tarikh lahir : 2 February 2007
Umur : 2 thn 9 bln

Gambar ini diambil sewaktu sesi photoshot kami sekeluarga di Taman Tasik Shah Alam pada Disember tahun lepas. Ia merupakan kali pertama kami membawa Amin ke taman ini. Walaupun ketika itu cuaca agak panas, tetapi Amin tetap gembira bermain di sekitar tasik, kadangkala mengejar burung2 yg ada disitu. Taman yg dikelilingi oleh pokok2 yg menghijau memang memberikan ketenangan kepada kami. Melihat kepada reaksi Amin, kami bersetuju untuk meluangkan masa bersama2 di tempat2 seperti ini lagi. Pada pendapat saya, aktiviti luar utk anak2 amat berfaedah kerana ia dapat:

1. merangsang sifat ingin tahu dan kreativiti anak2
2. memberi pendedahan awal kepada anak2 ttg flora dan fauna
3. menanamkan rasa cinta kepada alam semulajadi dlm diri anak2
4. membina keyakinan diri anak2

1 thoughts:

ieka said...

pandainya amin bergaya.. hehe rajin la ayu masuk contest :D