Monday, May 17, 2010

Sayu

Hatiku tersentuh lagi. Kes dera bayi dan kanak2.. risau memikirkan saeed di rumah org. minggu lepas, babysitter saeed bgtau yg saeed dah start panjat tangga. risau kalau2 saeed terjatuh dan kami tak diberitahu. arghh.. usaha cari maid kena digiatkan jugak nih. tapi bila??
Bayi mati disyaki didera pengasuh
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2010/05/17

Mangsa alami pendarahan dalam kepala

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia, disyaki akibat didera pengasuh yang baru dua minggu menjaganya.

Mangsa, Muhammad Rayyan Afzanizam, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, jam 8.30 malam kelmarin, sehari selepas koma.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala selain turut mempunyai kesan lebam pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bayi itu mengalami sesak nafas dihantar pengasuhnya ke klinik di Subang Jaya pada jam 7 malam, Jumaat lalu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudian mengejarkannya ke PPUM sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia 24 jam selepas diberikan rawatan di pusat perubatan terbabit.

“Doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki kesan dera pada tubuh mangsa. Ketika ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainal Rashid berkata, polis menahan seorang wanita berusia 40-an yang tinggal berjiran dengan rumah keluarga mangsa di sebuah pangsapuri di USJ, Subang Jaya, pagi semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, wanita itu ditahan reman enam hari mulai semalam dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui di PPUM, enggan bertemu media bagi memberikan sebarang kenyataan.

Jenazah bayi berkenaan dituntut ibu bapanya kira-kira jam 3.15 petang dan difahamkan mangsa dikebumikan di kampung keluarganya di Port Dickson, Negeri Sembilan
.

0 thoughts: