Monday, October 8, 2007

Raya & Rumah

Ramadhan tahun nih rasa cepat sgt berlalu... mungkin sbb kiteorg sibuk menguruskan hal rumah smp tak teruja sgt nak buat persiapan raya. Alhamdulillah, berbuka n sahur dapat disediakan sendiri walaupun lauk pauk yg simple jer plus dapur yg belum 100% complete. Barang2 belum lagi dikemas, bila nak kemas je, si kecik tuh minta dimanja. Tepaksa ditangguhkan dulu. Tak tahulah bila tahun baru boleh siap mengemas. Bila pikir yg raya tak smp seminggu lagi, seriau pulak rasa. Rumah cam 'tongkang karam' lagik, abislah kalau org dtg beraya nnt. Tahun nih kiteorg takde buat 'open house', tapi kalau sesiapa yg rasa nak dtg ziarah, kiteorg mengalu2kan... InsyaAllah, by that time rumah dah kemas sket.

Last weekend, spend time kat umah sbb ada 2 kontraktor dtg pasang barang. On Sunday, gi shopping bawak my mom and MIL. Mula2 gi One Utama, nak carikan kasut raya utk Amin. Abah pilih warna biru, opah belikan warna coklat and nenek pulak beli warna hijau. Banyakkan?? Walhal, bukannya boleh berjalan lagi, tapi kasutnya lagi byk dr kasut Ummi ngan Abah. Then, cari topilak.. Nenek belikan cap warna biru (nak matchingkan ngan kasut biru) while opah belikan cap coklat. Ummi dah belikan kopiah hijau utk Amin last 2 weeks. Abah berkenan jumper kat Mom's Care, so, belilah jugak lagi satu baju (padahal baju kat rumah dah berlambak2 sbb Umminya asik habiskan duit shopping kat minus one)

Dari One Utama kiteorg ke Alamanda dgn matlamat nak carikan baju melayu utk Amin n abah. Smp sana mmg byk baju ada and kainnya pun bagus, tapi takde yg sesuai utk Amin. Bila size ok, warna pulak tak ok. Bila warna ok, sizelak takde. Susah betul nak carikan baju utk anak bertuah sorang nih. Terpaksalah cari kat tpt lain pulak pasnih. Hopefully adalah jumpa baju yg sesuai utk Amin nnt.

2 thoughts:

mardhiah12 said...

selamat hari raya, maaf zahir batin!

aida said...

selamat hari raya ayu :)