Monday, February 20, 2006

Halal ke Haram?


Part I

Umat Islam makan sosej bercampur babi wajib samak

KUALA LUMPUR 21 Mac - Beberapa tokoh ulama berpendapat umat Islam yang memakan sosej bercampur babi wajib menyamak anggota badan dan mulut serta peralatan yang digunakan untuk memasak sosej tersebut.
Mereka berkata, umat Islam juga perlu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah di atas kelalaian itu kerana makanan tersebut telah menjadi darah daging mereka.
Pendakwah bebas, Mad Daud Che Ngah berkata, walaupun mereka tidak mengetahui makanan itu bercampur benda haram ketika memakannya, namun mereka tetap perlu menyamak kerana makanan tersebut terbukti haram.
``Cara menyamak pula ialah dengan membasuh anggota badan dan peralatan tersebut menggunakan tujuh kali air mutlak dan satu daripadanya bercampur dengan tanah.
``Lebih afdal sekiranya basuhan itu dimulakan dengan air mutlak yang bercampur tanah terlebih dahulu diikuti enam kali basuhan air mutlak,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan umat Islam di negara ini menyamak anggota badan dan peralatan yang tersentuh dengan makanan yang bercampur benda haram serta situasi mereka yang telah memakannya tanpa menyedari ia bercampur benda haram.
Isu makanan haram itu hangat diperkatakan setelah dua buah kilang memproses sosej di Selayang diserbu kerana dipercayai menggunakan usus babi sebagai sarung sosej mereka dalam masa yang sama menggunakan logo halal.
Menurut Mad Daud, keperluan menyamak itu juga termasuk bahagian bibir yang tersentuh makanan haram tersebut dan anggota badan lain selagi ia boleh dilalui oleh air basuhan samak berkenaan.
Sebagai pengajaran katanya, umat Islam perlu lebih berhati-hati ketika memilih makanan dan tidak boleh bergantung kepada tanda halal semata-mata apatah lagi makanan tersebut daripada mereka yang bukan Islam.
``Dalam hadis ada mengatakan yang bermaksud `Setiap darah daging yang tumbuh daripada punca haram maka api neraka sahaja yang layak membakar semula darah daging tersebut.''
``Jadi, ini jelas menunjukkan Islam begitu memandang berat terhadap punca halal dan haram makanan,'' ujarnya.
Sementara itu, bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abd. Kadir Talib berkata, umat Islam wajib bersamak dengan tujuh basuhan air dan salah satunya bercampur dengan tanah bertujuan menyucikan diri.
Air yang bercampur tanah itu pula katanya, berperanan membunuh kuman berbahaya termasuk yang dibawa oleh babi kerana tanah merupakan pembunuh kuman yang paling berkesan.
Tambahnya, samak itu juga perlu meliputi anggota badan secara lahiriah termasuk muka dan bibir yang terkena benda haram selagi ia boleh dilalui air.
``Bahagian dalam badan termasuk mulut dan lidah, tidak perlu disamak kerana Islam tidak membebankan dan menyukarkan umatnya. ``Bagi mereka yang termakan benda haram dan baru menyedarinya, mereka perlu bertaubat dan memohon ampun,'' katanya.
Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadot turut sependapat dan meminta umat Islam yang termakan makanan yang bercampur dengan benda haram menyamak anggota badan dan peralatan yang digunakan.
``Caranya ialah menggunakan tujuh air mutlak yang suci lagi menyucikan dan salah satunya bercampur dengan tanah pada anggota badan,'' katanya.

Part II


Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Ekonomi
Tajuk : Insurans

Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.
Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16
Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 %>--->
Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970

Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
b. Mengandungi unsur judi. 
c. Mengandungi muamalah riba.
Oleh : Persidangan ke 16
Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979 %>--->
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979

Part III

Isu halal dan haram amat sensitif dikalangan umat Islam di Malaysia. Bila kes sosej yg menggunakan usus babi didedahkan, kecoh satu Malaysia. Semua yg pernah makan sosej (tak kiralah halal atau haram) akan automatik rasa jijik dan kotor. kalau boleh nak muntahkan balik semua sosej2 yang pernah dimakan walaupun dah bertahun lamanya. tapi hairan, kenapa umat Islam kat Malaysia hanya nampak halal dan haram tuh pada makanan sahaja. walhal, kalau makanan yg dijamin halal tapi dibeli menggunakan duit yg haram, hukum makanan itu pun jatuh haram jugak. ramai lagi yang tak sedar bahawa halal dan haram melingkupi bidang yang amat luas. bukan setakat pegang atau makan babi dan anjing.

walaupun sebahagian besar umat Islam dah tahu riba' itu haram... insurans itu haram.. tapi masing2 buat 'tak tahu' jer.. sbb mereka tak nampak secara zahir betapa hasil dr urusniaga yg berunsurkan riba' itu haram. cuba bayangkan keturunan kita dicemari dgn duit haram... lebih menyedihkan kalau ibu bapa kita atau kita sendiri pergi menunaikan haji dgn sumber yg haram... dimana keberkatannya kalau permulaannya pun dah tak betul.. kebanyakan org yang suami saya jumpa, rata2 dah faham dan arif ttg haramnya insurans konvensional... tapi semua buat alasan 'saya dah masuk lama dgn insurans nih.. sayanglah duit saya kalau saya berhenti' semuanya sayangkan dan pentingkan duit.. walhal duit tuh lah salah satu penyebab kita ke neraka diakhirat nanti.. mana taknya, kita membenarkan duit kita digunakan utk dilabur di tpt2 yang haram... pasti kita pun akan dapat saham dosanya... samalah kesnya dgn bank... kenapa tak menyimpan di bank yang mengamalkan muamalah Islam... walaupun kita tak ambil faedah yg diberi oleh bank konvensional... kita still jugak contribute to the fund yang diaorg laburkan.. kalau bank tuh invest kat Genting... and amongst the investment tuh termasuk duit yg kita simpan... still kita dpt dosanya..

ada org bila diutarakan bab halal dan haram nih, cepat shj melenting.. mana ada benda yg halal 100% di zaman sekarang katanya.. mmglah kita tak tahu samada sesuatu tuh 100% halal, tapi once dah pilihan antara Islam dan bukan Islam.. kita sbg muslim, wajib pilih yg Islam.. takde alasan dan dalih lagi... wallahualam

0 thoughts: