Tuesday, April 15, 2008

KLIBF 2008 & AF Nite

KLIBF 2008

Rata2 hampir semua blog rakan2 bercerita ttg KLIBF. Bagi kami sekeluarga, this is our first time gi ke KLIBF. Tahun yg sudah tak dapat nak menghadirkan diri, lupa pulak sebabnya. Apa2pun KLIBF mmg best! First trip is on 2nd day of KLIBF. Masuk je simpang ke PWTC terus nampak byk kereta parking kat tepi jalan. Tak tahulah samada parking penuh atau sengaja nak menyusahkan diri dan org lain semata2 nak save duit. Bagi kami yg ada anak kecik nih, no choice. kena jugak cari parking lot. Hubby terus masuk ke Pan Pacific. Masa amik tiket, terkedu tgk rate dia. First one hour RM 5, next subsequent hours RM 4/hour. Ya Allah, awaitt mahal sgt! Terus sound hubby 'kita tak boleh lama sgt dlm nih, teruk nak membayar nnt'. Kami pun berjalan masuk. Oh ya, my SIL and MIL ikut skali masa tuh. Mula2 kami gi solat Asar dulu. Lepas tuh baru start mengsurvey buku. Nasib baik sebelum datang dah siap2 plan apa yg nak dicari. Saya bukanlah seorang penggemar novel spt Aida, Aini atau Hany. saya lebih suka baca majalah or in other words, short articles atau cerpen would be fine for me. Kalau novel tuh, susah sket nak bagi commitment melainkan the story is really,really interesting. target saya ialah ke booth Karangkraf and Galeri Ilmu. Malangnya, petang tuh dapat singgah di Karangkraf shj sbb Galeri Ilmu ada kat tkt bawah. Dapatlah grab few issues of PA&MA yg saya miss sblm ini. Nak lengkapkan koleksi 2007 and 2006. Selepas itu, saya ikut Hubby yg sibuk nak mencari booth Truewealth owned by Azizi Ali. Disebabkan kami takde floor directory, susah betul nak mencari ditambah dgn org yg amat ramai. Sesak betul PWTC arituh. My words to Hubby, kita kena pergi waktu weekdays baru selesa. Amin pun dari mood ok jadi ko. Sepanjang jalan dia asik menjerit. Mungkin letih dan rimas dgn org yg terlampau ramai. Petang tuh, cuma dapat beli PA&MA saya dan buku latihan untuk my SIL shj. Pelangi nak abiskan stok, jual exercise book RM 1 satu. Yg lain kami terpaksa tgk2 shj. Dalam hati, 'kena pergi lagi skali'. Dalam 6.30pm tuh kami pun beransur balik. My hubby sedikit kecewa sbb tak dapat nak beli apa2. Tapi masa mmg tak mengizinkan sbb mlm tuh pula kami kena ke UIA utk ambil my BIL. Parking harituh kami kena RM 9 utk 2 jam.
The next day, my hubby ajak pergi lagi skali. Kali ini kami pergi dgn my BIL. kami smp dlm tghari. Parking di The Mall dan terpaksa menyorong stroller Amin melintas jalan. Nasib baik my BIL ada, bolehlah dia tolong skali. kali ini kami mula dr bawah. Dapatlah subscribes PA&MA (for me) and majalah PC (utk hubby). harganya? Dari yg diiklankan kata ada 20% diskaun, tapi rasanya lebih kurang sama je cam kat luar. Cuma dapat souvenierslah. Dapatlah 3 CD filem Korea and English, stationery and Fisher Price toy utk Amin. Sempat jugak grab lagi few issues of PA&MA, rupa2nya yg kat tkt atas n bawah tak sama koleksinya. next, misi mencari booth Galeri Ilmu pulak. Punyalah susah nak cari, at last jumpa gak. Subscribe lagik majalah ANIS. Mula2 nak beli binded collection utk 2007 and 2006, tapi tgk2 dah abis. Adake dia suh dtg besok pulak. Alamatnya takdelah... my mission is accomplished. Pastuh baru cari my hubbynya buku pulak. Dgn bantuan floor directory, kami jmp jugak booth Truewealth. Mmg susah nak jmp kalau takde floor directory sbb boothnya terletak kat hujung skali. Masa tuh adalah Azizi Ali dgn one of the author. Buku yg my hubby nak dah abis, the stock is coming in 1 hour time. So, kami terpaksalah berjalan ke tempat lain dulu. Semalam dah survey barang utk Amin. So, hari nih kami terus ke gerai tuh. Gerai nih org Arab yg jaga. Byk produk pembelajaran yg Islamic. Amin suka sgt dgn nasyid2 Arab yg dipasang. Siap angguk2 kepala lagik. Kami beli board alif ba ta dan animals utk Amin. Alif ba ta tuh amin lom reti main... abis huruf2 tuh masuk mulut dia. Terpaksalah Ummi simpan dulu. Lepas round tiga2 dewan, Ummi bawak Amin ke surau utk menyusu. Hubby and my BIL pergi beli buku yg my hubby nak. Kat surau Amin buat perangai, maybe sbb dia dah mengantuk n letih sgt. Asik menangis tak boleh nak tinggal. Ummi amik wudhu' pun terkejar2. Dahlah org ramai masa tuh. Nasib baik ada sorang akak nih tolong tgkkan Amin. Bisinglah satu surau tuh dgn suara dia. Smp semua org tanya anak siapalah tuh... uisshhh.. sungguh menguji kesabaran. Masa nak solat pun Amin still nangis lagi. At last, terpaksa mintak my hubby jagakan sekejap. Lepas solat, kiteorg pun balik ke rumah. Parking utk arituh RM 9 jugak tapi utk 4hour plus. Berbaloikan???
Teringin gak nak pergi lagi skali, tapi takde kawan :(
AF Nite @ Puri Pujangga

This is an annual event for ex-MMU dan 2 thn berturut2 buat kat Puri Pujangga. Betul cakap Cord, next year kena buat kat tpt lain. Tak semestinya hotel besar, yg penting food mesti sedap dan bilik yg lebih besar utk accomodate all the guests. Kami bertolak dari rumah lepas Asar. Smp ke UKM sblm Maghrib lagik. Intai2 jugak tgk kalau2 ada budak MMU yg lain. Tapi tak nampak bayang pun. Amin dr awal dah tertido. Sampai abis solat Maghrib pun Amin still tido. Dari Masjid UKM ke Puri Pujanggan tuh mmg tak jauh, tapi kami yg tak biasa nih boleh terlajak pulak. 2-3 kali jugaklah kena u-turn. Sampai ke dewan tuh masih belum ramai lagi yg datang. Kami amik meja dekat dgn pintu masuk. Satu yg saya perasan, kawasan tuh byk nyamuk! ermm..mungkin sbb surroundingnya yg penuh ngan pokok2. Pengisian oleh Ust Hasrizal mmg best tapi tak dapat nak dengar semua sbb Amin dah mula boring. Siap Ust tegur lagi masa Amin menjerit ' saya terharu dgn sambutan yg diberikan, teringat saya dgn anak2 di rumah'. Apa lagik, terpaksalah bawak Amin duduk di luar. Amin mmg suka sgt malam tuh, makan pun laju jer... nampak excited nak berkawan wpun belum boleh berjalan dgn stabil. Tak dapat nak join fashion show malam tuh... kalau tak mungkin Amin boleh menang kalahkan abg Nufayl ;) (sbb Amin dah mandi petang tuh). Alhamdulillah, my hubby dapat hadiah lucky draw. Ada jugak kenangan selain dr goodies yg kami dapat sblm tuh. Tapi mmg salute dgn Aida n family sbb menjadi penerima hadiah yg plg byk malam tuh.. InsyaAllah, next year kalau ada kesempatan boleh join lagik n kali nih mesti lagi best sbb Amin dah boleh berjalan/berlari dan mungkin bercakap :)

7 thoughts:

Anonymous said...

thanks for attending the dinner. Inya Allah akan buat lebih baik tahun depan

Hany FF said...

yeah rite, tahun depan amin pulak. nufayl bucuk! ekekek.
btw, kami kalau pi pesta buku or other event kat pwtc...parking nya salunya kat hentian putra. murah saja. tapi kalau hujan susahlah...sbb nak lintas jalan tu takde bumbung. kalau tak hujan...mudah & murah di situ. dalam pan pac mahal la sket.

memang best pi pesta buku. borong mags & books. bila nak baca? ikut giliran! heh.. ;)

aida said...

tahun depan rezeki amin pula dpt hadiah banyak hokay ;)

areyou said...

Hany & Aida,

InsyaAllah, moga2 'masin' mulut korang ;).

Ummu Auni said...

ayu, best kan pesta buku? aku bercita2 nak pergi kali kedua tak dapat, mujur ada kawan tolong belikan buku. rambang mata!

Anonymous said...

amin,

ni ibrahim, mama saya ade gi pesta buku tu tau. dia dapat buku pasal spain free tau. abis saya koyak kan. kalau nak join jom aa datang visit umah saya.

ibrahim.

Anonymous said...

amin,

lupa lak nak gi tau, arigato ghozhimas or in other word jazakallah khair for the train. i really enjoyed playing with it.

thanks again, jumpa lagi kalau ade buat kenduri turn 2 years lak nanti insyaallah.

ibrahim