A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Wednesday, January 17, 2007

KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan(ditekan).

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

i)Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.
Riwayat Abu Daud

ii)Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata
“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

i)Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

ii)Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Good Bye 2006 & Welcome 2007

like Aini, my life also have gone thru a lot of changes in 2006...

- at last i'm moving out from Sales and transferred to Finance (less workload n pressure, of course)
- the happiest moments in our life... i'm pregnant! (after 9 months waiting patiently)
- my best fren transferred to KL
- dealing with morning sickness n pregnancy complication (smp 2 kali masuk wad)
- having family holiday with my mother n MIL in Langkawi (first time g Langkawi)

2007 to me is year of money spending for us... insyaAllah, we'll welcoming 2007 with our little khalifah arrival.. i'm counting the days anxiously. apart from that, we'll be moving to our new home in the middle/end of this year.. need a lot of budget on this two things... in June, we'll be heading off to my hubby's best fren wedding in Penang (duit lagikk..)

whatever it is, i'm sure this year our life will be totally change with all the adjustment needed to accomodate new member in the family... can't wait to become three!!

Friday, December 29, 2006

Warded Again!

Semalam baru start kerja slps diberi rehat selama seminggu. My baby is so excited to see the world. Last Thursday during checkup and after CTG was done, my gynae detected some contractions occurred.

Doc : from CTG nih nampak ada contraction. You ada rasa baby mengeraske?
Aku : ada juga (bkn biasake baby mengeras)
Doc : contraction nih, you've to be admitted. i akan bagi ubat utk tahan contraction tuh. your baby too small.

Masa tuh dah cuak giler sbb cam tak prepare. nak bersalin dahke? baru ingat pas check up nih nak gi beli brg2 baby. my husband pun cam terkejut. my mom yg tunggu kat luar dah panik... aku cam pelik jer.. ada contractionke? tak rasa sakit pun... masa nak masuk wad tuh, nurse yg bwk tuh mula2 tanya larat jalan tak? aku selamba je kata boleh lagi.. lom nak bersalin pun... nurse tuh terus buat muka blur... gelak je husband ngan mak aku...

masuk bilik terus teringat keje kat opis.. dahlah kiteorg tgh musim busy skang nih.. budget distribution nak kena siap by this friday. terus sms kat my bos bgtau kena masuk ward... takut tak sempat nak siapkan keje.. my bos terus call.. bla..bla.. sorilah idayu kalau u admitted sbb i suh stay back semlm.. the day before tuh mmg blk lambat sket sbb nak finalised figure.. quite active gaklah.. ke hulur ke hilir buat keje... ermm.. dlm hati, maybe my baby nak suh aku rest tak yah buat keje kot :)... one night kat hospital... boringlah sgt.. dhlah kena 2 kali injection and being dripped ngan ubat tahan contraction tuh... nurse2 kat situ cam pelik jer napa aku admitted.. semua tanya dh baper bln pregnant.. aku pun buatlah muka blur.. cam tak tahu apa2... kalau ikutkan hati aku pun tak nak masuk wad... next morning doc dtg round.. tanya ada rasa sakit lagi tak.. aku terus cakap tak... dia kata boleh kuar noon and dia bagi mc seminggu... sonoknya!

pas discharged terus gi mydin... beli barang2 baby... balik umah pack baju dlm bag... takut2lah kalau terbersalin dlm masa terdekat nih.. :) dah siap semua baru rasa lega sket.. one week rest kat umah mmg best.. tambah2 mak ada kat umah... bolehlah makan apa2 yg teringin...

semlm masuk opis semua tanya ok ke tak... smp ada yg ingat dh bersalin... jenuh jugak nak bercerita... yg pastinya, keje aku lom siap lagik... org yg take over tuh silap buat, tapi my bos tak suh aku smbg.. akak tuh yg kena siapkan jugak.. the reason is because aku kena tolong org lain punya keje... tgk2 keje yg aku kena smbg nih byk lagi yg lom siap.. so, semlm buat keje kat umah smp 10 lebih.. smp sakit2 pinggang... ermm.. kalaulah dapat mc lagi kan best :P:P

Monday, December 18, 2006

Jeritan Anak Palestin

Got from e-mail at Relexjap.

Tuesday, December 12, 2006

Shop till u drop

These few weeks back is full with shopping activity for us. Jenuh survey harga barang.. pilih2 barang.. merata tempat yg kiteorg pergi.. duit jgn cakaplah.. mmg melayang layang cam daun kering ditiup Ribut Durian :) :). Excited! that's the word.. sonok pergi beli barang baby... tgk baju baby.. geram betul! nasib baiklah boleh kawal lagi nafsu nih.. kalau tak mahu dekat sedozen baju baby aku beli... my MIL and SIL pun excited gak.. tiap kali gi shopping diaorg mesti ikut skali.. n mesti ada je brg yg dibeli.. at this moment, semua brg yg besar2 and costly dah beli.. almaklumlah sempena YES (year end sale) nih.. brg2 baby byk sale.. tgl yg kecik2 je lom beli... yg herannya my list keep getting longer instead of shorter... :) rasa cam dh beli byk tapi tiap2 kali gi survey mesti top up 1-2 barang dlm list. isk... kena buat prioritization list nih :P :P.. yg sonoknya daddy to be pun cam ummi to be gak... kadang2 dia yg terlebih excited :P (jgn marah ek abg) cuma skang nih rasa perut makin berat.. nak jalan lama2 pun tak larat.. kalau diri lama sket dah sakit pinggang.. kena berenti duduk 2-3 kali... tapi semangat shopping tuh makin berkobar2.. :)