A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Tuesday, October 28, 2008

Jalan-Jalan Raya

Sambungan dari posting Raya, almost every day kiteorg beraya ke rumah kawan2 dan jiran. weekend mmg full of open house invitation saja. penat tapi seronok sbb dapat jumpa kawan2. tukar2 citer, kongsi pengalaman n buat kawan baru esp dgn jiran2la. jadual kami raya thn nih:

7th day - rumah jiran, Rosli


8th day - rumah jiran, Zain


9th day - rumah jiran, Arip


10th day - rumah En Subhi


11th day - supposedly ada 6 rumah tapi dapat pergi 4 jer.
reunion geng mmu @ aida's.. sonok dapat jmp siti.. next tues tuh siti pun bersalin :).. incident kelakar masa kat umah aida, amin menangis bila dengar firdaus start enjin motor.. dia terkejut agaknya sbb tak pernah dgr bunyi motor... abis satu umah ketawakan dia...
open house shima (x dpt dtg sbb hujan lebat, sorry ye shima!)
rumah jiran, firdaus
rumah jiran, nurul (dtg mlm, lepas hujan dah reda)
rumah ngah (my hubby's aunt) x jadi pergi jgn sbb hujan lebat
last, rumah fitri, my hubby's best fren. kiteorg lepak smp tgh mlm...

pics ramai2.. nilah geng rumah sewa kat tmn dahlia masa first year kat mmu.. semua ada except for azie n paie

12th day - pagi pergi rumah ngah dgn my in laws,
lepas tuh kiteorg ke kepong, open house farra
ke shah alam, open house + akikah @ huda's (my junior kat mmu dulu)
mlm gi beraya rumah jiran sebelah rumah.. amin buat perangai nak bwk balik toys.. pinjamlah sekejap mlm tuh.. besok ptg tuh kiteorg pulangkan balik.. mmg buat malu company jerlah si bertuah sorang nih...


13th day - rest


14th day - rumah adren @ puchong


15th day - raya rumah hasni, jiran jugak tapi jauh sket


16th day - rest sbb nak tgk kekasihku seru :)


17th day - tghari open house my GM, Pn Hairiah. Mlm pulak, kawan hubby dtg beraya kat umah, dalam 2 keluarga plus jemput 2 family jiran. aku masak nasi ambang, nasib baik half day arinih...sempatlah nak masak.


18th day - ada 4 invitation,
open house ex-mmu (tak sempat pergi sbb salah timing n stuck in jam)tension sgt sbb dah penat2 bawak ayam panggang plus puding tahu. last2 hubby ajak kawan2 dia datang umah beraya pas asar. masak makaroni goreng n serve ayam panggang jer utk diaorg. ada 3 family yg dtg, fitri n wife, zafani n arip.
raya @ my mgr's house, k gee
open house jiran selang sebuah umah
mlm raya kat rumah Shuhairi, kawan hubby


19th day - 5 invitations
open house cord
pastuh gi amik mak kat kajang
smbg raya ke rumah jiran depan umah
then gi rumah imam surau, hj wahab
open house jiran lagik
makan2 @ sarah's lps asar. amin tido masa nih, hamza excited nak main ngan amin tapi amin tak nk bgn. bila nk blk tuh baru dia terjaga, terus nak main blocks ngan hamza. maybe next time boleh jmp lagikan sarah? dptlah jmp nad, kemar, shima n naj


20th day - rest gi sunway pyramid jln2


21 & 22 - holiday kat cameron with my mom n in laws in celebration of hubby's birthday


23rd day - rest tgk kekasihku seru


24th day - rest, gi mydin beli barang utk masak2 besoknya


25th day - my bro from ipoh dtg beraya, jemput skali seha, shuhairi n hasni dtg beraya. surau ada buat jamuan tapi hubby sorang jer yg pergi... kiteorg semua 'pengsan' termasuk amin skali :) ptg tuh supose ada 2 jemputan, rumah jamal n kemar tapi dua2 tak pergi sbb tertido.. penat sgt. dah tuh nyesal pulak tak pergi... :(


26th day - harinih boleh masuk malaysia book of records.. ada 8 jemputan dlm sehari and we manage pergi semua skali! caya tak??
pagi, beraya kat damansara damai, rumah sepupu
pastuh, gi kenduri kawin kawan hubby kat meru, klang
blk rumah, hubby ada kenduri tahlil kat umah jiran,
pas zuhur, gi open house jiran
kenduri kawin anak makcik katering aka kakak kawan my sis in law
gi setia alam, open house kawan hubby
sek 17, rumah en subhi
mentari court, subang, open house kawan hubby
smp umah pas isyak.. mandi, solat, terus tido.. penat betul!!


27th day - 3 buah rumah
rumah rofie, kwn hubby
open house ust syukri, kwn hubby jgk
open house jiran depan rumah


tulah list jalan-jalan raya kami thn nih. disbbkan kiteorg asik jln beraya, tak ramai yg dpt dtg beraya rumah kiteorg. fitri's remark to my hubby.. "susah betul nk dtg beraya rumah ko, smp kena buat appt cam menteri2 pulak" :)


dlm kepala dok congak2 lagi nih nak buat mkn2 sket utk jiran2 depan n sebelah rumah tapi tak tahu bila.. raya pun dah nk abis besok... ermm... camana yerk??

Friday, October 24, 2008

Pisang turunkan berat

Diet terbaru di Jepun diasaskan ahli farmasi untuk suami

TOKYO: Satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.

Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit.

Akibatnya, harga pisang meningkat, namun permintaan untuk buah itu tidak menunjukkan tanda menurun dan lebih 600,000 salinan buku mengenai diet berkenaan terjual.

Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet itu.

Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan herba China.

Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi.

Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72 kilogram. - Agensi

Interestingkan?? sapa nak try buat eksperimen :)

Wednesday, October 8, 2008

Win a FREE handbag!!


Monday, October 6, 2008

Raya

Tahun nih tak terasa langsung bahang hari raya. tak mcm tahun2 sebelumnya. maybe sbb persiapan dah buat awal2 lagik such as baju raya. rumah pun takde apa yg baru. Berangan jugak nak ganti langsir tapi rasanya kena jadikan as next year's project. Mungkin jugak sbb dah bertambah usia, semangat raya tuh dah kurang. Lebih terasa kehilangan Ramadhan. Sedih sbb tak lagi dapat merebut pahala yg dijanjikan Allah. Sedih sbb tahun nih terpaksa tinggal pose sbb diserang demam panas selama seminggu. Jadi tahun nih first time kena ganti puasa. Dah 2 tahun puasa penuh sebulan. Rasa janggal pulak bila tak dapat nak berpuasa penuh.

Tahun nih yg seronoknya dapat buat 2 jenis kuih raya yg simple2. My in laws dtg berbuka kat umah sabtu tuh. Masak ayam nandos, salad n nasi jagung. Lepas berbuka start projek buat kuih dahlia or my mil panggil kuih semperit. Jadilah jugak, cuma bila masuk oven, kelopak bunga dia tuh jadi layu... maybe sbb tak cukup tepung kastard. Last minute baru sedar tepung kastard tinggal sket, bantai letak tepung gandum ajer. My mil kata sbb gula terlebih, tapi aku dah ikut sukatan cam dlm resepi tuh. Apa2pun rasanya sedap! pas buat kuih dahlia, aku buat kek marble pulak, atas permintaan my mil yg nak bawak kek utk atuk di kampung. Alhamdulillah jadi jugak. Mlm tuh keletihan sungguh. Apa taknya, dr petang smp ke tgh mlm tak berenti kejer. Oven tuh kalau boleh menjerit mesti dah jerit keletihan. Kul 1 ++ baru siap masak kek. Amin masa tuh dah mengamuk sakan sbb nak 'melekat'. Hubby bawak naik atas pun tak nak. Sian anak ummi, slalu jadi mangsa bila ummi memasak.. satu lagi kuih buat last minute, on the day nak balik kampung. Ahad tuh baru teringin nak buat cornflakes madu. Pas cari resepi n bahan2 ahad tuh, monday pagi tuh start buat. Nasib baik kuih nih simple jer buatnya. Dapatlah dlm 240 cups. Bagi kat mil n bawak utk atuk sket.

Tahun nih giliran my hubby, so, kami pulang beraya ke Bagan Datoh, Perak. Berkonvoi bersama2 in laws on Monday, 29th. First time beraya dgn in laws. Dah 2 thn asik blk jb jer.. (tak acikan?) Disebabkan my FIL kena bekerja lagi isnin tuh, so, kami bertolak selepas Asar, kul 6. Perjalanan dari Shah Alam ke Bagan Datoh amik masa dlm 4-5 hrs. dah siap2 bawak bekal karipap n cucur badak yg aku buat frozen dulu. Waktu berbuka singgah kat masjid sg buloh, makan kuih sket, pastuh solat. Lepas solat baru cari tpt makan. Mula2 plan nak mkn kat tjg karang tapi mil dah kelaparan, so, kiteorg berenti jer mkn kat area sg buloh tuh. Boleh tahan mahal jugaklah tpt tuh. makan 6 org kena dlm RM 40++. order yg goreng2 jer.

Lepas makan terjadilah satu insiden yg kurang menyenangkan.. amin muntah sbb byk sgt mkn. Mana taknya, semua yg org makan dia nak rasa. Bila dah nak balik tuh dia boleh muntah pulak. lepas tuh dia buat perangai nak naik kete my fil. seronok nak bermain dgn pak ngah n mak ucu. tapi my mil tak kasi sbb takut kalau dia nak nenen nnt susah pulak. so, amin tak jadi ikut kete diaorg. dlm perjalanan, dah dekat nak smp masa tuh, tiba2 cover rim kete my fil tercabut. hubby cuba elak tapi tak boleh, terlanggar depan kete kiteorg. masa tuh call my fil bagitahu, diaorg langsung tak perasan rupanya. pastuh, my fil berenti tepi, n baru perasan yg tayar kete belakang pecah. terpaksalah tukar tayar spare pulak. nasib baik konvoi sama2, kalau sorang2 sian jugak my FIL. pas tukar tayar, tak smp 30 minit, kiteorg pun smplah kat umah atuk. masa tuh kul 11.30 kot. atuk tgh menganyam ketupat. apa lagi, semua amik port nak menganyam jugak. yg terror buat ketupat nih my mil n fil laa.. yg lain2 tuh belajar masa raya jer.. pastuh lupa.

besoknya, start masak utk raya. petang masa nak buka tuh hubby ajak g bazar Ramadhan. pergi byk tpt, ada 1-2 gerai je yg bukak. hubby ajak ke teluk intan, jauh jugak tuh. nasib baik on the way tuh ada bazar Ramadhan kat Simpang Empat. byk gerai bukak lagik. sampai rambang mata kiteorg dibuatnya. beli byk jugak... murtabak 4 keping, roti john, air 3 jenis, kuih 2 jenis, laksa asam, mee kari. semuanya abis... takde yg membazir. bagus betul :) pas buka sambung balik masak ketupat. atuk buat 2 jenis, ketupat nasi ngan ketupat pulut.

pagi raya, amin tak nak bgn tido. puas jugak berkejut, tu pun mengamuk. bila dah mandi n pakaikan baju lawa baru sonok nak bermain. aktiviti pagi raya, cam biasalah. salam n bagi duit raya. pastuh, makan. tetiba hubby ajak gi ke ipoh pulak.. my mom ada kat ipoh. beraya kat umah abang. abah tak nk blk jb. lepas kemas2 barang, kiteorg pun bertolaklah ke ipoh. smp ipoh dlm kul 2 lebih. call my bro, diaorg ada kat kuala kangsar pulak, tgh beraya. pastuh nk g grik pulak. pikir punya pikir, decide balik kl terus. tak dapatlah nak jmp mak n abah hari tuh. smp kat kl dh maghrib. singgah subang parade dinner kat nandos. pastuh baru teringat nak beraya kat umah mil waheeda.

2nd raya, pergi beraya umah kawan hubby kat jln kebun. in laws balik shah alam arinih.

3rd raya, in laws ajak gi ziarah kubur akak hubby. pastuh kiteorg lepak kat umah in laws.

4th raya, gi beraya umah parents Fitri.

5th raya, pagi tuh g umah kawan hubby kat klang. petang g umah my sis kat Kajang. tgk my parents baru smp dr Ipoh. Barulah dapat beraya dgn diaorg.

ramai yg tanya, tak buat open houseke thn nih? jawapannya, rumah kami tetiap ari open.. sapa2 nak dtg sms jer, insyaAllah kami ada kat umah. Jemput2lah datang ye!

dah pandai posing


landing jap smbl tunggu abah blk solat
main hp mak usu
lepas sesi salam n bagi duit raya, amin dah boring

Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri