A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Showing posts with label Saeed. Show all posts
Showing posts with label Saeed. Show all posts

Monday, February 25, 2013

seizure @ sawan

Backdated entry on Saeed's seizure attack 

1st November 2012, 3 a.m

Malam tuh mcm biasa aku tido ngan amin n saeed kat bawah. Tetiba dalam kul 3 pagi aku rasa badan Saeed menggigil.. 

aku : kenapa saeed? saeed sejukke?
Saeed : saeed sejuk ummi

aku pun peluk dia and masa tuh air cond pun dah auto off. so, aku just amik selimut and selimutkan saeed. then dia start merengek kata sejuk.. bila aku rasa badan dia panas. cam demam.. check suhu dalam 36+ so, aku pun amik sweater utk dia pakai.. baru dia tido balik..

lepas tuh, Zhafrah pun dah start merengek2 nak susu.. so, aku terus susukan zhafrah.. masa tuh hubby pun dah bgn.. aku bgtau dia yang saeed demam.. so, kiteorg decide nak bawak gi klinik pagi tuh.. dalam kul 4am, saya terjaga balik.. aku yg masih susukan zhafrah suh dia tido.. dia nangis2 nak aku baring sebelah dia.. aku iakan ajer.. just bgtau kejap lagi ummi baring.. 

tetiba, aku tgk saeed dok hentak2 kepala smbl muka tertumpu kat bantal.. aku bgtau hubby suh tlg tgkkan.. bila hubby pusingkan badan saeed, muka saeed dah naik biru.. aku terus jerit.. saeed kena sawan nih bang.. hubby cam clueless tak tau nak buat apa.. so, aku terus letak zhafrah kat atas katil and dukung saeed masuk dlm toilet.. masa tuh teringat org kata kalau budak kena sawan mandikan terus.. tapi aku cam was2 sbb tak betul2 study.. so, aku just basahkan muka and kepala saeed.. tapi takde respons.. badan dia dah lembik and saeed just diam and mata pun tak berkelip.. aku ajak hubby gi hospital.. hubby kejutkan maid kiteorg suh jagakan amin n zhafrah.. 

dalam keter aku dah tak dapat tahan air mata.. sedih n takut.. tak putus2 aku doa n baca ayat2 quran.. sambil tuh aku try 'kejut'kan saeed.. hubby suh letak sthing kat mulut takut dia ketap gigi.. lepas aku letak kayu penggaru baru saeed start nangis.. smp jer SDMC, aku berlari smbl bgtau nurse yg saeed kena sawan.. nurse pun terus suh letakkan dia atas katil.. bukakkan baju dia and lap badan dia ngan air.. masa tuh badan saeed menggigil lagi macam dia sejuk.. still no respons.. nurse check suhu dia dah 38+... diaorg masukkan ubat bontot untuk turunkan suhu.. 

lepas tuh, saeed tertido.. kadang2 merengek.. aku just duduk sebelah dia.. pegang tangan dia and make sure suhu dia tak naik lagi.. bila saeed sedar, dia diam jer.. tak nak bercakap pun.. risaunya aku masa tuh.. puas kiteorg bercakap dgn dia.. langsung takde respons.. yg buat aku tersentuh, masa aku cakap2 dgn dia, tetiba dia angkat tangan pegang muka aku.. without words.. but in his eyes aku rasa dia nak bgtau yg dia sakit.. sedih masa tuh hanya Allah yg tahu.. sampai sekarang kalau aku terkenang saat2 tuh mesti aku menangis..

hubby try ajak saeed borak.. siap bukak you tube tunjuk kartun boboiboy.. masa nmpk boboiboy baru dia bercakap.. tergelak kami tgk gelagat dia.. doktor in charge datang check saeed n kata maybe dia kena sawan sbb suhu tinggi sangat.. so, tak perlu risau sbb bukan sawan tahap serius.. doktor tanya nak admit ke atau nak duk umah.. kiteorg opt to admit, sbb takut kena lagi, so, at least kat hospital boleh dapat rawatan cepat.. 

dalam kul 6 lebih, baru selesai urusan admission kami. hubby terus balik umah, amik barang and aku temankan saeed.. alhamdulillah lepas tuh saeed dah ok.. maybe sbb diaorg bagi medicine on time. malam tuh, aku n hubby sama2 temankan saeed kat hospital.. amin n zhafrah terpaksa tido ngan maid kami... doktor kata kalau semua ok, besok dah boleh discharge...

Jumaat

pagi tuh saeed dah bertambah sihat.. dah back to normal.. so, bolelah discharge, tapi disbbkan doktor lambat.. lepas solat jumaat baru selesai urusan discharge.. itu pun dah nak kul 4 baru abis.. pagi tuh mak and bapak mertua aku datang ziarah.. hubby pun bawak amin datang tgk saeed.. riuh rendah bila dua beradik nih jumpa.. masa hubby n bapak mertua aku gi solat jumaat.. tinggallah kiteorg berempat.. kebetulan kami tertido kejap.. tetiba saeed kejutkan aku tunjuk tangan dia berdarah2.. terkejut betul aku.. rupa2nya dia bukak sendiri tube kat tangan dia.. abis darah menitik2 dalam bilik.. aku terus lari keluar jerit mintak tolong ngan nurse.. kelam kabut sekejap masa tuh.. ramai nurse dtg kerumun saeed, diaorg kata darah yg jatuh tuh darah dalam tube jer.. so, diaorg letak plaster jer kat tgn saeed.. yg kelakarnya masa nurse tanya kenapa saeed bukak bandage tuh.. dia boleh jawab.. saeed bukak sbb nak main game.. heheh.. rupa2nya dia tension tak dapat main ipad.. dua2 tangan dah kena balut.. 


info on seizures

lepas aku study, sawan yg saeed kena is classified as absence seizure which bukan jenis yg tarik2 tuh.. tapi the whole body jadi lembik

Epilepsy Seizure Types and Symptoms

Based on the type of behavior and brain activity, seizures are divided into two broad categories: generalized and partial (also called local or focal). Classifying the type of seizure helps doctors diagnose whether or not a patient has epilepsy.
Generalized seizures are produced by electrical impulses from throughout the entire brain, whereas partial seizures are produced (at least initially) by electrical impulses in a relatively small part of the brain. The part of the brain generating the seizures is sometimes called the focus. The most common types of seizures are listed below:
Generalized Seizures
(Produced by the entire brain)
Symptoms
1. "Grand Mal" or Generalized tonic-clonicUnconsciousness, convulsions, muscle rigidity
2. AbsenceBrief loss of consciousness
3. MyoclonicSporadic (isolated), jerking movements
4. ClonicRepetitive, jerking movements
5. TonicMuscle stiffness, rigidity
6. AtonicLoss of muscle tone

Generalized Seizures
There are six types of generalized seizures. The most common and dramatic, and therefore the most well known, is the generalized convulsion, also called thegrand-mal seizure. In this type of seizure, the patient loses consciousness and usually collapses. The loss of consciousness is followed by generalized body stiffening (called the "tonic" phase of the seizure) for 30 to 60 seconds, then by violent jerking (the "clonic" phase) for 30 to 60 seconds, after which the patient goes into a deep sleep (the "postictal" or after-seizure phase). During grand-mal seizures, injuries and accidents may occur, such as tongue biting and urinary incontinence.
Absence seizures cause a short loss of consciousness (just a few seconds) with few or no symptoms. The patient, most often a child, typically interrupts an activity and stares blankly. These seizures begin and end abruptly and may occur several times a day. Patients are usually not aware that they are having a seizure, except that they may be aware of "losing time."
Myoclonic seizures consist of sporadic jerks, usually on both sides of the body. Patients sometimes describe the jerks as brief electrical shocks. When violent, these seizures may result in dropping or involuntarily throwing objects.
Clonic seizures are repetitive, rhythmic jerks that involve both sides of the body at the same time.
Tonic seizures are characterized by stiffening of the muscles.
Atonic seizures consist of a sudden and general loss of muscle tone, particularly in the arms and legs, which often results in a fall.

Partial Seizures
(Produced by a small area of the brain)
Symptoms
1. Simple(awareness is retained)
a. Simple Motor
b. Simple Sensory
c. Simple Psychological
a. Jerking, muscle rigidity, spasms, head-turning
b. Unusual sensations affecting either the vision, hearing, smell taste, or touch
c. Memory or emotional disturbances
2. Complex
(Impairment of awareness)
Automatisms such as lip smacking, chewing, fidgeting, walking and other repetitive, involuntary but coordinated movements
3. Partial seizure with secondary generalizationSymptoms that are initially associated with a preservation of consciousness that then evolves into a loss of consciousness and convulsions.

Partial Seizures
Partial seizures are divided into simple, complex and those that evolve into secondary generalized seizures. The difference between simple and complex seizures is that during simple partial seizures, patients retain awareness; during complex partial seizures, they lose awareness.
Simple partial seizures are further subdivided into four categories according to the nature of their symptoms: motor, autonomic, sensory, or psychological. Motor symptoms include movements such as jerking and stiffening. Sensory symptoms caused by seizures involve unusual sensations affecting any of the five senses (vision, hearing, smell, taste, or touch). When simple partial seizures cause sensory symptoms only (and not motor symptoms), they are called "auras."
Autonomic symptoms affect the autonomic nervous system, which is the group of nerves that control the functions of our organs, like the heart, stomach, bladder, intestines. Therefore autonomic symptoms are things like racing heart beat, stomach upset, diarrhea, loss of bladder control. The only common autonomic symptom is a peculiar sensation in the stomach that is experienced by some patients with a type of epilepsy called temporal lobe epilepsy. Simple partial seizures with psychological symptoms are characterized by various experiences involving memory (the sensation of deja-vu), emotions (such as fear or pleasure), or other complex psychological phenomena.
Complex partial seizures, by definition, include impairment of awareness. Patients seem to be "out of touch," "out of it," or "staring into space" during these seizures. There may also be some "complex" symptoms called automatisms. Automatisms consist of involuntary but coordinated movements that tend to be purposeless and repetitive. Common automatisms include lip smacking, chewing, fidgeting, and walking.
The third kind of partial seizure is one that begins as a focal seizure and evolves into a generalized convulsive ("grand-mal") seizure. Most patients with partial seizures have simple partial, complex partial, and secondarily generalized seizures. In about two-thirds of patients with partial epilepsy, seizures can be controlled with medications. Partial seizures that cannot be treated with drugs can often be treated surgically.

Tuesday, October 19, 2010

RED ALERT!!!

Stok susu aku secara rasminya habis semalam dan arinih hasil perahan cuma dapat 3oz (one of the reason sbb bateri pam out). susahnya hati ummi.. camana nak stock up balik ni yer? actually, lepas raya arituh, cuma dapat pam sekali je sehari. kalau buat 2 kali sure 2nd time tuh tak dapat byk pun. saeed mlm skang pun dah boleh minum air masak jer. kalau tidak, asik nangis jer cam tak cukup susu. siannyer anak ummi.. tak boleh jadi nih.. nak kena ikhtiar bykkan susu balik... nasib baik besok smp end of weekend ummi cuti. kawan2 ada idea??

Thursday, October 7, 2010

Saeed's first step

last sunday saeed dah start few steps masa kat umah sedara di ampang. cam biasa, ummi just biarkan dia main2 kat bawah. masa tuh dia duk main panjat2 kerusi n jalan2 smbl pegang kerusi tuh. saja2lah ummi hulur tangan suh dia dtg dekat, unexpectedly dia lepaskan tangan n jalan ke arah ummi.. wah.. seronoknyerr saeed dh boleh jalan!! n kebetulan exactly sama usia masa amin berjalan jugak dulu.. setahun sebulan. setakat nih pics belum dapat amik lagik.. akan diusahakan untuk jadi collection :)

Wednesday, August 25, 2010

like mother like son??

menunaikan hajat ummu aisyah yg nak tgk pics ummu saeed masa baby2 dulu, subuh tadi sempatlah mengscan pics2 zmn cute mute ku dulu :) ada tak sama ngan saeed?





Monday, August 23, 2010

Happy 1st Birthday Sayang!

Saeed is 1 today! cepatnyer masa berlalu.. dgn saeed terasa cepat sgt, waktu amin dulu, kami tertunggu2 utk first birthdaynyer.. cuma kesian kat saeed, no celebration for him like his brother.. salah satu sbb birthday saeed falls in Ramadhan.. so, nak celebrate grand2 sgt pun tak proper sangat. tapi birthday present utk saeed dah dibeli awal2 lagi.. ummi plan nak belikan ini,
tapi bila g cari ngan hubby.. terbeli yg ini pulak :)
oh ya.. kami beli nih masa keluar berbuka dgn saeed jer.. kebetulan hari tuh, amin buat perangai nak tinggal umah opah, so, ummi pun suggest kat hubby keluar cari hadiah saeed. kalau amin ikut skali mahu dia menumpang sekaki.. masa pilih tuh, both of us bagi saeed test satu2 toy yg ada.. and nampaknya dia mmg suka yg kat atas tuh.. so, instead of belikan dia walk n ride, ummi belikan steering nih.. harga pun lebih kurang sama jer.. seronok sgt dia main, smp masa nak bayar pun dia nangis sbb ummi amik kejap. kesian kat saeed takde mainan sendiri.. slalu kongsi mainan abgnyer ajer.. seperti yg kami jangka, bila amin nampak jer hadiah saeed, terus dia nak jugak...isk2 bertuah sungguh budak nih...

cerita ttg saeed.. alhamdulillah proses mengandung n melahirkan saeed mmg mudah berbanding amin dulu.. cuma perangainyer mmg sgt2 berbeza dgn amin. sangat manja, lasak dan aktif.. smp tak terkawal dibuatnya.. akhir2 nih bertambah2 sensitif, tinggi suara jer sikit, mulalah dia mencebik... agak introvert, cuma mesra dgn family jer.. kalau dgn outsiders even closed family pun susah nak senyum. diawal2 usianyer, amatlah susah nak jaga, bukan susah apa, asik nak berdukung jer.. letak tak boleh.. duk dlm stroller pun tak boleh.. keluar berjalan pun menangis, cuma lately nih jer, dia dah ok sket.. dlm 7-8 bulan, dah ok bawak berjalan... naik stroller pun dah seronok.. duk dlm car seat amin pun boleh.. alhamdulillah...
semoga anak ummi menjadi anak yg soleh, taat perintah Allah dan berakhlak mulia...amiin

Tuesday, August 17, 2010

my cute hunny bunny

my lil hero yg manja n comel.. gerammm...





Monday, May 17, 2010

Sayu

Hatiku tersentuh lagi. Kes dera bayi dan kanak2.. risau memikirkan saeed di rumah org. minggu lepas, babysitter saeed bgtau yg saeed dah start panjat tangga. risau kalau2 saeed terjatuh dan kami tak diberitahu. arghh.. usaha cari maid kena digiatkan jugak nih. tapi bila??
Bayi mati disyaki didera pengasuh
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2010/05/17

Mangsa alami pendarahan dalam kepala

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia, disyaki akibat didera pengasuh yang baru dua minggu menjaganya.

Mangsa, Muhammad Rayyan Afzanizam, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, jam 8.30 malam kelmarin, sehari selepas koma.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala selain turut mempunyai kesan lebam pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bayi itu mengalami sesak nafas dihantar pengasuhnya ke klinik di Subang Jaya pada jam 7 malam, Jumaat lalu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudian mengejarkannya ke PPUM sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia 24 jam selepas diberikan rawatan di pusat perubatan terbabit.

“Doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki kesan dera pada tubuh mangsa. Ketika ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainal Rashid berkata, polis menahan seorang wanita berusia 40-an yang tinggal berjiran dengan rumah keluarga mangsa di sebuah pangsapuri di USJ, Subang Jaya, pagi semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, wanita itu ditahan reman enam hari mulai semalam dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui di PPUM, enggan bertemu media bagi memberikan sebarang kenyataan.

Jenazah bayi berkenaan dituntut ibu bapanya kira-kira jam 3.15 petang dan difahamkan mangsa dikebumikan di kampung keluarganya di Port Dickson, Negeri Sembilan
.

Wednesday, April 7, 2010

kurindu senyumannya

to those yg rajin berfb for sure dah tahu berita ttg saeed demam. actually, i've taken leave since wednesday till friday last week due to dear hubby going for outstation till end of week. thus, leaving me all alone with the kids. tapi nk dijadikan rezeki, hubby finished works on thursday, and we just miss his companion for one night.. tapi tuh pun dah rasa rindu :)

on friday, kiteorg just lepak2 kat rumah.. plan nak jalan2 on the next day. tetiba saeed demam pulak pagi tuh.. so, ajak hubby bawak saeed g klinik sblm g jln2. mula2 tak berapa panas sgt pun badan saeed, so, kiteorg teruskanlah plan g jln2.. brunch kat restoran puteri, ttdi and off we went to one utama. saeed being cranky, tak nak duk kat dlm stroller.. bila dah tido baru boleh letak dlm stroller.. dapatlah ummi tukar onecard baru and renew jcard. lepas solat, kiteorg ke ikea pulak. pas jln2, barulah kiteorg balik.

mlm tuh badan saeed panas balik.. tido pun tak berapa nak lena, asik terjaga walau bunyi bising sket.. ahad tuh g carrefour ss19 kat subang jer. beli snack utk amin.. saeed still panas tapi aktif lagi...

monday morning, badan saeed panas sungguh. ummi tak sedap ati, ajak hubby g klinik lagi skali. doc suggest sedut kahak tapi takde byk pun kahaknya.. pastuh, doc suh buat blood test. ptg baru dpt result. so, kiteorg baliklah dulu.. petang dlm kul 6 lebih, klinik call doc nak jmp.. so, pas maghrib kiteorg gilah klinik.. saeed one whole day totally flat.. langsung tak nak main pun.. asik tido n sgt2 mudah terjaga kalau bunyi bising.. doc kata dlm darah ada kuman sikit, nak suspect denggi is too early.. so, dia suggest admit ward.. kalau tak, dia bagi antiobiotic injection dulu mlm tuh sbb suhu saeed dh cecah 39deg.. kiteorg decide utk admit jer. so, lepas amik refer letter, terus call SDMC tanya wad kosong ke tak.. unfortunately ward semua penuh, so, we just make appt utk jmp doc besok pagi.. mlm tuh, hubby singgah kedai mamak beli air kelapa.. in laws datang ziarah saeed mlm tuh.. pas minum air kelapa saeed nmpk dah cergas sket.. mlm tuh dia tidur lena..

tuesday morning, suhu badan saeed dah drop to 35 deg, alhamdulillah. doc pun kata saeed nmpk dh ok, so, tak yah admit. tapi kalau demam balik kena dtg masuk wad terus.. pas balik klinik saeed tido smp petang.. mlm dia dah aktif balik.. sgt suka main dgn abg.. lega bila nmpk saeed kembali tersenyum..


pic yg diambil mlm semlm

p/s:thanks to all yg doa utk kesihatan saeed..

Friday, January 29, 2010

Rezeki Fudhayl

First thing first.. kata2 azimat dr Franklin Covey. sbb kata2 tulah aku nekad tak pergi ke PD last weekend. Sepatutnya aku kena g kick off convention kat PD.. event yg objektif utamanya utk org sales tapi smp ke support pun kena attend skali.. kesian dgn saeed yg masih menyusu.. aku inform last minute kat boss kata tak nak pergi.. walaupun dia nmpk cam bengang, tapi terpaksa gak excludekan aku.. oleh itu, stok2 yg aku beria2 kumpul utk saeed menjadi rezeki utk fudhayl.. terus plan sabtu tuh nak htr ke umah hany..

smp ke rumah hany petang dlm kul 4.30pm. kalau dtg awal, mungkin terserempak dgn aini n kids.. amin seronok dapat main dgn nufayl.. tapi saeed cranky all the time.. asik menangis jer.. dpt tido sekejap je.. ummi tension betul sbb tak dpt borak beria dgn hany.. borak punya borak smp ke maghrib.. lepas solat, abu nufayl ajak g dinner skali kat luar.. nufayl yg dah geng dgn amin smp nak naik kereta kami ke restoran.. dgn nuha pun ikut skali.. lepas mkn barulah kami berangkat pulang n smp ke umah dlm kul 11 lebih.. letih tapi puas...

saeed dh masuk 5 bulan n last timbang masa inject arituh berat dh 7kg.. bila check dgn milestone amin dulu.. sama jer develpoment diaorg.. amin pun 7kg masa 4 bulan..

Monday, January 4, 2010

kerana saeed tembam

akhirnya, dapat jugak buat posting nih.. asik tak sempat jer.. actually, kat dlm stor tuh berlambak barang yg nak di letgo.. tapi kita start off dgn yg nih dulu sbb yg lain2 tuh kena amik gambar.. saeed dah start pakai pampers size M masa masuk 3 m.o arituh. so, pampers size S yg hubby beli masa sale kat The Store dulu ada lebih lagi 1 paket plus separuh yg dah bukak. so, to all mommies out there yg nak grab this pampers, aku letgo 64+32 pieces, RM 43 without shipping yer!


Saturday, December 26, 2009

Saeed 4 Bulan

Kejap jer masa berlalu n saeed dah masuk 4 bln.. achievement setakat ini, saeed dah boleh mengiring.. agak cepat bagi kami sbb amin dulu rasa2nya masuk 6 bulan baru nak mengiring.. selain dr tuh, saeed makin kuat menyusu.. masih tak suka kalau bawak berjalan.. for sure cranky smplah balik umah.. tensen betul..


Tuesday, November 3, 2009

post mortem first day

semalam dapat pam sekali jer kat opis. petang tak sempat nak pam sbb bos pgl discussion. hubby dah tunggu kat bawah dr 5.20pm lagik. niat nak mengepam dlm kete terpaksa dibatalkan sbb tak confidence nak pegang dua2 botol skali. takut terseksi pulak nnt :) jalan kat kl nih cam biasalah, 24 jam asik jem jerr.. smp ke shah alam dah kul 6.50pm, mmg kena overtimelah nih.. hubby decide nak amik amin dulu since kiteorg lalu umah MIL. so, amik saeed kul 7.15pm. masa tuh dia tgh tido.. yg tak sedap mata memandang ada puting dlm mulut saeed.. aik.. mana datang putinglak nih? aku merungut dlm hati.. aku tanyalah kat akak tuh.. dia kata budak2 lain yg letaklah tuh.. aku diam jerlah. btw, dia kata saeed ok jer.. tido jer.. nangis pun bila nak susu.. aku bekalkan 18oz, abis semuanya. last bottle aku bawak balik.. dlm keter saeed nangis nak menyusu so aku bagi botol jerlah.. smp umah terus kuarkan lauk utk masak dinner.. buat sambal ikan n sawi goreng. masa tuh b****t dah engorged.. last2 beranikan diri try buat handsfree.. buat 2 in 1 job.. masak smbl pumping.. mengagumkan... takde setitik pun susu yg tumpah masa aku pump tuh.. dptlah 12oz.. puas ati dapat siapkan 2 keje serentak.. dlm kul 8.00 dah siap masak, tgh2 kemas dapur.. hubby panggil suh tgk anak2.. rupa2nya dua2 beradik dah tido.. amin tertido masa main lego.. sian anak2 ummi.. lepas dinner ngan hubby, baru naik atas..

pagi tadi masa htr saeed, aku pesan baik2 ngan akak tuh jgn kasi puting.. tak pernah dibuat2 bagi puting kat anak2.. saeed senyum jer bila akak tu dukung.. mmg serasilah kot..
btw, arinih nak kena pam at least 2 kali.. kalau tak mahu jadi kes cam semlm :)

Monday, November 2, 2009

i miss u my dear

isk.. one whole day nih asik teringatkan saeed jer.. miss him so much!! :( :(

Monday, October 5, 2009

Esok Hari Raya!

Walaupun esok dah masuk 17 Syawal, tapi buat aku seolah2 esok baru 1 Syawal. Ya.. hari ini adalah hari terakhir aku berpantang.. amin dah sibuk nak balik umah.. tak sabar2 dia nak tido dgn kami semula.. buat umminya, nak menunjukkan betapa semangatnya dan seronoknya abis pantang.. ummi dah siap buat jadual dgn abah nak beraya kat mana... menu nak masak tiap2 ari smp naik keje pun ummi dah siapkan.. doakan ummi betul2 rajin nak masuk dapur nnt.. ummi pun harap Saeed tak buat perangai.. citer pasal saeed, arituh g inject.. timbang2 saeed dah 4.2kg.. waa... cepat betul naik beratnya.. amin dulu masa umur 2 bln br 5kg..

Monday, September 21, 2009

Sebulan Dah...

Hari nih Saeed genap sebulan. Makin tembam! Mana taknya asik menyusu siang malam... Ummi pun tinggal 2 minggu lagi jer nak abis pantang.. ummi terkebil2 jer tgk org makan ketupat dgn rendang pagi2 raya.. siaplah.. pas abis pantang nnt ummi nak masak sendiri ketupat dgn rendang! buat hilang kempunan...




masih dgn gaya merdeka :)

Monday, September 14, 2009

Saeed Botak

Mula2 plan nak cukur rambut Saeed on his 7th day, tapi masa tuh Saeed kena tahan dlm wad sbb jaundice. So, terpaksalah postponed dulu nak cukur rambut.. lepas Saeed discharged, on the 12th day baru dapat cukur rambut dia.. takde buat majlis pun.. cuma panggil mak bidan dtg cukur kat umah jer.. disebabkan rambut Saeed agak lebat.. lama jugak mak bidan tuh cukur. tak sempat nak amik pics sbb ummi kena pegang Saeed masa cukur sbb dia asik nangis nak susu jer.. nilah rupa Saeed lepas botak...

Sebelum..




Selepas.. yey saya dah merdeka!!

p/s: perasan tak aksi2 Saeed yang tak mahu dibedung nih.. berapa kali betulkan tapi dia berjaya jugak bawak kuar tangan dia..

Wednesday, September 2, 2009

Datangnya Membawa Bahagia


Alhamdulillah, on 23rd Aug 2009, 17:14 pm, Saeed Jubair has safely delivered at SJMC, weighted 2.82kg. Since false alarm on Friday, blood spot has not stopped but, the contraction was still mild. Alhamdulillah, dapatlah menyambut puasa n solat tarawih walaupun sehari jer. Puasa tahun nih pun nyaman jer yer, tak panas pun, so, on saturday tuh takdelah terasa sgt lapar n dahaga. Lepas Zuhur, hubby ajak g cari susu kambing and rechargeable battery, misi yang tak selesai2 :) sempatlah sms kat few frens kalau2 tahu kat mana nak beli susu kambing.. puas g mydin sek 18, takde jugak.. last2 en subhi bgtau boleh try cari kat petronas sek 27.. so, apa lagi, kiteorg pun teruslah g sana. Alhamdulillah mmg ada jual susu kambing kat sana. since awal lagi, hubby ajak jalan2 kat giant putra height.. kiteorg tak pernah smp lg kat situ. kat giant, beli rechargeable battery and few other things.. opss.. lupa nak citer pasal amin.. since ummi dah nak bersalin nih, amin mmg slalu dgn pak ngah, mak usu, opah n atuk jer.. so, arituh aku ngan hubby jer berdua2an dating.. amin ikut pak ngah n the rest ke klang.. on the way balik, berenti kat tepi jalan beli air utk berbuka.. teringin nak minum air kelapa...

ahad pagi dah rasa contraction kuat sket tapi aku biarkan jer.. takut false alarm lagik. tinggal aku, hubby n FIL jer kat umah masa tuh. yg lain g jalan2.. dlm kul 12 tuh dah rasa cam 5 mins contraction.. aduiii sakit betul yer.. betullah mak aku kata sakit bersalin nih rasa cam nak putus pinggang. aku tahankan lagik, cuba bawak tido.. kejap baring ke kanan, kejap ke kiri.. dlm kul 2 tuh, aku bangun solat... semua dah balik berjalan masa tuh.. dlm kul 3, aku bgtau hubby sakit dah makin kuat.. hubby pun siap2 and off we went to hospital.. smp hospital, 2-3 kali jugaklah berenti tepi jalan sbb sakit yg teramat sgt.. smp jer labour room, nurse terus suh masuk bilik.. bila nurse check dah bukak 5cm, masa tuh pukul 4... dia tanya nak pakai epiduralke, aku kata tak nak.. pain killer pun tak nak.. selagi boleh tahan sakit lagi aku tahan jugak.. dia kata oklah, kalau sakit guna gas jerlah.. sakit dah makin kerap, aku jadi tak tentu arah.. 4.30pm, bukak dlm 7cm.. nurse tuh kata cepat jugak bukaannya.. masa doktor smp, dah bukak dlm 9cm, doktor kata kejap lagi.. tepat kul 5pm nurse dah suh aku teran... tak tahu baper kali aku teran agaknya, tapi cam tak kuar2 jugak... nurse tuh kata, tak kuat aku teran n baru dia perasan yg aku tgh pose.. so, dia suh bukak pose.. bagi aku minum air n hubby suapkan kurma 2 biji.. nasib baik ada bawak extra kurma dlm bag.. before that, nurse tuh dah suh geng dia amik vacuum.. pas berbuka, aku teran lagik sekuat ati dek sbb takut kena vacuum pastuh, aku dah terasa cam kepala baby nak kuar.. doktor masuk, pakai gloves terus potong.. ermm.. kena gak episotomi, aku ingatkan nak request suh dia jangan potong.. masa tuh tak sempat dah nak cakap apa2.. lepas dia potong, aku teran skali terus baby kuar.. leganya rasa, Allah jerlah yg tahu.. doktor tanya hubby nak potong tali pusat tak.. hubby pun ok jer.. dapat dengar suara baby masa tuh rasa heaven.. teringat cam masa bersalinkan amin dulu.. lepas tuh doktor pun startlah jahit.. ada yg terkoyak jugak katanya.. lama giler tunggu cam panjang jer..

first night kat wad, Saeed tak byk meragam.. tapi on 2nd night, dia tak nak tido.. 24hrs latching non stop.. bila tertido jer, aku letak dlm katil dia.. tak smp 5min dia nangis balik.. tensen jugak masa tuh.. call nursery tapi tak membantu langsung pun.. smp pening kepala aku pagi tuh tak cukup tido.. memandangkan Saeed ada jaundice sket, doktor buat lagi test pagi tuh, kalau tak tinggi bolehlah discharge.. nasib baik jaundice Saeed tak tinggi sgt, so takdelah kena tahan wad lagik.. cuma kena dtg follow up lagi on Friday.

Kat umah, Saeed still lagi 'menempel' ngan aku.. tak boleh letak langsung.. ermm.. B rasa penuh n keras tapi cam n****e tersumbat kot.. mintak tolong tukang urut, urutkan sket B.. dia kata susu banyak.. mmglah byk, tapi rasa cam tak kuar.. masuk 2nd day, n****e cracked.. tiap kali Saeed menyusu mesti sakit.. on Friday g checkup jaundice Saeed.. jaundice level naik 280, so Saeed kena tahan wad.. aku tak boleh nak teman sbb bilik semua full.. terpaksalah balik umah.. kat umah try pam pun dapat 2oz jer.. ermm.. napa ni yer? mlm tuh tak visit pun Saeed kat hospital.. diaorg bagi formula kat dia mlm tuh.. nasib baik next day Saeed dah boleh kuar.. n****e ummi pun dah baik, ummi letak minyak gamat... so, dah takde prob lagi.. cuma tak sempat nak pam buat stok lagi sbb Saeed siang malam nak menyusu jer..

Saturday, August 22, 2009

FALSE ALARM! (kes org first time bersalin normal)

Rabu last day aku keje.. settlekan semua handover kat bos and i'm free!! memandangkan doktor takde bagi mc, so aku amik annual leave jer.. perancangan awal nak duk kat umah MIL postpone dulu..

first day cuti, dlm kepala dah sarat dgn plan nak kemas umah. g bfast kat lontong klang.. pastuh hubby ajak g beli brg basah sbb kat umah dah takde brg nak masak.. hujung2 pregnancy nih jadi rajin pulak nak memasak.. so, pas basuh keter, amik MIL and SIL, kiteorg pun g Tesco. lepas beli brg2 dah pukul 4 lebih. balik umah masak smbl udang n kacang pjg goreng.. utk amin, aku gorengkan telur n ikan bilis jer.. sambil2 tuh, buat sket puding koktel. tetiba nak makan puding koktel pulak :)

second day, bfast puding koktel n satu tray kecik durian... pas mkn durian rasa panas pulak perut.. amin makan nasi putih. aku goreng lempeng, nk mkn ngan sambal udang semlm. pas mandi n basuh toilet, hubby balik bawak kebab. tak jadi pulak mkn lempeng.. hubby balik solat jumaat baru mkn sama2.. keletihan basuh toilet, aku tertido.. dgn amin pun tido skali.. bgn solat asar kul 5, tiba2 perasan ada blood stain. tapi tak rasa sakit.. bgtau kat hubby and kiteorg pun refer kat MIL and mak aku.. diaorg kata tuh dah kuar tanda, tunggu sakit bolehlah gi hospital.. pas maghrib, rasa sakit sket2 jer.. aku tahan lagik. pas solat, aku kemas2 barang nak bawak ke umah MIL. mmg dah plan nak tido sana pun mlm nih.. nak sahur sama2 kononnya.. hubby pas asar dah kuar g cari air zam zam n susu kambing.. balik2 tgk dapat air zam zam jer.. susu kambing tak jumpa. pastuh terus g umah MIL. smp sana, mkn dulu.. contraction ada sket2.. tapi tak kerap lagi.. start kul 10.30, baru rasa contraction 15 minit skali.. dlm 11.30, hubby ajak g hospital.

amin nangis2 nak ikut.. sian kat dia. smp hospital, ternampak dr siti pun br smp... g labour room and nurse pakaikan CTG. mula2 ada contraction, tapi pas 15 minit, contraction dah slow.. aku n hubby dah syak mesti false alarm nih.. then, dr siti dtg check.. baru bukak 2cm and dia kata up to us nak tunggu atau nak balik umah.. kiteorg pun opt balik umah jer.. dia kata kalau dah sakit every 5 mins, bolehlah dtg. waa... tensen betul nih... rupa2nya dah bleeding pun tak semestinya nak bersalin ek.. mmg kes poyolah kiteorg nih :) pas buat CTG sejam, kiteorg pun balik umah.. kenalah charge RM 100 utk guna bilik and brg2 diaorg.. doc bagi mc 2 hari utk monday and tuesday..

smp umah, amin dah tido.. alhamdulillah bolehlah pose arinih and sempatlah nak khatamkan baca quran.. aku cakap ngan hubby, pasnih tunggu air ketuban pecah baru dtg hospitallah.. buat malu jer dtg awal2 tapi tak bersalin pun... :)

Monday, August 17, 2009

Menghitung Hari

Currently, I'm in my 38 weeks.. still waiting and hoping i'll deliver safely.. semalam gi check up and for the first time Amin ikut sekali sbb my MIL ada checkup darah tinggi jugak semlm.. so, kiteorg terpaksalah bawak amin g SJMC.. pagi2 dah kejutkan dia bgn n mandi.. nangis2 tak nak mandi sbb sejuk... bila dah mandi n siap pakai baju baru dia seronok nak berjalan.. smp hospital dlm kul 8.30.. slalunya kiteorg awal lagi, lepas register dapat no 19.. sama cam last week.. so boleh agak dlm kul 11.30 baru dpt jmp doctor.. lepas urine test, trn kat cafe and bfast.. beli nasi lemak kat tepi jalan, cuma air jer beli kat cafe situ.. food kat situ mahal and tak berapa sedap sgt.. yerlah.. mknn hospitalkan.. lepas mkn, amin dah start boring.. sibuk ajak jln.. ummi pun temankanlah amin round2 kat lobi hospital tuh.. masuk kat mini mart beli biskut.. pastuh, pusing2 tgk tv, tgk ikan kat akuarium.. dah pusing 2-3 kali, amin tanya 'abah ane? ambat abah.. jom alik'.. isk.. dah start dah.. dia dah start ngantuk balik.. suh dukunglah.. nak peluklah.. ummi pun bawaklah dia nak atas.. tunggu doktor.. naik2 tgk doktor takde sbb ada minor surgery.. kul 11.30 baru masuk.. naisb baik masa tuh ada 2 org jer sblm umminyer turn.. so, dlm kul 12 tuh dah dapat jmp doktor..

masa jmp doktor, ummi bgtau dah start rasa pressure kat bawah.. nak jalan rasa sakit.. so, doktor pun nak check... check2 doktor kata dah bukak satu jari.. so, it will be anytime jer.. doktor relaks so ummi pun relakslah.. amin sibuk menangis nak tgk ummi kena check.. masa buat ultrasound baru dia senyap.. baby dah 3.38kg.. waa.. besar nih.. doktor kata kalau start sakit terus gi labour room.. balik tuh amin tertido dlm keter.. sian kat dia.. mesti penat... hantar amin g umah MIL and kiteorg pun balik umah.. lps sidai baju terus tido..

so.. to all my frens.. pray for my baby n me ya!! harap2 semuanya selamat... amiin

Thursday, August 6, 2009

36th Week Check Up

On Tuesday gi check up week 36.. berat dah naik 10kg.. baby is estimated at 2.73kg.. sama cam berat amin masa lahir dulu.. baby still lom engaged and there's 26 days more to go.. dah register utk wad sekali..
barang2 baby alhamdulillah dah ready semua.. cuma tinggal nak angkut bawak ke umah MIL jer.. dah bincang ngan hubby, n decide utk amik cuti start pose nnt.. so, takdelah hubby terkejar2 nak amik aku kat menara n then bawak ke SJMC pulak.. kalau bersalin kat Pantai lainlah citer ye tak? bag ke hospital jer lom kemas lagik.. nak kena cari checklist apa yg kena bawak.. tak sempat lagi nak selongkar majalah Pa&Ma..
hopefully, bersalin awal, so, boleh raya awal :)