A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Showing posts with label I'm Muslim. Show all posts
Showing posts with label I'm Muslim. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Israel attacks Gaza aid fleet - Middle East - Al Jazeera English

Thursday, August 21, 2008

5P - Konsep Pengurusan Harta Islam

Sebagai seorang Muslim kita harus bersyukur akan nikmat dan anugerah Allah SWT yang luas dan tidak terbatas. Kita juga harus merealisasikan hakikat kita sebagai seorang hamba dan di masa yang sama memainkan peranan sebagai khalifah di atas muka bumi.

Sesungguhnya tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untu menyembah akan Aku. (Az-Dzariyat: 56)

Wahai orang-orang yan beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (Al-Baqarah: 208)

Sebagai seorang Muslim, kita ada tanggungjawab di dalam kehidupan kita di bumi ini samada dalam perbuatan mahupun urusan-urusan kita. Sebilangan ilmuan mengariskan lima aspek utama yang dipertanggungjawabkan kepada kita, umat manusia, di dalam kehidupan ini iaitu:

- Agama (al-din)
- Kehidupan (al-nafs)
- Akal fikiran manusia (al-‘aql)
- Keturunan (al-nasl)
- Harta (al-maal)

Dari itu untuk mencapai kesempurnaan hidup ianya menjadi kewajipan kepada kita untuk melindungi kelima-lima aspek ini. Jika kita perhatikan, harta adalah salah satu aspek utama yang dipertanggungjawapkan kepada kita. Sebagai hamba Allah dan khalifah Tuhan, manusia diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir harta berlandaskan lunas-lunas syariah. Ianya bermaksud mengurus harta anugerah Tuhan sesempurna mungkin untuk menuju keredhan Allah dan bukan dijadikannya sebagai lambang atau simbol status.

Bagi mencapai matlamat kehidupan yang baik (Hayatan Tayyibah; An-Nahl: 97) serta objektif kewangan yang ditetapkan, HIJRAH mensyorkan proses pengurusan harta (wealth Management) secara Islam yang berpandukan pada Kubah Kehidupan. (rujuk pada gambar rajah kubah kehidupan)

Lima aspek atau elemen pengurusan harta secara islam ialah :

Penghasilan Harta (Wealth Creation)
Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada’ dan qadar seperti di dalam firman Allah Surah Al-Juma’ah Ayat 10 yang bermaksud :
Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang. (Al-Juma’ah Ayat 10)
Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation)

Pengumpulan harta (Wealth Accumulation) dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan. Malahan Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya. yang bermaksud :
Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih). (Surah Yussuf Ayat 47-48)

Perlindungan Harta (Wealth Protection)

Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga dari sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Pengagihan Harta (Wealth Distribution)

Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta seseorang Islam sebelum atau selepas mati. Iaitu :

Penyucian Harta (Wealth Cleansing)

Harta adalah satu amanah yang dipertanggungjawapkan kepada kita (umat Islam). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan iaitu:

Untuk Allah SWT dengan membayar zakat (kernaNya jua datangnya segala rezeki di muka bumi ini).

Untuk yang memerlukan seperti fakir miskin dan sebagainya melalui pembayaran zakat dan amal jariah kita seperti sedeqah.

Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu kedalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berbuat baik. (Al-Baqarah Ayat 195)

Monday, August 18, 2008

Qiamullail

Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat
 
MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:
  • Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredhaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.
  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra'Bin 'Azib)
  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.
  • Berzikir dengan wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.
  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.
  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.
  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Friday, December 21, 2007

Dari Al Hasan katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap hamba yang diserahi oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, lalu mati dalam keadaan menipu rakyatnya pada saat dia mati, pasti Allah mengharamkan Syurga atasnya. (H.R Muslim)

come accross this Hadis at TM.Intra website. Errmm...

Monday, December 18, 2006

Jeritan Anak Palestin

Got from e-mail at Relexjap.

Tuesday, August 1, 2006

Juara Akademi al-Quran bersedekah buat arwah ayah


LANGKAH TV9 menerbitkan program realiti TV Akademi al-Quran (AQ) patut diberi pujian kerana program itu banyak menyemai nilai murni di kalangan para peserta dan penontonnya.

Program realiti TV itu bukan sekadar suatu pengisian program biasa yang disiarkan menerusi stesen swasta tersebut. Sebaliknya, AQ memupuk minat remaja mendekatkan diri dengan budaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah antara intipati penting yang diterapkan pada program yang baru melabuhkan tirainya pada 27 Julai lalu.

Program itu telah menobatkan Abdullah Fahmi Che Nor sebagai juaranya. Pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Kelantan itu bukan sahaja selalu kelihatan tenang tetapi konsisten sepanjang bergelar pelajar AQ. Abdullah akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang qiraat di Mesir pada September ini.

Anak ketiga daripada 10 beradik yang hafaz 30 juzuk al-Quran itu juga cukup peramah dan merendah diri ketika memperkatakan tentang kejuaraan AQ yang dirangkulnya Khamis lalu.

Ikuti temu bual wartawan ABD. AZIZ ITAR dengan Abdullah Fahmi yang merupakan bekas pelajar Darul Quran, Kuala Kubu Bahru, Selangor baru-baru ini.

Khabarnya anda menyertai AQ kerana mahu menyedekahkan pahala bacaan ayat-ayat al-Quran kepada arwah ayah anda?

ABDULLAH FAHMI: Itu adalah salah satu antara sebabnya. Ayah saya, Che Nor Yusof, meninggal dunia pada tahun 1994 kerana sakit jantung berlubang. Seperti yang kita tahu, pahala bacaan ayat-ayat al-Quran daripada seorang anak akan sampai terus kepada roh ibu bapanya. Bukan sahaja mengaji tetapi saya tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan bapa saya setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari.

Selain anda, adakah adik-beradik anda juga hafiz al-Quran?

Semua adik-beradik saya boleh mengaji al-Quran termasuklah adik bongsu saya yang berusia 12 tahun. Tetapi ada seorang sahaja adik saya yang hafiz al-Quran seperti saya iaitu adik perempuan saya, Jamilah Faqihah, 19, yang kini menuntut di Darul Quran. Dia adalah adik saya yang kelima. Saya sebenarnya ada 11 beradik tetapi seorang daripadanya meninggal dunia sewaktu masih kecil.

Siapakah yang mengajar anda dan adik-beradik anda mengaji al-Quran?

Ibu saya, Che Asma Othman. Ibu mengajar kami mengaji sejak kami masih kecil setiap malam selepas Maghrib hinggalah waktu Isyak. Semasa arwah ayah saya masih ada, dialah yang mengajar kami mengaji.

Sewaktu saya kecil, arwah ayah saya selalu pasang kaset taranum al-Quran di rumah. Ketika berusia lima tahun lagi saya sudah mula tertarik dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Pernahkah anda menyertai pertandingan musabaqah sebelum ini?

Saya mula menyertai pertandingan musabaqah membaca al-Quran mewakili sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Lundang, Kota Bahru ketika bersekolah dalam darjah lima. Itu kali pertama saya mewakili sekolah tetapi sayangnya saya tidak menang. Selepas tamat SPM saya sambung belajar mengaji al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Bahru, Selangor di bawah kendalian JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Berapa lamakah masa yang anda ambil untuk hafal al-Quran?

Belajar membaca dan menghafal al-Quran adalah suatu cabaran yang besar kerana ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Saya sendiri mengambil masa kira-kira dua tahun setengah untuk menghafal 30 juzuk al-Quran. Supaya hafalan saya tidak luput, saya biasanya membaca paling kurang tiga juzuk al-Quran setiap hari.

Apakah perancangan anda selepas tamat belajar nanti?

Selepas tamat belajar di Mesir (selama tiga tahun) nanti, saya mahu menjadi tenaga pengajar mengaji al-Quran atau menjadi imam masjid. Saya mahu mencurahkan ilmu yang saya ada supaya ia dapat dimanfaatkan kepada ramai orang.

Selain membaca al-Quran apakah hobi anda?

Pada waktu lapang, aktiviti yang saya suka lakukan ialah bermain bola sepak dan sukan taekwando. Setakat ini saya dapat tali pinggang merah dalam seni mempertahankan diri itu. Kalau diberi peluang saya suka untuk mencuba sukan berkuda.

Selepas muncul di AQ adakah ramai yang mula mengenali anda terutama ketika muncul di khalayak?

Ada juga yang mengenali saya ketika saya keluar rumah. Selain itu ramai juga kawan-kawan lama saya dan bekas-bekas ustaz yang pernah mengajar saya menghubungi saya dan bertanyakan tentang penyertaan saya dalam AQ. Malah, tidak kurang juga yang menghubungi saya dan mengucapkan tahniah selepas saya menjadi johan AQ baru-baru ini.

Sudah beristeri? Kalau belum, bagaimana calon isteri pilihan anda?

Setakat ini saya belum ada perancangan untuk berkahwin, calon isteri pun belum ada lagi. Buat masa ini saya mahu tumpukan pada pelajaran dahulu. Ciri-ciri calon isteri pilihan saya mestilah bertudung labuh dan ada latar belakang agama.

Akhir sekali, apakah saranan anda supaya generasi muda terutamanya para penonton meminati program mengaji al-Quran seperti AQ?

Bagi saya, minat untuk membaca al-Quran di kalangan golongan muda haruslah dipupuk sejak dari kecil. Ibu bapa harus memainkan peranan itu dengan cara memberi galakan dan sebagainya. Selain itu, program seperti AQ juga boleh dijadikan saluran untuk mempelajari bacaan al-Quran.

Wednesday, May 24, 2006

Hati

By: Zaafarani Zahirul Haq

Yang paling menakjubkan pada diri manusia adalah hatinya, padahal ia merupakan sumber hikmah sekaligus lawannya. Jika timbul harapan, ketamakan akan menundukkannya. Jika ketamakan telah berkobar, ia akan dibinasakan oleh kekikiran (kebakhilan ). Jika ia telah dikuasai oleh keputusasaan, penyesalan akan membunuhnya. Jika ditimpa kemarahan, menjadi jadilah marahnya. Jika sedang puas, ia lupa menjaganya. Jika dilanda ketakutan, dia disibukkan oleh kehati-hatian. jika sedang dalam kelapangan ( kaya ), bangkitlah kesombongannya. Jika mendapatkan harta, kekayaan menjadikannya berbuat sewenang-wenangnya. Jika ditimpa kefakiran, ia tenggelarn dalam kesusahan. Jika laparnya menguat, kelemahan menjadikannya tidak mampu berdiri tegak. Dan jika terlampau kenyang, perutnya akan mengganggu kenyamanannya. Sesungguhnya setiap kekurangan akan membahayakan, dan setiap perkara yang melampaui batas akan merosak dan membinasakan.

Ada empat perkara yang mematikan hati, iaitu :

a. Dosa yang bertumpuk-tumpuk,

b. ( mendengarkan ) gurauan, lawak jenaka yang berlebihan,

c. Banyak bersikap kasar dengan kaum wanita,

d. Dan duduk bersama orang-orang mati.

Lalu mereka bertanya, "Siapakah orang-orang mati itu, wahai Amirul Mu'minin?"

Imam 'Ali a.s. menjawab, " Iaitu setiap hamba yang hidup bergelimang dalam kemewahan."

Ketahuilah! Sesungguhnya di antara bencana ada kefakiran, yang lebih berat daripada kefakiran adalah penyakit badan, dan yang lebih berat daripada penyakit badan adalah penyakit hati.

Ketahuilah! Sesungguhnya di antara kenikmatan adalah banyak harta, yang lebih utama daripada banyak harta adalah kesihatan badan, dan yang lebih utama daripada kesihatan badan adalah ketakwaan hati.

Tanyakanlah hati tentang segala perkara kerana sesungguhnya ia adalah saksi yang tidak akan menerima rasuah.

Sebaik baik hati adalah yang paling ingat.

Nyalakanlah hatimu dengan adab, sebagaimana nyalanya api dengan kayu bakar.

Harta simpanan yang paling bermanfaat adalah cinta hati.

Sesungguhnya hati memiliki keinginan, kepedulian, dan keengganan. Maka, datangilah ia dari arah kesenangan dan kepeduliannya. Sebab, jika hati itu dipaksakan, ia akan buta.

Sesungguhnya hati mengalami kejemuan, sebagaimana jemunya badan. Maka, berikanlah padanya anekdot-anekdot hikmah.

Jika engkau ragu dalam perkara kecintaan seseorang, maka tanyakanlah hatimu tentangnya.

Thursday, May 18, 2006

Status Foodcourt in Shopping Complex. BEWARE!!


Subject: Jawapan Aduan melalui Portal Halal JAKIM
To: wardah15@yahoo.com
From: "ADUAN HALAL" 
CC: "PENGARAH HUB Halal" ,

TERIMA KASIH kerana membuat aduan di Portal Halal JAKIM

SOALAN ANDA

saya ingin mendapat kepastian atas food court di Mid Valley. Adakah semua gerai di Mid Valley mendapat pengesahan halal dari JAKIM atau ia sama dgn gerai di SURIA KLCC yang tidak pernah mendapat status halal? Terima kasih.

Berikut adalah jawapan dari JAKIM 

Food Court di Mid Valley juga sama dengan status foodcourt di KLCC, tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM

SOALAN ANDA

Saya inginkan kepastian mengenai food court di pasaraya. Adakah mereka mendapat sijil halal. Dimana saya boleh menyemak status halal mereka. Terima kasih.

Berikut adalah jawapan dari JAKIM

merujuk kepada senarai pemegang sijil halal JAKIM, tiada pengesahan halal kepada food court pernah dikeluarkan

Friday, April 21, 2006

Carilah Keberkatan


Pengisian Jumaat di Surau Menara Tkt 18 hari nih diberi oleh Ust Mariam.. rasanya dia indonesian kot sbb loghat jawanya pekat sungguh.. btw, the most interesting topics yg dia bawa arinih.. cari keberkatan dlm hidup kita dan cara2 utk menyelamatkan amalan kita dari 'burn' gitu jer.. starting with stories on death.. proses2 kematian dimana jika org tuh mendapat keberkatan, proses kematiannya amatlah mudah.. then.. it all back to square one.. jaga hablumminAllah and hablumminannas... there are 10 ways to save our good deeds.. tapi tadi baru belajar smp 9.. so yg ke 10 tuh will be updated nnt

1. jgn byk makan- bila byk mkn malas beramal
2. jgn byk cakap-mulut kita adalah penymbang terbesar kpd dosa2 kita esp womens!!
3. jgn marah2 - once kita marah.. semua amalan kita akan terhapus mcm tuh saja esp wife.. kena be careful, selagi tak mtk maaf amalan kita tak naik ke langit.. so.. ustazah byk kali tekankan.. jgn sakitkan hati org even org tuh kafir
4. jgn hasad dengki n khianat
5. jgn asik pikir ttg hal dunia.. ie naik pangkat
6. jgn cintakan dunia
7. jgn kedekut
8. jgn besar diri
9. jgn ujub

ustazah pun ada kata... salah satu cari keberkatan ialah dtg ke majlis ilmu.. pahalanya macam dapat baper ribu solat sunat (sorri tak ingat exact figure). so.. pada kawan2 yg ada kat menara nih... mehlah kita dtg seminggu skali kat surau.. dpt refresh blk knowledge... nak mkn/shopping bila2 boleh, tapi nak dapat ilmu tak slalu... tak gitu???

Friday, April 14, 2006

Sajak Ustaz Haji Akil Hayy Rawa


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak
gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umurmu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama-samalah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Firman Allah:
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh, dan saling ingat-mengingati dalam kebenaran, dan saling ingat-mengingati dalam kesabaran."

Friday, March 24, 2006

Petua Untuk Cantik


Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah

Ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah Al-Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.

Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :[56.35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, [56.36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), [56.37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.[56.38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Maha Suci Allah...


Kalimah Allah (berlaku pada 15 Muharram 1427/14Feb 2006 waktu maghrib di Lebuhraya NKVE

Wednesday, March 15, 2006

Peringatan Buat KITA yg LUPA!

Petikan dari buku '50 Wasiat Rasulullah S.A.W untuk Wanita'.

Dari Bilal bin Sa'd

" Janganlah engkau melihat pada kecilnya kesalahan. Tetapi lihatlah siapa yang engkau derhakai".

(Az-Zuhd, Ahmad, halaman 460,Hilyatul-Auliya, Abu NU'aim, 5/223)

Friday, March 10, 2006

Cinta Dulu Marah Kemudian...


MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI...
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk;meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh - nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"Saya senyum.

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita..."

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian... Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah... agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?"Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta...

"Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya.

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya..."

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"

"Dan... bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan kemarahan kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

Monday, February 20, 2006

Halal ke Haram?


Part I

Umat Islam makan sosej bercampur babi wajib samak

KUALA LUMPUR 21 Mac - Beberapa tokoh ulama berpendapat umat Islam yang memakan sosej bercampur babi wajib menyamak anggota badan dan mulut serta peralatan yang digunakan untuk memasak sosej tersebut.
Mereka berkata, umat Islam juga perlu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah di atas kelalaian itu kerana makanan tersebut telah menjadi darah daging mereka.
Pendakwah bebas, Mad Daud Che Ngah berkata, walaupun mereka tidak mengetahui makanan itu bercampur benda haram ketika memakannya, namun mereka tetap perlu menyamak kerana makanan tersebut terbukti haram.
``Cara menyamak pula ialah dengan membasuh anggota badan dan peralatan tersebut menggunakan tujuh kali air mutlak dan satu daripadanya bercampur dengan tanah.
``Lebih afdal sekiranya basuhan itu dimulakan dengan air mutlak yang bercampur tanah terlebih dahulu diikuti enam kali basuhan air mutlak,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan umat Islam di negara ini menyamak anggota badan dan peralatan yang tersentuh dengan makanan yang bercampur benda haram serta situasi mereka yang telah memakannya tanpa menyedari ia bercampur benda haram.
Isu makanan haram itu hangat diperkatakan setelah dua buah kilang memproses sosej di Selayang diserbu kerana dipercayai menggunakan usus babi sebagai sarung sosej mereka dalam masa yang sama menggunakan logo halal.
Menurut Mad Daud, keperluan menyamak itu juga termasuk bahagian bibir yang tersentuh makanan haram tersebut dan anggota badan lain selagi ia boleh dilalui oleh air basuhan samak berkenaan.
Sebagai pengajaran katanya, umat Islam perlu lebih berhati-hati ketika memilih makanan dan tidak boleh bergantung kepada tanda halal semata-mata apatah lagi makanan tersebut daripada mereka yang bukan Islam.
``Dalam hadis ada mengatakan yang bermaksud `Setiap darah daging yang tumbuh daripada punca haram maka api neraka sahaja yang layak membakar semula darah daging tersebut.''
``Jadi, ini jelas menunjukkan Islam begitu memandang berat terhadap punca halal dan haram makanan,'' ujarnya.
Sementara itu, bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abd. Kadir Talib berkata, umat Islam wajib bersamak dengan tujuh basuhan air dan salah satunya bercampur dengan tanah bertujuan menyucikan diri.
Air yang bercampur tanah itu pula katanya, berperanan membunuh kuman berbahaya termasuk yang dibawa oleh babi kerana tanah merupakan pembunuh kuman yang paling berkesan.
Tambahnya, samak itu juga perlu meliputi anggota badan secara lahiriah termasuk muka dan bibir yang terkena benda haram selagi ia boleh dilalui air.
``Bahagian dalam badan termasuk mulut dan lidah, tidak perlu disamak kerana Islam tidak membebankan dan menyukarkan umatnya. ``Bagi mereka yang termakan benda haram dan baru menyedarinya, mereka perlu bertaubat dan memohon ampun,'' katanya.
Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadot turut sependapat dan meminta umat Islam yang termakan makanan yang bercampur dengan benda haram menyamak anggota badan dan peralatan yang digunakan.
``Caranya ialah menggunakan tujuh air mutlak yang suci lagi menyucikan dan salah satunya bercampur dengan tanah pada anggota badan,'' katanya.

Part II


Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Ekonomi
Tajuk : Insurans

Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.
Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16
Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 %>--->
Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970

Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
b. Mengandungi unsur judi. 
c. Mengandungi muamalah riba.
Oleh : Persidangan ke 16
Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979 %>--->
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979

Part III

Isu halal dan haram amat sensitif dikalangan umat Islam di Malaysia. Bila kes sosej yg menggunakan usus babi didedahkan, kecoh satu Malaysia. Semua yg pernah makan sosej (tak kiralah halal atau haram) akan automatik rasa jijik dan kotor. kalau boleh nak muntahkan balik semua sosej2 yang pernah dimakan walaupun dah bertahun lamanya. tapi hairan, kenapa umat Islam kat Malaysia hanya nampak halal dan haram tuh pada makanan sahaja. walhal, kalau makanan yg dijamin halal tapi dibeli menggunakan duit yg haram, hukum makanan itu pun jatuh haram jugak. ramai lagi yang tak sedar bahawa halal dan haram melingkupi bidang yang amat luas. bukan setakat pegang atau makan babi dan anjing.

walaupun sebahagian besar umat Islam dah tahu riba' itu haram... insurans itu haram.. tapi masing2 buat 'tak tahu' jer.. sbb mereka tak nampak secara zahir betapa hasil dr urusniaga yg berunsurkan riba' itu haram. cuba bayangkan keturunan kita dicemari dgn duit haram... lebih menyedihkan kalau ibu bapa kita atau kita sendiri pergi menunaikan haji dgn sumber yg haram... dimana keberkatannya kalau permulaannya pun dah tak betul.. kebanyakan org yang suami saya jumpa, rata2 dah faham dan arif ttg haramnya insurans konvensional... tapi semua buat alasan 'saya dah masuk lama dgn insurans nih.. sayanglah duit saya kalau saya berhenti' semuanya sayangkan dan pentingkan duit.. walhal duit tuh lah salah satu penyebab kita ke neraka diakhirat nanti.. mana taknya, kita membenarkan duit kita digunakan utk dilabur di tpt2 yang haram... pasti kita pun akan dapat saham dosanya... samalah kesnya dgn bank... kenapa tak menyimpan di bank yang mengamalkan muamalah Islam... walaupun kita tak ambil faedah yg diberi oleh bank konvensional... kita still jugak contribute to the fund yang diaorg laburkan.. kalau bank tuh invest kat Genting... and amongst the investment tuh termasuk duit yg kita simpan... still kita dpt dosanya..

ada org bila diutarakan bab halal dan haram nih, cepat shj melenting.. mana ada benda yg halal 100% di zaman sekarang katanya.. mmglah kita tak tahu samada sesuatu tuh 100% halal, tapi once dah pilihan antara Islam dan bukan Islam.. kita sbg muslim, wajib pilih yg Islam.. takde alasan dan dalih lagi... wallahualam

Friday, February 17, 2006

SMS Halal

Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal JAKIM.

Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal. Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat semakan terus kepada JAKIM berkenaan makanan, premis makanan yang mendapat sijil halal JAKIM.

Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM?

Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :

Taip halal [nombor kod bar]

Contoh halal [ 9551234567891]

hantar ke 32728 DAPAT

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM mengenai status semakan anda.

Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah

Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh

Sekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai

Thursday, February 16, 2006

My 1st Posting


ermm... my first posting in my blog... tgk kawan2 ada blog rasa cam nak buat satu jugak.. that's why this blog comes to existence... just want to share all my journey in life... there's a lot of things i'm thinking of sharing it here.. but let this first posting be a short and simple intro... below is one of my favorite poem by late Masuri SN (Al-Fatihah)... hearing it for the first time on IKIM.FM made me cry... :(:(


MENGENALI MU YA ALLAH

mengenali-Mu, ya Allah 
rasanya makin merindu 
yakin - itu sudah tidak pernah 
aku tanyakan pada diriku 
kepada kalbuku 
kerana sejak aku tahu 
mengenal kehidupan 
ketika masih belum mengaji 
mukadam dan al-Quran 
aku sudah diberi kenal 
ada bintang 
ada bulan 
ada matahari 
dan awan 
ada yang menjadikan; 
begitu aku terasa 
tanpa bertanya 
aku ingin makna mendalam 
sudah kuterima kenyataan 
bahawa alam jagat dan 
seuruh makhluk ini 
ada yang menjadikan 
ciptaan-Mu, Tuhan 
Maha Pengasih Maha Penyayang. 
berulang-ulang dalam hidupku 
diberi nafas berterusan 
menghayati nikmat 
makan minum dan 
tidur berehat 
maka dadaku penuh mengingati 
nama-Mu sentiasa 
di bibirku dan degup jantungku 
sentiasa mengingati-Mu 
adalah tandaku 
dalam ikatan-Mu. 
maka apabila aku 
diberi hayat di alam jagat-Mu 
bergerak, berkerja 
mencari makan dan bergaul 
dengan insan insan dan umat-Mu 
menjadi sebutan degup hatiku; 
dan apa 
dan bagaimana 
dan di mana 
aku berada 
aku sentiasa dikurniai 
inayah-Mu, ya Allah 
maka aku sentiasa mengingati-Mu. 
maka dalam bersorak 
bergerak dan berteriak 
untuk apa 
untuk bagaimana 
aku tiba-tiba saja 
seperti digerak 
oleh suatu kuasa 
menyentuh dalam kalbuku: 
maka aku menjadi terkelu 
mati teriak sorakku 
kerana nafasku 
terasa tinggal satu, satu. 
maka tahu aku, ya Allah 
lonjak dan sorak 
gelak dan teriak 
bisa sekali lenyap 
dalam satu helaan hafas: 
ketika dalam kealpaan 
menghayati dalam kefanaan. 

Masuri S.N