ermm... my first posting in my blog... tgk kawan2 ada blog rasa cam nak buat satu jugak.. that's why this blog comes to existence... just want to share all my journey in life... there's a lot of things i'm thinking of sharing it here.. but let this first posting be a short and simple intro... below is one of my favorite poem by late Masuri SN (Al-Fatihah)... hearing it for the first time on IKIM.FM made me cry... :(:(
MENGENALI MU YA ALLAH
mengenali-Mu, ya Allah
rasanya makin merindu
yakin - itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
mukadam dan al-Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
ada matahari
dan awan
ada yang menjadikan;
begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah kuterima kenyataan
bahawa alam jagat dan
seuruh makhluk ini
ada yang menjadikan
ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang.
berulang-ulang dalam hidupku
diberi nafas berterusan
menghayati nikmat
makan minum dan
tidur berehat
maka dadaku penuh mengingati
nama-Mu sentiasa
di bibirku dan degup jantungku
sentiasa mengingati-Mu
adalah tandaku
dalam ikatan-Mu.
maka apabila aku
diberi hayat di alam jagat-Mu
bergerak, berkerja
mencari makan dan bergaul
dengan insan insan dan umat-Mu
menjadi sebutan degup hatiku;
dan apa
dan bagaimana
dan di mana
aku berada
aku sentiasa dikurniai
inayah-Mu, ya Allah
maka aku sentiasa mengingati-Mu.
maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba-tiba saja
seperti digerak
oleh suatu kuasa
menyentuh dalam kalbuku:
maka aku menjadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu, satu.
maka tahu aku, ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dalam satu helaan hafas:
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan.
Masuri S.N
0 thoughts:
Post a Comment