Wednesday, January 23, 2013

Influenza A in the house

sambungan update pasal Amin 

Thursday..
Pagi tuh aku dtg hosp dgn harapan amin boleh discharged. Saeed dah baik demam and mintak ikut skali gi hospital. Nak tgk yeop katanya :) so aku pun bawaklah skali.. cuma Zhafrah jer tinggal kat umah. Hubby kata pagi tuh amin demam lagi.. ermm.. cam kena stay lagi satu ari jer nih and sangkaan aku betul.. doktor kata nak buat blood test and influenza screening sbb nampak amin dah start selsema pulak. kalau semua ok, bolehlah discharge.. after 2 hours, aku gi lah tanya nurse result test amin.. nurse kata, influenza A detected. Allahuakbar.. nurse suh tunggu doktor utk brief.. kat luar bilik dah siap letak mask utk visitor. tunggu doktor sampai nak maghrib tak dtg2.. aku dah risau sbb nak balik umah. dlm kul 7 tuh baru doktor sampai, amin kena stay lagi satu malam utk bagi ubat influenza.. kena amik for 5 days, pagi n petang. bila kiteorg bgtau pasal saeed, doktor kata maybe dia pun dah berjangkit skali.. so, doktor suh datang evening klinik dia mlm tuh utk amik ubat.. 

pas maghrib kiteorg terus kuar cari klinik utk dapatkan refer letter, kalau tak PMCare tak nak cover pulak nanti.. nasib baik ada klinik dekat2 situ and doktor tuh amat memahami.. bila aku citer amin dah masuk wad and nak mtk refer letter utk saeed pulak, doktor tuh tak banyak songel pun.. terus jer tulis surat.. dpt surat kiteorg terus gi hospital balik.. hubby turunkan aku kat lobi hospital pastuh dia gi cari nasi lemak.. anak bertuah duaorg tuh ngidam nak mkn nasi lemak pulak.. saeed sungguh2 mintak nasi lemak, smp nangis2 kata lapar.. aku bawak saeed terus gi klinik doktor.. mlm tuh ada 2-3 family tgh tunggu skali.. lepas register, aku tunggu kejap.. tak lama pastuh, nurse kuar bilik n terus bagi perscription ubat.. tak yah jmp doktor sbb dia dah check saeed kat bilik amin tadi. so, just amik ubat jer. hubby pun sampai dgn nasi lemak.. dapatlah bagi saeed makan 2-3 suap sbb dia dah lapar sgt.. 

kat pharmacy, aku tunggu amik ubat sorang2.. hubby dah bwk naik saeed ke wad amin dulu sbb lepas 9.30 guard dah start jaga kawasan masuk wad.. tak boleh bwk budak2. lepas amik ubat saeed, aku naik bilik and terus bagi budak2 tuh makan.. berselera betul dua2 beradik tuh makan.. habis satu bungkus nasi lemak.. cadang nak tunggu citer dendam sarakit tuh tapi bila tahu dia start kul 11, aku terus ajak hubby balik umah dulu.. tak larat nak tunggu kat hospital lama2.. lgpun maid aku kata zhafrah asik merengek jer tak nak letak langsung.. pas solat isyak, kiteorg pun blk umah. smp umah aku terus susukan n tidokan zhafrah.. sian bam bam teruk selsema and batuk dia. kiteorg suspect dia pun dah jangkit jugak.

Friday
pagi tuh kiteorg bawak zhafrah pulak gi klinik utk dapatkan refer letter. dapat jer refer letter terus gi hospital.. hubby turunkan aku kat lobby cam semalam and aku terus naik klinik doktor. hubby pulak gi tgk amin kat wad takut2 doktor dah dtg check. pas register, aku pun bgtau nurse kat situ yg amin dah kena warded. so nak check zhafrah kena influenza jugak ke tidak. nurse suggest buat screening dulu baru jumpa doktor sbb doktor masuk dlm 11 lebih. so, aku pun setuju jerlah.. lepas amik test, aku ajak hubby gi bfast sbb doktor tak round wad amin lagi. pas bfast, naik atas balik, n nurse bgtau zhafrah pun dah infected. dia suggest aku gi bilik amin tunggu doktor n terus check zhafrah kat situ.. aku pun gi lah bilik amin.. smp jer situ, doktor pun baru masuk bilik amin. sdg cantiklah tuh.. amin siap mintak ngan doktor tuh nak kuar wad.. doktor kata boleh kuar dah cuma kena kuarantin lagi kat umah.. takleh gi sekolah and main kat luar umah.. zhafrah kena amik neb before balik.. pas jumaat kiteorg pun balik umah.. alangkah heavennya rasa wpun bukan aku yg tido kat hospital hehe..

hasil tangkapan di hospital 3 plastic bags full of medicine for the kids.. nasib baik diaorg dah tak takut makan ubat.. cuma zhafrah jer ada nangis2 sket.. arinih completelah ubat influenza diaorg.. tapi still ada flu n cough.. so, aku still continue bagi makan ubat.. for info, any antibiotics tak berkesan dgn influenza.. betul2 kebal virus nih, ubat demam n antibiotic dia pandang sebelah mata jer hehe

0 thoughts: