Salam Ramadhan,
Ramadhan hadir membawa barakah, rahmat dan keampunan.. sama2lah kita berusaha menambah amal kebajikan untuk menebus dosa-dosa yang kita telah lakukan. Alhamdulillah, tahun nih kami tidak lagi berpuasa berdua dan sahur kami tidak lagi hanya ditemani suara tv.
Mak datang ziarah ke rumah kami bulan ini, ditambah dgn kehadiran maid kami juga tidak ketinggalan imam muda kami, Nuruddin Amin. Agak janggal untuk mengucapkan terima kasih, tetapi kurasa perlu juga memberi penghargaan kepada rancangan Upin Ipin yang membuatkan Amin teruja untuk berpuasa.. Alhamdulillah, sejak hari ke-3, amin puasa penuh sehari. Hari pertama, dia masih belum mengerti maksud puasa, tapi senang bangun sahur, bila jam pukul 10, dia dah merengek minta roti dan air. Kubiarkan sahaja dia berbuka. Waktu berbuka kami denda dengan tidak boleh makan semeja dgn kami. Esoknya, cubaan kedua, dengan aku MC so, senang monitor. Umpan dgn Ipad dah cukup memadai, tapi puasanya tahan sampai jam 6.15ptg. Waktu itu dah basah baju dengan air mata, lapar tidak, cuma haus shj. Aku izinkan dia berbuka walaupun rasa ralat juga dihati. Hari ke-3, badannya mungkin dah mula terima perubahan, mental dah boleh tahan segala dugaan, cuma emosi jer kadang2 menganggu dan amin akhirnya berjaya puasa penuh.
Bila diceritakan kepada kawan2 ramai yang kata masih terlalu kecil utk ajar anak2 berpuasa. Tapi hubby's thought really hits me..
"kenapa org kita kalau nak ajar bab2 agama, mesti kata anak masih kecik lagik, tunggulah besar sikit. Tapi kalau nak ajar buat maksiat, tak terpikir pulak anak masih kecil? Bila anak2 buat salah, biarlah.. budak2, memang macam tuh. "
betul jugak kata hubby, bak kata org tua, melentur buluh biar dari rebungnya...
semoga Amin sentiasa dalam lindungan Allah dan dikurniakan jiwa yang kental...
Sabda Rasulullah s.a.w,
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
nauzubillah hi min zalik, moga2 kita tidak tergolong dalam golongan diatas.. ceramah dari ustaz semasa tazkirah antara tarawih, amat mustahil kalau kita tak dapat buat amal soleh dlm bulan ramadhan kerana Jin dan Syaitan semuanya dah dirantai, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas2nya.. maka, kalau kita tak dapat beramal dlm bulan Ramadhan jangan haraplah kita dapat beramal di bulan-bulan lain.. wallhualam
4 thoughts:
Haah betul tu ayu. Last year pun ada family aku bising sbb fawwaz puasa 18 jam
Ni aku paksa budak2 ni solat walaupun still x full. Aku taknak nanti bila dah besar sikit, liat pula nak solat
sangat2x setuju...
Mcm pasal budak2x pakai tudung...lagiklah payahnya nak menepis kata2x org kiri kanan...alaaa budak2x lg...nnti dah besar pakai tudung tapi perangai teruk...nanti dh besar pakai tudung buat maksiat...bagilah can dia pakai comel2x...tocang rambut...riben2x...huhuhuhu...
tapi kami diam aja...telan je laa...yg penting as parent kita tau apa yg kita doakan utk anak2x kita.Kalau tak takkanlah ada pepatah "melentur buluh biar dari rebung" kannn.
kita bukanlah ajar anak pakai tudung saje2x without ajar solat...without ajar perkara halal-haram...etc..etc..
same goes ttg puasa ni.
Nak buat perkara baik2x akhir zaman ni mmglah payah ayu.Hati kene KUAT.
Selamat berpuasa ayu and family.Say BRAVO to amin tau!.
salam ayu..
taknak komen ttg posting.. parents know best for their children and usually tahu tahap mana kebolehan anak dia.. so, i'll just pass that one..
cuma nak minta kupas sikit, apa maksud :
Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
kalau rajin la..ehhe
Agreed with aida n k hanis! Smg anak2 kita diselamatkan dari maksiat dan dosa.
Ieka, part tuh maksudnya, nasib malanglah org2 yg masih ada ibu bapa tetapi tak berbuat baik dgn ibu bapa sehingga menyebabkan dia tak dapat masuk syurga. Nih esp utk lelaki sbb syurga lelakikan dibawah tapak kaki ibu. So, peringatan untuk kita isteri2, kena selalu ingatkan husband kita ttg tanggungjawab dia pada ibu bapa dia, jgn kita pulak yg halang dia berbakti pada ibubapa dia. Wallahualam
Post a Comment