Wednesday, May 23, 2007

Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. perkataan tulah yg slalu bermain kt mulut aku lately nih. Betapa adilnya Allah kepada hamba2nya. Rezeki yg dtg tak semestinya dlm bentuk wangkan? aku bersyukur sbb Allah izinkan aku breastfeed Amin secara eksklusif smplah sekarang. Mendengar cerita ceriti kawan2 yg tak dapat breastfeed sbb milk supply kurang, aku tumpang simpati. Sebulan 4 tin susu abis. Harga bukannya murah.. main puluh2 semuanya. Itu tak termasuk kos cari susu yg sesuai dgn baby. Nasib baiklah Amin tak perlukan top up formula. Stock yg dlm fridge tuh pun boleh cover utk seminggu. Apa rahsianya? Aku pun tak pasti.. tapi seingat aku, masa pregnant dulu slalu doa biarlah susu banyak.. amalkan baca surah al-Hujuraat pastuh consume food yg boleh stimulate susu. Alhamdulillah sblm bersalin air susu dah ada. Amin pun automatically tau latch. Berkat minum susu ummi, amin dah makin semangat skang. Di usia 3 bln berat Amin dah cecah 6.5kg dan skang umah jadi bising dgn suara Amin. Sentiasa excited bercerita. Yg plg sweet bila Amin kena inject. Jerit sekejap pastuh tido blk dan Alhamdulillah setakat nih dia tak demam bila kena inject. Itulah hikmahnya Allah perintahkan kaum ibu utk beri anak2 susu badan. Moga2 aku dapat breastfeed Amin smp umurnya cecah 2 thn.



0 thoughts: