Friday, November 3, 2006

Best Tak Raya?


Mcmana raya? tulah soalan tipikal yg ditanya semua org pas naik keje nih.. ermm, nak jawab apa. raya cam biasa jelah. bukannya kita budak2 lagi, boleh round satu kampung collect duit raya. kalau dulu2 mmglah sonok. smp pernah kena gigit ngan angsa sbb beraya punya pasal. tapi berbaloi bila kira duit raya nak cecah RM 100. banyak tuh utk budak2 zmn 90an dulu :). tgk anak2 sedara tak reti beraya keliling kampung cam kesianlak. mengharapkan duit raya dr sedara mara, tu pun kalau parents bwk jln merata. tapi yg untungnya skang sekali salam tak kurang RM 5 jugak except utk sedara2 jauhla, RM 1 tuh kira standard zmn skang. Tak mcm mak usunya yg pernah merasa dpt duit raya 5 sen je..

Kiteorg bertolak blk ke JB pas Asar hari Sabtu. Singgah mkn berbuka kat Umbai and smp umah kul 12.45 pagi. Ahad pagi hubby dh start tugas menganyam ketupat.. akulak di'tugas'kan menyisip je.. my sis smp tghari. Malam gi jalan2 kat Angsana. thn nih kurang meriah kalau nak dibandingkan ngan thn lepas. tak byk kedai jual kuih yg bukak. mostly dah tutup awal. hubby lepaskan kempunan nk mkn mee rebus. my mom n me pulak mkn rojak petis ngan burger special (kongsi berdua).

Isnin pagi dh start isi beras dlm ketupat.. pastuh tolong mak ngan my sis masak lauk raya. nasib baik ketupat jadi elok.. just nice. berbuka ngan lauk raya. sekali lagi gi angsana. traffic mmg teruk, ramai betul yg dtg angsana mlm raya sbb nak kejar kuih lelong. tapi thn nih dh tak dapat kuih raya RM 10 utk 50 biji. Plg murah pun RM 13. kiteorg just beli kuih suji jer. nasib baik dh beli kuih makmur ngan mazola ngan en subhi. kalau tak sure sapa2 yg dtg beraya kat umah thn nih minum air je :P :P

First raya cam biasa.. siap2 and amik pics family. tahun nih theme colour kiteorg warna kelabu.. my sislak warna kuning.. pas mkn kiteorg bertolak ke umah atuk kat felda taib andak,kulai sapa2 peminat mawi mesti tahu.. nasib baik tak jam sbb rasanya mawi ada buat open house first raya tuh.. pas gi umah atuk, kiteorg gi umah pakcik kat ulu tiramlak.. lastly, singgah umah my foster family kat jb. mlm semua relaks kat umah...

Second raya, my hubby dah start pose enam... kiteorg ngan my mom gi muar. ziarah sedara belah mak. sampai sesat2, give up jugaklah.. rasa cam nk balik jer.. start dr tangkak, pastuh gi bkt gambir, pastuh gi umah MIL my sis, singgah maghrib kat umah k aisyah (kwn forum shukur). ingat nak singgah kat umah pak ngah tapi Batu Pahat jammed giler sbb banjir.. so, tak jadi nak singgah. smp umah pun dh dekat kul 10. semua kepenatan...

Third raya, bersiap nak blk ke kl. sblm tuh singgah gi JAIJ utk amik kad nikah. then, gi tbg haji n bus stand larkin. dlm kul 12 baru bertolak blk ke kl. singgah jap umah pak ngah kat batu pahat. berenti mkn kat dengkil. smp umah kul 10 mlm.

Fourth raya, my in laws dtg beraya kat umah. buat mee bandung je.

Fifth raya, gi Jln TAR sbb my mom nak beli tudung. pastuh gi beraya umah my sis kat kajang.

Sixth raya, shopping groceries kat Mydin subang ngan my mom n my mil. mlm gi beraya umah my MIL.

Seventh raya.... dah naik keje. BORRIIINNGGGG..... :P:P

0 thoughts: