A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Saturday, April 28, 2007

Home Dec 2007

Event yg plg dinanti2kan oleh kiteorg.. HOMEDEC. Semangat nak pergi sbb thn nih InsyaAllah kiteorg masuk rumah baru. so, last Thursday kiteorg gi Homedec kat KLCC. pagi2 dh kuar umah.. smp sana tgk dh ramai org. dptlah menempah 1-2 barang yg kiteorg dh budget. tgh2 survey brg terjumpa zarid n family. duk kt situ adalah dlm 3-4 jam jugak. smp amin pun dh naik rimas.. semua org lalu tgk dia sbb stroller amin ada kipas :) dlm kul 4 kiteorg blk dgn hati yg puas :D

Wednesday, April 11, 2007

Auntie Seha's short visit

Last Saturday Auntie Seha dtg umah nk tgk Amin plus mintak tlg abah Amin betulkan laptop Auntie Seha yg kena virus. Mula2 jmp kat Giant Puchong, take away pizza large satu. Thanks to Auntie Seha yg bermurah hati menaja pizza mlm tuh ;) Drinks buat orange juice float. Ummi beli ice cream vanila while orange juice mmg dh ada kat umah. Auntie Seha stay smp kul 10 mlm. Tu pun abah Amin still tak sempat nk betulkan 100% laptop Auntie Seha. Sempatlah Auntie Seha jaga Amin sekejap masa Ummi solat Maghrib. Amin pulak jadi budak baik sgt. Tidur jer... nangis pun sbb nak nyusu. Pas tunjukkan Auntie Seha jln blk, kiteorg shoot ke umah opah Amin. Abahnya nak tido kat umah Opah mlm tuh... To Auntie Seha feel free to come again.. lain kali Ummi Amin janji masak sedap2... ;P

Auntie Seha & Amin kat Pizza Hut

Saturday, April 7, 2007

Supermom??

Minggu nih baru naik keje. Mulalah rutin kiteorg antar dan amik Amin everyday. Dr puchong ke shah alam pastuh ke menara pulak. Mmg kelam kabut mula2. Ikut plan nak kuar umah kul 6.30. Tapi setakat semlm, yg plg awal kiteorg bertolak kul 6.50. Takper, boleh improve lagik. Amin second day antar dah tak mau tido. Mata ligat nak tgk kereta. Walaupun lapar and ngantuk, dia lawan gak. Ummi pulak skang gi keje cam gi picnic. Bawak coleman ke hulur hilir. Sampai org opis pun tegur. Punyalah semangat nak full breastfeedkan Amin sampai Umminya buang jauh2 rasa malu. mengepam kat surau, kalau pagi tuh mmg takd eorg. Tapi kalau ptg terpaksalah tebalkan muka. Org ramai solat tgk semacam jer. 2-3 org yg berani tegur je yg tanya. yg lain nk tgk pun pakai ekor mata je. biarlah, bknnya ummi amin buat salah. first day tglkan amin opahnya ngadu susu tak cukup. panik gak mula2, sbb ummi mmg dah budget amin minum 4 kali jer. tuh pun every feeding 4 oz. kebetulan arituh ummi ngan abah gi melawat auntie aida baru dpt baby kat tawakal. smp umah dh kul 9. ingatkan dia tgh ngamuk kelaparan, rupa2nya tgh sedap tido. my mil kata susu yg last tuh pun dia tak abis. tulah.. ummi dah tau susu tuh mmg cukup utk amin. skang nih amin minum 4 kali jer waktu siang. mlm pun sama. alhamdulillah amin tak byk meragam. bgn mlm pun sbb nk susu je. walaupun ummi penat blk keje tapi kadang2 tuh semangat gak nk masak. cuma kt umah nih dah takde lauk. so, masak nasi goreng jerlah. auntie seha pernah tanya. camana bila dah ada anak nih. ermm.. mmg lain sgt2. rasa cam tak cukup masa nk buat semua benda. and yg plg ketara slalu jer terlupa brg. ermm.. aku mmg dh jadi pelupa ke atau byk sgt benda yg nak kena ingat?? pagi tadi masa tgk drawer amin baru perasan romper yg uncle fitri hadiahkan tuh takde. puaslah ummi cari satu umah. dlm bag amin pun takde. last amin pakai ahad lepas masa gi mid valley. rasa2nya tercicir kat babycare jusco masa salinkan baju amin. nenek amin pun tak ingat romper tuh kat mana. maknanya sahlah romper tuh tercicir kat jusco. isk.. terkilan and geram sungguh! romper tuh cantik and mmg fit je ngan amin. cmnlah ummi leh terlupa... mmg bkn rezeki aminlah tuh. yg tinggal skang cuma mitten and bootiesnya ajer.. argghhhh... geraaammmnnya!!
saya ngantuk tapi tgk kete lagi best! (amin on the way ke umah opah)

Thursday, March 22, 2007

Before & After

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Allah. I gave birth to a baby boy on 2nd Feb 2007 at 10.13 am thru Caesarean. Setelah puas cari alasan utk bersalin normal, akhirnya both of us terpaksa mengalah dgn keputusan doktor. Mana taknya.. kiteorg sanggup pindah hosp dr SMC ke DEMC semata2 mengharapkan miracle. pergi last minute urut utk betulkan position baby tapi at last on the said day, baby still breach. InsyaAllah adalah hikmahnya tuh, walaupun in both family history takde yg pernah kena caesar. Mmg lain dr yg lain my pregnancy nih. Sejak awal sampailah deliver 'full of surprises'. Perasaan masa dlm delivery room tuh seram sejuk. Takut sgt since my hubby pun tak dpt nak masuk, all alone in the room mmg unforgettable experience. I got the chance to see what the doctors done to my stomach thru the reflection from 'lampu besar'. The doctor said that my baby's head is quite big so that is probably the reason why he can't move downward. Kissing him for the first time made me cry. Malu ngan doctors n nurses cepat2 kesat airmata. If anyone told me that caesar is less painful, they lied. Rasa2nya sanggup bersalin normal dr caesar. Sakitnya tuh Allah jerlah yg tahu.. since the hospital is quite small ( located at the corner of shop lots ) i was transferred to my room using wheelchair. Can u imagine how is it like to be moved around with severe cut at your stomach? Mengalir air mata... masa tuh rasa sakit yg teramat sgt sbb bius dah abis. Sampai je kat bilik, we're shocked. Eh, nih bilik harga baper? Canggih sangat.. we opted for RM 200/night but instead we're given the RM 250/night sbb bilik yg RM 200 tuh dah abis. Memikirkan sakit nak bergerak2, kiteorg pasrah jerlah ngan bilik tuh. Mmg comfortable.. Alhamdulillah rezeki baby, masa check out kiteorg kena charged RM 200 je utk bilik tuh.

We received first visitor that night. My hubby's boss coming with his family. Terserempak skali ngan family my hubby. Tapi dpt tgk baby kat nursery je sbb baby kesejukan. My plan to full breast feed tak kesampaian sbb caesar. Second day tuh baru leh bagi breast feed. Alhamdulillah my baby takde problem nk breastfeed n breast milk pun byk. Maybe berkat amalkan surah Al-Hujurat tuh agaknya. After 2 nights, kiteorg blk umah my MIL. Berpantang kat sana. Pantang utk org caesar nih ringan sket sbb tak kena mkn ubat rempah n berurut. Berbengkung pun tak boleh.. 2 weeks mkn ikan haruan bakar. the rest mkn ikan cencaru bakar smplah abis hari. Skang nih dah abis pantang blk umah sendiri. Baru rasa penatnya jadi housewife. Umah dh sebln lebih tinggal.. tak larat nak bersihkan. Lagipun ada baby susah sket nak mengemas. Just kemas yg mana patut jer.

Yg pastinya bila ada anak nih our life totally changed. Moga2 Nuruddin Amin jadi anak yg soleh dan bijak. InsyaAllah.

Wednesday, January 17, 2007

KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan(ditekan).

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

i)Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.
Riwayat Abu Daud

ii)Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata
“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

i)Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

ii)Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.