sambung citer..
|
satu set ada 4, so kiteorg beli 2 set |
sebenarnya kiteorg duk mencari teething rail utk baby cot tuh. dulu Ikea ada jual, tapi bila gi tanya staff dia, diaorg kata item tuh dah discontinued.. so, terpaksa cari kat kedai baby. susah jugak nak jumpa, cari kat net pun tak byk yg jual.. limited choice. so, masa gi mothercare beli bedding set tuh terjumpa teething rail tuh. bila ukur2 rasa cam terlebih sket.. kena pakai 4 batang for each side.. nak potong malas, just biar jer satu tuh tertenggek atas yg lg satu..
so, itu jerlah barang baru utk baby apart from baju2 yg dah tak cukup satu laci utk dia.. ummi jadi rambang mata bila pilih baju baby, and 95% semua warna pink.. hehe
alhamdulillah, wpun masa pregnant tak selera makan and sakit pelvic, ummi berjaya puasa sampailah hari nak bersalin. gigih masak utk berbuka n sahur. baby dlm perut pun membesar dgn jayanya. doc predict baby 3kg plus.. seriau jugak waktu dengar tuh sbb abg2nya semua tak smp 3kg pun.
checkup masa 9 bulan, doc seluk tgk ada bukaan tak. 'ermm,dah 2cm. sakit tak?' aku pun kata tak rasa apa2 lagi. doc kata, pintu rahim tebal lagi n dia suh buat CTG. ikut experience masa saeed, jumaat tuh bukaan 2cm, ahad terus bersalin. so, kiteorg jangka, aku bersalin ahad tuh. lepas buat CTG sejam, jumpa doc balik. doc kata, 'dah ada contraction every 5min nih, you rasa tak?' aku katalah takdelah rasa sakit then doc kata 'takper, you balik dulu, kalau sakit terus datang hospital. tapi kalau you tak bersalin jugak dlm weekend nih, just duduk rumah, rest. nnt saya bagi mc. kita jumpa next friday.
balik tuh, dah mentally prepared nak bersalin ahad tuh wpun aku takde rasa sakit langsung. weekend tuh still boleh hantar amin gi ngaji kat kg baru..
smp ari ahad, aku still tak rasa apa2.. relaks jer. so, aku decide better aku buat kuih raya sementara tak sakit nih. so, dapatlah buat biskut suji, cornflakes madu and biskut dahlia, siap ada extra leh bagi kat mak mertua aku... tapi pas masak mesti sakit pinggang hehe. masuk isnin, tak sakit jugak.. selasa pun tak.. rabu, aku dah tension.. bila nak bersalin nih? masa tuh cakap ngan hubby bagus gak kalau bersalin pas raya, sempatlah makan ketupat..
masa sahur hari khamis tuh, aku dah start rasa tak selesa tapi aku diam jer tak bgtau hubby. rasa contraction sket2.. pas solat subuh aku baring jer sbb contraction dah kerap.. hubby pagi tuh nak gi jumpa kawan dia kat rantau panjang, klang. aku biarkan jer, tak bgtau pun aku sakit. so, kul 8 lebih dia dah kuar gi umah kawan dia. aku sempat lagi surf2 net kat pc hubby. tgk timing contraction gak.. dari 10min, jadi 7min.. bila contraction dah start every 6min, aku pun call hubby. dia baru jer nak smp umah kawan dia. aku bgtaulah yg aku dah sakit. dia pun apalagi, terus patah balik ke rumah. smbl tunggu hubby, aku siap2 tukar baju n pakai tudung. check semua benda yg kena bawak. bag hospital mmg dah ada dlm keter. nasib baik masa tuh amin n saeed tgh tido lagi. smp jer umah dlm kul 10 lebih rasanya, kiteorg terus gi hospital. hubby sempat grab camera dia.
nasib baik jalan tak jam arituh.. so, sekejap jer dah smp hosp. pas parking, tgh gerak masuk kat lobi, tetiba aku rasa cam ada benda menolak kuar.. terus rasa basah kain. alamak, air ketuban dah pecah.. aku jadi panik, hubby lagilah panik. terus dia masuk dlm mintak tolong ngan staff kat situ. diaorg terus bawak wheelchair and tolak aku gi wad bersalin. smp kat wad bersalin, hubby bgtaulah yg air ketuban aku dah pecah, staff nurse tuh pun relaks jer. aku pun pelik gak.. maybe sbb jarak nak bersalin n air ketuban pecah tuh lama kot. pas tukar baju semua, aku dah start sakit. hubby bagi makan kurma n air zam zam utk buka puasa. tak nak jadi cam kes saeed dulu, sakit sampai lupa nak berbuka. aku tgk jam masa tuh dlm 10.50 pagi. nurse tuh check bukaan dah 4cm. diaorg pun sedia apa yg patut.. aku just tahan sakit smbl jawab jer semua soalan2 diaorg.. aku pilih utk amik gas jer, tak nak epi. bila aku kata sakit jer, diaorg check bawah.. belum lagi kata nurse tuh. dlm 11 lebih tuh bukaan dah full, terus doc pun masuk. rasanya dalam 3 kali aku push baru baby kuar, rasa sakit betul kali nih maybe sbb baby besar kot. pas kuar jer, doc terus letak baby atas dada aku, sebak betul rasa masa tuh.. hubby potongkan tali pusat, n diaorg pun amik baby utk bersihkan. aku siap sempat bagi signal kat hubby amik gambar baby. kali nih rasa doc jahit lama sket n sakit. aku siap jerit sakit doc. siap semua, aku still rasa sakit lagi perut, cam memulas. nurse chinese yg jaga aku tuh rasa2 perut aku, pastuh dia korek lagi kat bawah.. tekan2 perut n korek2.. dia kata ada byk darah beku. kalau tak kuarkan sekarang bahaya.. sakit betul rasa masa dia korek tuh. tapi lepas kuar semua darah beku, terus perut aku tak sakit.
aku stay kat wad smp ptg sbb takde bilik kosong. kiteorg mtk bilik single bed pun tak dapat.. ptg tuh dia masukkan aku kat bilik double bed, jadinya hubby tak dapat tido jaga aku kat hospital. malam tuh, family hubby dgt melawat. ptg masa berbuka tuh, hubby dtg bawak mak aku, maid, amin n saeed. seronok jumpa diaorg.. baby tak boleh bawak kuar sbb diaorg baru inject BCG, so, dpt tgk kat nursery jer. aku gagahkan jugak jalan gi tgk baby. rasa kali nih, badan sihat sket.
the next day, kiteorg request discharge sbb malas nak duk lama2 kat situ. kalau bilik single takper jugak, nih dapat yg double. so, tak syok sgt duk hospital lama2. since baby pun dah berak n kencing, pas jumaat kiteorg pun balik rumah. kali nih, aku pantang kat umah sendiri. tapi mak aku adalah jugak utk tgk2kan. semua urusan maid aku yg buat, dari bakar tungku smplah bakar ikan utk aku makan. baby aku mandikan sendiri. aku beli set bersalin Hiraq. mmg dah lama nak try product Hiraq nih. set dia oklah cuma agak mahal RM360, aku suka sabun n mandian herba dia, wangi jer. aku cuma tambah beli param, pilis, krim pati halia and ubat periuk. jeli gamat yg beli kat langkawi arituh pun ada. cukuplah semua tuh utk 44 hari, just hubby belikan susu kambing lagi 2 kotak sbb dah abis. barang2 pantang aku kali nih
1. biskut lemak
2. susu anmum
3. param
4. pilis
5. krim pati halia
6. ubat periuk
7. jeli gamat (langkawi)
8. duphalac (utk lembutkan najis)
9. set bersalin hiraq - dlm nih ada karmila platinum (2pcs), herba mandian (13pcs), sabun herba, susu kambing (2 kotak), bengkung, (T3 FEMININE WASH, MAGICAL CREAM, STRETCH MARKS & HEEL CARES CREAM) yg 3 nih aku tak guna pun.
menu standard masa aku pantang, ikan bakar n nasi putih. naik jemu jugak.. tapi kena pantang, biar cepat baik badan. tak gitu?
|
tgh tunggu result darah |
back to baby, sabtu tuh aku tgk cam dia kena kuning. terus hubby ajak gi hospital utk check. bila doc check, baru border dlm 202 bilirubin dia. so, doc suh dtg besok ptg lagi skali utk check. petang raya tuh, kami pun pergilah check lagi skali. kali nih dah naik jadi 245 rasanya. so, nak tak nak kena warded mlm tuh jugak. lepas bagi dia bfeed, aku n hubby pun balik. masa tuh try nak pam susu utk bagi baby minum, tapi air susu aku lom ada lagi masa tuh. pam pun dapat 2oz jer. mlm tuh kami terpaksa suh hospital bagi dia susu formula. sian anak ummi... ummi mintak maaf yer sayang :( besoknya kami dtg pagi2.. terus dengar suara dia menangis. rupa2nya dia tak suka duk bawah lampu tuh. nurse kata dia asik nangis jer. so, aku teruslah bagi susu.. hubbylak gi cari susu tepung utk dia. kami tak pernah beli susu tepung tak tahu nak beli brand apa. so, just ikut apa yg hospital guna untuk baby2 kat situ. slalunya diaorg belikan, tapi sbb masa tuh raya, so, farmasi diaorg tutup. hubby just beli kat farmasi depan hospital jer. mahalnya susu tepung ek? baru tahu.. sblm nih mmg tak amik kisah pun harga susu tepung nih. lepas doc check, baby still tak boleh kuar wad sbb bilirubin dia still tinggi. kenalah tahan lagi satu malam. tghari tuh kiteorg balik umah dulu.. kat umah aku try lagi pam.. dapatlah dlm 3-4 oz utk dia. petang tuh kiteorg dtg lagi hantar susu. alhamdulillah, besoknya baby dh leh discharge. abg2 cukup suka bila nampak baby dah balik
hari raya, mak aku yg tolong masak. just rebus nasi impit, ayam msk merah, ayam kari n lodeh. akak aku dr kajang dtg beraya tghari tuh. rezeki baby mmg murah.. sbb ari raya, ramai yg dtg umah kiteorg beraya smbl tgk baby. sgt2 terharu sbb ramai yg dtg melawat, smp tak menang tangan mak aku masak..
1st raya - my sis, fitri n diha
22/8 - k na n family
24/8 - long n abg hak
26/8 - jiran sblh rumah
30/8 - en subhi n family
31/8 - k linda n k gee, seha n diana, family hubby, waheeda n family
2/9 - siti n family, hany n family
8/9 - husna n family
to be continued lagi... time for pumping pulak