A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Wednesday, December 28, 2011

Akhirnya

Lamanya tak Posting.. Ermm.. Mood mood bila nk dtg blk nih?

Tuesday, August 9, 2011

Madrasah Ramadhan

Salam Ramadhan,

Ramadhan hadir membawa barakah, rahmat dan keampunan.. sama2lah kita berusaha menambah amal kebajikan untuk menebus dosa-dosa yang kita telah lakukan. Alhamdulillah, tahun nih kami tidak lagi berpuasa berdua dan sahur kami tidak lagi hanya ditemani suara tv.

Mak datang ziarah ke rumah kami bulan ini, ditambah dgn kehadiran maid kami juga tidak ketinggalan imam muda kami, Nuruddin Amin. Agak janggal untuk mengucapkan terima kasih, tetapi kurasa perlu juga memberi penghargaan kepada rancangan Upin Ipin yang membuatkan Amin teruja untuk berpuasa.. Alhamdulillah, sejak hari ke-3, amin puasa penuh sehari. Hari pertama, dia masih belum mengerti maksud puasa, tapi senang bangun sahur, bila jam pukul 10, dia dah merengek minta roti dan air. Kubiarkan sahaja dia berbuka. Waktu berbuka kami denda dengan tidak boleh makan semeja dgn kami. Esoknya, cubaan kedua, dengan aku MC so, senang monitor. Umpan dgn Ipad dah cukup memadai, tapi puasanya tahan sampai jam 6.15ptg. Waktu itu dah basah baju dengan air mata, lapar tidak, cuma haus shj. Aku izinkan dia berbuka walaupun rasa ralat juga dihati. Hari ke-3, badannya mungkin dah mula terima perubahan, mental dah boleh tahan segala dugaan, cuma emosi jer kadang2 menganggu dan amin akhirnya berjaya puasa penuh.

Bila diceritakan kepada kawan2 ramai yang kata masih terlalu kecil utk ajar anak2 berpuasa. Tapi hubby's thought really hits me..

"kenapa org kita kalau nak ajar bab2 agama, mesti kata anak masih kecik lagik, tunggulah besar sikit. Tapi kalau nak ajar buat maksiat, tak terpikir pulak anak masih kecil? Bila anak2 buat salah, biarlah.. budak2, memang macam tuh. "

betul jugak kata hubby, bak kata org tua, melentur buluh biar dari rebungnya...

semoga Amin sentiasa dalam lindungan Allah dan dikurniakan jiwa yang kental...

Sabda Rasulullah s.a.w,
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.

[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]

nauzubillah hi min zalik, moga2 kita tidak tergolong dalam golongan diatas.. ceramah dari ustaz semasa tazkirah antara tarawih, amat mustahil kalau kita tak dapat buat amal soleh dlm bulan ramadhan kerana Jin dan Syaitan semuanya dah dirantai, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas2nya.. maka, kalau kita tak dapat beramal dlm bulan Ramadhan jangan haraplah kita dapat beramal di bulan-bulan lain.. wallhualam

Thursday, June 23, 2011

AMIN IS OFFICIALLY PAMPERSLESS :)

alhamdulillah, since our maid dtg, mmg amin dah tak pakai pampers waktu siang.. cuma kalau tido siang tuh, our maid akan pakaikan dia pampers. after 1 months, pee n poo waktu siang mmg kat toilet. cuma mlm jer pakai.. kalau weekend jln2 mmg pakai, cuma kalau dia nak poo, dia akan bgtau, so bawak dia ke toilet jer. then, last saturday, masa nak kuar jln2, slow talk ngan dia..

ummi: amin, arinih tak yah pakai pamperslah yer..
amin : nnt kalau amin terkencing dlm keter camana?
ummi : sblm naik keter, amin kencinglah dulu, boleh?
amin : boleh..

and he manage not to accidentally pee in the car. cuma kena remind dia utk pee jerlaa..

bila balik umah, manage to pujuk amin tak yah pakai pampers mlm tuh.. sebelum tido suh dia pee dulu.. n alhamdulillah dia tak terkencing dlm tido pun smplah pagi. bila bangun tido jer, terus suh dia pee dulu.

so, officially starting 18th June 2011 at 4 years, 4 months and 16 days  amin is pampersless :) :)

Friday, May 20, 2011

Voucher Munawwarah

To those yg minat dgn tudung munawwarah and planning to buy, bolehlah amik voucher dgn saya.. Every purchase you made for tudung will entitle you to have free tudung.. meaning, kalau beli 1 free 1, beli 2 free 2 and so on.. voucher ended next week on 23/5/2011. bolehlah gi beli weekend nih... :)

Sunday, May 15, 2011

eTiQa Contest


This will be my first contest since i started blogging.. to those who want to join.. pls read the terms & conditions carefully :)


1. Copy this code to your website and put it at your blog sidebar




2. Make an entry about this giveaway. Please include below code



3. Leave comment in this post with your entry link.
The winner will be chosen by number of visitors coming from your blog during the contest period And the prizes will be First:
Jusco Voucher RM50
Second:
Cloth Diaper (Autumnz - Minky Snap Button - Moo Moo Cow White) with 2 inserts

worth of RM39.90
Third:
Airflex Feeding Bottle 260ml/9oz worth of RM30.00
Fourth:
Mothercare Prewalker Shoe Size 4 (12cm) worth of RM28.00

Apart from above prizes, if any of the visitors that visited our blog and subscribes to eTiQa's policy, we'll give extra rewards to the referral.
Contest period : 29th March - 15th May 2011

So, hurry up and submit your entry!!

Friday, May 6, 2011

Alhamdulillah, rezeki 2011

Hubby's remark 'satu lagi perubahan besar dlm hidup kita'

Alhamdulillah, rezeki kami tahun ini melimpah ruah.. Allah berikan kemudahan dan kesenangan bagi kami.. setelah menunggu hampir 6 bulan, akhirnya pembantu rumah kami sampai dgn selamat di Msia. Panjang citer kalau nak story kat sini proses2, kesulitan dan halangan yg kami hadapi utk dapatkan maid nih.. yg penting dia boleh jaga anak2 kami dgn sempurna.. alhamdulillah, orgnya boleh berbahasa melayu.. pernah keje diMsia membuatkan dia tak susah nak sesuaikan diri dgn cara hidup kami.. cuma basic rules tuh kenalah ajar jugak.. so far so good.. budak2 pun suka dgn dia.. dan aku bersyukur sgt2 ada org yg tolong buat kerja rumah. schedule tiap2 ari dah berubah.. aku bgn 5.30am, utk masak bfast n lunch budak2... balik keje masak dinner.. yg lain semua Fatimah tolong... yg tak bestnya, hubby dah komen 'dah kuranglah peluang nk dapat pahala.. tinggal pahala memasak jerlah' errmm.. tersentak jugak.. mmg betullah kata hubby tuh..

Tuesday, April 26, 2011

Love U Hubby!!

Tgh khusyuk buat keje (baca:selang seli dgn surfing), tiba2 ada sorang abang nih tanya colleague yg duk sebelah cubicle, Pn Idayu yg mana? Aku pun cam tergamam... malulah pulak... rupa2nya abg tuh hantar bunga smbl tanya kat aku birthdayke arinih? aku cam tergamam kejap, pas sign acceptance, officemate semua dok kerumun tanya..

K Azi : sapa bagi? 
K Na : mestilah husband dia tuh..
Farra : eh, birthday ke arinih..
Aku : Taklah..

bila tgk kad, mmg dr hubby... isk, tak sangka sungguh.. mmg betul2 surprise nih!! malunyerrrr...

patutlah duk tanya schedule aku minggu nih.. my birthday will be on this coming sunday, tapi besok n lusa tak masuk office, ada kursus kat TTC, jumaat dah cuti aka sambut birthday @ Penang

Thanks abg, mmg tak sangka nak dpt bunga tahun nih.. ooo.. dah pandai buat surprise ek.. luv u!!

Thursday, April 7, 2011

GRAB IT NOW!!!

Photobook comes with its offer again and this time it's REALLY, REALLY CHEAP!!! The offer stands for 48 hours only.. so, make your purchase NOW!! i've just bought 2 for myself!!

Wednesday, April 6, 2011

Kota Kinabalu : Itinerary

Memenuhi permintaan Farra untuk listkan itinerary masa ke Sabah arituh.. planning mmg lama.. nak kena google, baca blog, tgk website etc.. at last our so called plan itinerary as below, tapi tak semua dapat pergi :(

First Day

2.00 Kinabalu Park - smp kat sini dah kul 2.30 sbb pusing cari petronas kat KK plus jln naik ke gunung yg agak merbahaya, so kena slow

3.00 Mesilau - tak sempat pergi

4.00 Kundasang War Memorial - tak sempat pergi

5.00 Sabah Tea - tak sempat pergi

5.30 Kinabalu Pine Resort Kundasang - not recommended. mungkin kalau Celyn/ World Heritage Resort lagi better...

Second Day 

9.00 Poring Hot Spring - pergi on first day, tu pun sekejap jer sbb ari dh nk gelap plus kejar masa nak solat

12.00 Jesselton Point - smp abt planned time. tak sangka jarak masa pergi n balik agak panjang.. naik bot 1.30pm, bot amik blk kul 3.

Tunku Abdul Rahman Park - Manukan

2.30 Check in Hotel -

2.00 Lok Kawi Wildlife - pergi last day

4.00 Handicraft Market - which is actually pasar philipine, gi on third day

5.00 masjid bandaraya kota kinabalu - tak stop pun, just nampak kat tepi jalan jer

5.30 Menara Tun Mustapha - tak pergi

8.00 Restoran Seri Keningau

1Borneo - mmg duk kat sini.. so, dptlah jln2

Third Day 

9.00 Sabah State Museum & Heritage Village - tak sempat pergi

2.00 Tamu Penampang - tak sempat pergi

10.00 Atkinson Clock Tower - tak sempat pergi

11.00 Lunch: Restoran Sempelang

12.00 Signal Hill Observatory Platform - tak sempat pergi

1.00 Kipandi Butterfly Park - tak sempat pergi

3.00 KK Esplanade - tak sempat pergi

4.00 Tanjung Aru Beach - tak sempat pergi

5.00 restoran sutra bayu

8.00 Waterfront - lalu jer

Fourth Day

9.00 Pasar Philipine - mmg patut ada one whole day just utk ke sini... 3 serangkai, pasar ikan masin, buah2an & handicraft

places yg kami pergi tapi tak masuk dlm planning
Aquarium & Marine Museum - sbb dekat dgn hotel (not recommended)
Jambatan Tamparuli - on the way turun dr gunung kinabalu

post mortem
1. kalau nak naik gunung, make sure kena 2 hari kalau nak pergi kesemua tpt2 yg spt kiteorg plan kat atas. kalau sehari mmg tak cukup masa sbb jarak every place tuh agak jauh ditambah dgn keadaan jln yg tidak begitu elok.
2. kena betul2 survey on hotel. mostly mmg mahal, so, kena pandai survey
3. tpt mkn bagi mereka yg amat sensitif abt halal food mcm kami nih (even kalau ada logo halal, kami tgk jugak tukang masak, waiter/waitress plus customer yg mkn kt situ, kalau owner kedai tuh sah2 bkn muslim, mmg kami tak masuk) kat sabah nih byk jer kedai cina yg dapat status halal dr jab agama islam sabah, ikut tekak masing2lah kalau confident halal bolehlah teruskan, kalau ragu2 dah kira syubhah n better elakkan. one more thing, fast food kat sini tak cam semenanjung, so, don't expect rasa food dia sama which is you'll be totally dissappointed
4. pls give some time for your body to relax.. kalau tgk itinerary kami nih mmg packed sgt. tu yg jadi tak dapat g semua tpt.. kes nak gi semua tpt dgn limited time yg ada.. sepatutnya kena ada extra time utk kes2 spt jam ataupun tertidur akibat keletihan heheh
5. masa buat plan make sure all the places to dekat2.. so, takdelah kejap ke hulu pastuh ke hilir.. buang masa namanya tuh.. google map is the best tool masa buat planning.. mmg aku selalu guna kalau nak g jln2 nih.. at least kita tahu travel time taken utk ke setiap tpt.. so, bolehlah estimate accurately

useful links for holiday ke Sabah

Sabah Tourism Board Official Website - mmg amat2 useful utk tourist. listing of interesting places, accomodation, eatery etc

Jabatan Agama Islam Sabah Halal Directory - list of restaurant yg ada sijil halal, kalau tgk kat JAKIM mmg takde sgt

Aura Biru Services Tours & rent-a-car - company yg kami sewa kereta. amat bertolak ansur dan boleh lebih kurang.. try negotiate and you'll get the cheapest rate

ok.. that's all the tips from us..HAPPY HOLIDAY!!!

Thursday, February 24, 2011

Our Second Breakaway of the Year

Thanks to Air Asia for the free seats!! Finally, it's time to naik belon :) Booking made May last year, nk dekat sethn tunggu tau!

Few months before take off, aku dah sibuk survey hotel, keter sewa, tpt mkn etc. nasib baiklah ada google.. just click2 jer dptlah info.. lg pun Sabah nih ada web tourism dia.. mmg sgt2 membantu untuk planning trip. The trip was 4 days 3 nights.. so, first night tuh kami decide tido kat gunung.. nk merasa suasana sejuk.. the rest of nights settle kat KK jer. Luckily, kt KK dpt bilik murah.. tgh promosi tapi... (tunggu full story ek) keter sewa agak mahal, mmg susah nk cari yg murah.. lastly dptlah sewa Innova utk 3 hari (act dia kira 4 hari) for RM850. tpt mkn pun susah nk cari yg halal. masuk web Jab Agama Islam Sabah, tapi cam pelik.. kebanyakan restoran yg dia bg halal tuh belong to chinese.. adoiii.. susah betul!

First DayFlight kami kul 9.30am. mengambil iktibar dr trip langkawi yg delay, aku gagahkan diri bgn kul 4 pagi utk buat bfast. Goreng bihun, smbl ikan bilis n roti sosej plus air oren. siap2 masukkan dlm polisterin. bawak jugak biskut n sweets utk kudap2.. van utk ke LCCT dh dibook awal2 lagi.. tpt 7.30am, van smp. nasib baik masa tuh amin n saeed pun dh siap mandi. smp di LCCT dlm kul 8 lebih.. terus check in pastuh br mkn.. org2 kt situ tgk jer kami satu family.. pelik agaknya tgk kiteorg bwk bekal :) alhamdulillah, flight on time. tepat 9.30am kami pun diterbangkan ke KK. smp KK dlm 12noon. org keter sewa pun dh sampai, settlekan pmt utk 3 hari kami pun terus bertolak ke gunung. nasib baik ada en garmin.. senang nk g mana2. first destination, Kinabalu Park. Kami smp kat situ dlm kul 2 lebih. on the way naik ke gunung berkabus, rasa cam dh nk mlm pulak, padahal baru kul 1 lebih.. pemandangan amatlah cantik!! kat Kinabalu Park amik pics kejap pastuh kami terus ke Poring Hot Spring abt 18km dr situ.. agak jauh n kalau ikut itinerary yg aku buat sepatutnya kami ke situ besok. tapi disebabkan tiket kinabalu park tuh sekali ngan poring meaning, kalau dh bayar kat kinabalu park, kat poring tak yah bayar lagi.. tp kena g pd hari yg sama.. tp kalau duk kat world heritage resort, dptlah buffer 3 hari. so, hubby pun pecutlah nk kesana.. dhlah jalan kat situ tgh dibaiki.. abis lecak kena hujan. smp sana kami cuma larat jln ke air panas tuh jer.. taman rama2, canopy walkway etc semua tak g sbb tak larat nak memanjat bukut.. lgpun mengejar masa nk solat. air panas tuh tak berapa bestlah.. dahlah ada nmpk anjing berkeliaran kt situ.. temankan mak2 n adik rendam kaki jer kejap, terus kami patah balik.. last destination, hotel kami mlm tuh.. kinabalu pine resort. dlm web nmpk lawa.. tapi dlm bilik ada kureng sket.. tv takde siaran, cuma tv1 and tv2 jer.. try mintak bilik ngadap gunung tapi bilik dh penuh.. so, dptlah bilik ngadap pokok pine jer.. kami amik pakej yg siap dinner n bfast.. RM180/night. tp agak megecewakan.. dinner mlm tuh pun chinese cuisine.. bagi kami yg bertekak melayu nih, lauk2 tuh semua tak boleh nk telan except for amin yg teramat berselera mlm tuh.. tak tahulah sbb lapar ke ataupun betul2 sedap pd tekak dia :) rasa bersalah pulak kat mak2 n hubby.. blk bilik, kami cam org kebulur abiskan smbl ikan bilis aku.. cicah dgn roti.. nasib baik food dlm flight tuh aku tak mkn, so, bolehlah bg saeed mkn.. sbb masa g dinner dia tido.. masa kami nk balik ke bilik, ramai org yg tgh dinner n mostly malay.. tapi laju je nengok diaorg mkn...

Second Day
pagi tuh amik pics dekat hotel n tgk rumah arnab.. pastuh terus check out n ke KK. kami tak bfast pun kt hotel sbb serik dgn dinner semlm. kami singgah kejap kat jambatan tamparuli. aku tak turun sbb saeed tido.. cuma hubby n mak2 jer turun amik pics.. carik2 kedai melayu.. hampa.. sblm smp ke KK, nmpk pizza hut.. ingat nk mkn kt situ jer, tapi kebetulan ada satu kedai melayu jugak kt situ.. ramai budak2 nurse makan sbb dekat ngan kolej diaorg.. alhamdulillah, mknn dia pun sedap, harga pun tak mahal sgt.. standard KL.lepas makan kami ke Jesselton Point. My MIL nak naik bot g pulau.. kami pilih g pulau manukan RM17 utk bot, RM7.20 utk tax jetty n RM3 kena bayar sblm masuk pulau.. dari KK ke pulau adalah dlm 15-20 min. saeed meraung sakan naik bot.. takut betul dia.. kesian pulak tgk dia.. smp pulau.. jln2 tepi pantai n amik pics jer.. mmg tak plan nk mandi laut pun. janji bot dtg amik kul 3, tapi kul 2 lebih tuh dh start hujan.. takut jugak stranded kat situ.. tepat jam 3, bot smp. kami naik ngan satu family chinese nih.. pakai jer life jacket tuh saeed terus nangis.. nasib baik ada amoi tuh tolong 'chak' saeed :) senyaplah kejap. on the way balik tuh, abis basah kiteorg kena hujan.. saeed pulak nangis smp tertido.. smp jetty, still lagik hujan renyai2. niat hati nk amik pics kat phone booth classic kat situ terkubur.. dapat pics background jer.. dari jesselton point, kami ke hotel. disinilah bermulanya citer gila kami :) aku dah booking kat Kota Kinabalu Shangri La dapat harga promo RM98++ per night without bfast. mmg murahlah.. bila kiteorg round nk ke hotel tuh, hubby tanya napa tak book cititel jer.. hotel lawa.. aku pun remarked.. mahal. nak dijadikan citer, hubby g try tanya cititel.. last2 kami end up check in kat situ dgn rate yg lebih mahal.. RM130 utk bilik kami n RM145 utk bilik mak2 n adik ipar. dahlah bilik mak takde tingkap.. biliknya kecik pulak tuh.. utk rate yg camtuh aku rasa mahal sgt! iron pun kena g bilik iron.. dlm bilik takde coffee/tea set..jug air pun takde.. wifi pun kena bayar.. cuma bilik diaorg nmpk lawalah.. lgpun baru jer 3 thn in operation.. smp bilik, mandikan budak2 sbb dh kena hujan.. solat pastuh.. terus pengsan.. budak2 pun tertido kepenatan jugak agaknya.. bgn dlm kul 8.. kat sini masuk waktu awal sejam.. agak payah jugak kami nk adjust sebenarnya.. kul 7.30mlm dh masuk isyak.. pas solat, terus call mak utk dinner. cadang nk g restoran keningau kat bawah hotel tuh jer.. rupa2nya dia bukak siang jer. apa lagi kami terus jer g kedai yg kami lunch tadi.. warung puteri. mlm dia ada buat ala carte. sedap2 makanan dia.. abis mkn dlm kul 10 lebih.. plan nk g jln2 kat shopping complex terbantut.. cuma pusing2 bandar cari 7 Eleven utk beli air.. beli burger king seketul dgn burger tepi jln utk mak.. mlm tuh hubby suggest cari hotel lain utk mlm besok.. mlm tuh kami duk google cari hotel2 kat KK nih.. rata2 mmg mahal.. ingat nk check in KK Shangri La tuh jer, tapi aku cam reluctant sbb masa lalu hotel tuh punyalah penuh bergantung tanglung kat dalam hotel.. last2 kami pilih tido kat grand borneo hotel.

Third Day
Awal pagi bgn terus check out n gerak ke Grand Borneo.. agak jauh dr KK, dekat2 ngan UMS. cuma yg bestnya dia bercantum skali ngan shopping mall 1Borneo. kat situ jer ada 4 hotel.. tak ke besar mall tuh?? alhamdulillah, check in terus ada bilik.. dapatlah bilik sebelah menyebelah.. bilik dia oklah, luas sket dr Cititel n cantik! service pun ok.. internet free, adalah iron/iron board etc cam hotel2 biasa tuh.. lepas check in, kami pun kuar utk g brunch.. mana lagi, warung puteri jugaklah... lepas lunch, kami ke Pasar Philipine tapi takde parking pulak.. last2 kami turun mak2 n adik jer.. pastuh hubby ajak g singgah kedai kamera kejap.. byklah jugak brg2 kat kedai tuh tapi brg yg hubby cari tuh takde stok.. so, kami gerak balik ke pasar, still takde parking.. end up kami pusing2 abiskan minyak kat bandar jer.. g isi minyak jap, pastuh parking kat petronas tido.. bila bgn tgk2 dh kul 4.00.. aik diaorg nih tak abis shopping lgke? bila call, diaorg baru nk gerak ke pasar ikan masin pulak.. isk.. berjanggut dh menunggu nih.. aku pesan je kt mak belikan kuih cincin, ikan bilis n udang kering.. dlm kul 4.30 baru kiteorg dtg amik diaorg kt pasar tuh.. terus balik ke hotel. aku ajak hubby g jln2 bandar.. so, lepas solat kami keluarlah balik.. mak2 n adik ikut jugak wpun letih (nk berjalan punya pasal :D) plan nk cari butang baju melayu kat pasar philipine cancel sbb parking full lagik.. my mil yg nk cari brg lg sanggup turun sorang2 kt situ smbl kiteorg g central point shopping complex. dpt info kat google, ada kedai kamera murah kt situ. lepas beli brg hubby, kami terus amik mak kat pasar n balik hotel. jln2 kat 1Borneon dinner pizza hut mlm tuh...

Fourth Day
hari nih bfast kat hotel.. food kat sini oklah.. byk jugak choice.. pas mkn kami pun siap2 packing utk check out.. destinasi arinih g akuarium n Lok Kawi Wildlife. akuarium kat UMS nih tak menarik langsung.. dahlah parking terhad, akuarium dia kecik sesgt.. entrance fee RM5/pax. Dari situ, kami ke Lok Kawi Wildlife park.. agak jauh dr KK. hampir2 abis minyak kiteorg.. kat sini agak best jugaklah.. byk jugak binatang dia, separuh jalan tiba2 hujan pulak.. terus stranded kat pondok depan org hutan.. nasib baik dia byk jugak pondok2 utk berhenti duduk.. bila hujan agak reda, kami decide terus balik sbb takut tak sempat nk smp airport.. terkilan jugak tak dapat round satu taman tuh.. aku terus set kat garmin utk ke airport.. tiba2 dia tunjuk kat airport baru pulak.. barulah kiteorg tahu kt KK nih ada 2 airport.. satu yg baru utk MAS.. satu lagi kat Terminal 2, utk air asia. kira cam KLIA dgn LCCT laa. nasib baik ada masa lagik n jarak dia pun tak jauh.. smp kat situ dlm kul 3.. janji ngan org kete sewa kul 5, so, kiteorg pun pusing balik cari tpt mkn.. jumpalah Kak Nong Restoran nih.. tpt nih glamour kalau cari tpt mkn sedap kat KK. Food dia not bad cuma harga agak mahalla.. setaraf ngan tpt mkn standard kat KL nih. pas mkn, kami ke airport, unload bag n hubby tunggu org kete sewa. aku dh kalut sbb dh kena check in. selesai check in, g solat.. tgh2 solat announce suh masuk boarding area pulak.. padahal flight kul 6.30pm. sempatlah aku mandikan saeed n amin dulu.. kami smp KL kul 8.30 awal setengah jam.. kapal terbang air asia nih cam bas ekspres.. smp jer terus nak jalan balik.. takke rosak kapal camtuh? agaknya nilah sbb dia dpt bg tambang murah :) lepas book ing van utk balik uamh, kami pun g solat jap. smp umah dlm kul 10mlm.

Berakhirlah trip kami kali ini... belum sempat abis penat dah berangan nk ke Kuching pulak.. maybe Free Seat Air Asia thn depan pulak :)







perasan tak phone booth kt belakang tuh..

skang trend 2 beradik nih amik pics mesti berpeluk2
Saeed yg happy dpt mkn


Tuesday, February 22, 2011

Keje ke Cuti?

Last 2 weeks, my dept organized a team building session at Swiss Garden Kuantan.initially, i was trying my luck (very hard) to escape from attending the session, but due to my absence last year, i've to join the session by hook or by crook. hampir2 membuatkan bos2 ku naik angin jugaklah :) tak smp hati nak tinggalkan saeed, hubby dgn baik hatinya willingly to take care of the kids while i'm attending the session.

departing from home on friday morning and stop by at Spring Potato (again!) to have our brunch. Can't resist the superb asam pedas! dah kenyang, baru smbg journey and safely arrived at kuantan at 3.30pm. masa tuh briefing session by our VP Sales dah start.. check in bilik etc.. 5.30pm turun lobi sbb ada janji dgn colleagues utk buat slide sempena Dato' Zam nak dtg. Dlm kul 6 lebih baru settle, terus naik bilik utk g dinner. amin's remarked 'lamanya ummi g keje, kata kejap jer' aik.. baru sekejap takkan dh rindu kot :) having our dinner kat Sara Thai.. food dia oklah.. biasa jer cuma udang n sotong goreng tepung dia mmg sedap. abis mkn, cepat2 gerak balik ke hotel sbb ada sesi bersama EVP on 8.30pm. kelam kabut jugaklah aku masa tuh.. nasib baik session tuh kejap jer. smp bilik budak2 tgh main lagik.. semua tunggu ummi balik :)

saturday morning, patutnya dah start team building, tapi aku kena kidnap utk buat slides. so, terlepaslah dr buat aktiviti2 hari itu.. alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku :) sementara tunggu Dato' Zam smp, sempat aku kuar dgn hubby n kids cari lunch utk diaorg. aku mkn lunch yg provided by hotel. belikan nasi campur utk hubby n nasi ayam utk budak2 tuh. abis jer sesi bersama dato' zam, aku terus naik bilik.. yg lain still smbg lagi buat aktiviti team building. pas solat n rehat2, ajak hubby g dinner. kebetulan my best fren kat mrsmpc ajak jumpa skali, terus ajak dia makan sama. singgah kat kedai keropok hafisah kat tjg lumpur utk beli keropok sagu.. pastuh br jmp kwn aku. dia ajak dinner kat ana ikan bakar petai. food kat situ sedap2.. tp byk sgt kiteorg amik smp tak abis.. membazir jer.. thanks molly for the treat!! sian pulak kat molly kena belanja aku satu family... on the way balik, singgah kat terminal sate zul. belikan sate n nasi lemak utk budak2 tuh n abahnya skali :) smp hotel dh maghrib.. huru hara kejap tukar baju utk dinner... nasib baik kwn2 dah reservekan seat.. mkn lagi.. aku tak larat dh mkn nasi, cuma ratah lauk jer.. mkn smbl tgk performance org2 gomen.. :) pastuh sesi bagi2 award.. alhamdulillah dptlah menang satu award utk projek kiteorg.. my EVP pesan " terima kasih idayu, tahun ni kena keje kuat lagi"

ahad pagi, ada sesi bersama MAMPU.. aku awal2 dh mtk excuse dr bos utk balik awal.. so,pas bfast kami terus gerak balik ke shah alam. singgah jap umah kawan lama.. lama sungguh tak jumpa Ilah.. kawan sekampung masa sekolah men rendah dulu, pas PMR dia ke MRSM Terendak n aku ke MRSM PC. sekarang nih dia dah ada 3 org anak.. kawin pun awal seminggu jer dr aku :)

so, kali nih kira keje cum holiday.. first trip for the year


Tuesday, February 8, 2011

Amin's 4th Birthday!

Amin is 4 y.o last wednesday and we'd small celebration with dearest family at Nando's SACC Mall. Hubby n me has started planning for this event since last year. my original plan is to have it during our raya open house, but hubby said a big NO since the date and month is not related to any of the kids at all. Amin's birthday is in Feb while Saeed in August, so, it'll looked weird to have the party in October.. ok, i agreed. so, we come out with the idea of having it outside. amin was the one who choose to have it at Nando's despite my mother's persuasion to have it at Pizza Hut :) i've wrote on how obsessed we're with Nando's rite?

since my company is so generous (read:dictator) to enforce force leave during chinese new year, i've ample time to plan n prepare for the big night for both of my boys.. being downloading, choosing and modifying image for the cake, buying n surveying party's items, shopping for the boys new shirt etc. my hubby has bought present for Amin in dec last year (the present is the last piece left in Toys R Us, so we've to grab it right away!) but none bought for little Saeed, ummi promise will buy it before end of this month yer sayang!since the present is iron man 3 in 1 repulsor, so, i've ordered cake with edible image of iron man. the plan is to bring amin's iron man mask during the party so that he can take pics wearing both toys

i've invited both family, my parents and in law, brothers and sisters.. tu pun dah sum up to abt 30++ pax. then we realised what a big family we had :) the party started after Maghrib. i've been in good mood that i've cooked tuna spagetti and few choc cupcake.. luckily Nando's allowed outside food during the party. we arrived at SACC before Maghrib then went to pick up the cake at Secret Recipe.. nasib baik kat situ mmg ada secret recipe.. the cake is quite cheap, i've ordered brownies with edible image, price RM90.10.

while waiting for all the guests arrived, we decided to dig the food first... after mkn2, barulah start nyanyi n potong kek.. amin was so excited when opened the present.. teringat dia remindkan ummi siang tuh masa on the way balik dr tapau ikan bakar bellamy

amin:kita nk balik umahke ummi?
ummi:ha'ah
amin:ummi n abah tak kejeke?
ummi:tak, kan mlm nih birthday amin
amin:ha'ah, amin terlupalaa.. tapi ummi kena ingat tau belikan hadiah amin
ummi:kan ummi dh beli jam ben10 tuh, tak yahlah hadiah lagi
amin:yerlah, tapi kalau jam nih rosak ummi beli yg original yer..

i was very happy to see his smiling face that night.. semoga jadi anak yg soleh yer sayang!!







Amin's present

Monday, January 31, 2011

Happy Birthday My Dear!

Last Thursday kami meraikan birthday my best friend, seha. Lama tak jumpa n borak lama2. kerana minatnya yg mendalam terhadap segala benda berkaitan dgn korea.. aku awal2 dah start cari restoran korea yg halal.. aku n family is not a great fan of korea n negara2 yg sewaktu dgnnya.. so, agak susah nk cari kedai yg serve korean food as well as msian.. alhamdulillah google2 jmplah restoran nih.. baru bukak late last year.. baca komen kat blog2 yg dh try cam ok.. wpun lokasi agak jauh dr rumah kami, demi sahabatku.. kami rela :)

kami bertolak dr shah alam agak lewat.. lepas maghrib di petronas dekat ngan umah.. tayar kami tiba2 prob pulak.. hampir2 nak cancel jer plan mlm tuh.. alhamdulillah, dapat isi angin utk sementara waktu.. (tayar kami bocor.. nasib baik lubang kecik jer kot, so takes time to flat).

seha tunggu kami di menara tm n follow kami ke gombak.. nasib baik jln ok.. aku awal2dah call restoran tuh, takut diaorg tutup.. smp kat restoran dlm 9 lebih.. sbb semua dh lapar, duduk2 terus order.. lgpun masa tuh takde org.. ada satu meja jer makcik n pakcik nih tgh mkn..

our orders:

my mom - nasi putih, asam pedas ikan tenggiri n jus epal
me n hubby - nasi lemak kapas sambal sotong, jus tembikai n fresh orange
birthday girl - Sundubu Jigae, jus tembikai
amin - ice berg chocolate

dan aku tambah order spring potato cheese yg small.. takut tak sedap. hubby pulak amik kimbap (cam sushi).

overall, rasa mmg sedap except korean food dia seha kata rasa malaysia :) two thumbs up utk asam pedas.. mmg sedap! satu dish tuh boleh kongsi 2 org sbb dia letak 2 ketul ikan plus terung bulat.. mmg sedaplahh!! spring potato dia pun sedap.. laju je kiteorg abiskan.. disebabkan semua lapar, takde langsung pics food.. harga pun not bad.. total mlm tuh tak smp RM100 pun

sambil2 mkn tuh, owner dia dtg borak2 dgn kiteorg.. he's korean muslim.. kawin ngan org msia.. dh 3 thn duk sini n fluently speaking in malay..



Sunday, January 9, 2011

Cuti 1TM

Balik dari Sabak Bernam, keesokan harinya kami memenuhi jemputan Zainal & Hany sempena akikah Fudhayl aka anak susuanku :) makin comel n keletah.. kami dtg dah lewat, dpt jumpa dgn siti n jie jer.

isnin bermula force leave.. to do list dah lama buat tapi smp abis cuti tak smp 10% yg complete. cepat betul masa berlalu... sedar2 dah kena keje. pagi2 kami keluar bawak amin pergi klinik. Amin kena batuk2 teruk sgt, esp lepas balik kenduri BIL. asik minum ais jer.. tuh yg makin teruk jadinya. tiba kat klinik, tutup pulak. smp seminggu pulak tuh.. aik samalah pulak dgn force leave TM. doktor g cuti2 msia kot.. tak jadi pergi ke klinik, kami pun balik semula kat rumah. kebetulan hari tuh my MIL, SIL, atuk, ucu n family uda dtg tido kat umah.. dah 2 hari burn tak dapat buat apa2.. cuma menjamu diaorg makan jerlah..

selasa pagi, lepas bfast hubby hantar diaorg balik pastuh g keje. saeed bgn kul 10 pagi.. bg makan pastuh biar dia main. kul 12 amin pulak bgn.. dia nih mmg kaki tidur sama cam ummi dia :) lepas mkn.. kul 1 saeed dah tido.. amin pulak still nak main lagik.. aku biarkan ajer. petang kami ke Low Yat, hubby mencari FM transmitter utk iPhone dia.. rancangan nk ke IKEA terpaksa dibatalkan sebab cam tak sempat.. so, kami pergi mkn kat nasi lemak kg baru jer.

Rabu petang hubby ajak g IKEA.. cadang nak beli stool utk panjat kat wardrobe, tapi out of stock pulak.. ari keje pun ramai jugak org kat IKEA. mak aku remark 'nih ramai sbb telekom cutilah nih' logikke?? :) balik dr IKEA kami singgah mkn kat cili merah.. kebetulan masa tuh tgh live final suzuki AFF.. meja full smp kami kena duk kat luar. masa smp tuh game dah nak abis dah..

Khamis petang ke rumah MIL utk tolong apa2 yg patut. smp2 semua door gift dah siap packed. tinggal potpouri je belum isi. so, aku tolong isikan potpouri dgn SIL. siap isi, tolong buatkan papan tanda utk ke dewan.

jumaat pagi ke rumah MIL utk bfast. MIL masak nasi lemak. aku bwk smbl udang buat tambah2 lauk. pas mkn ajak hubby g fotostat signage sambil htr kain tudung utk jahit tepi (the only task in my to do list yg berjaya complete). lepas solat jumaat, kami pun balik rumah.

sabtu, kenduri BIL di dewan bukit jelutong... refer previous entry :)

ahad, kami tolong FIL hantar atuk, ucu n family uda balik ke bagan datoh. amin n saeed tinggal kat umah.. mak aku jaga. kami nak touch n go jer, so payah nk bawak diaorg skali. it takes one whole day jugak. kul 5pm baru smp shah alam balik. saeed langsung tak buat perangai.. elok jer wpun tak dpt susu.. good boy.. amin pulak yg nangis2 call suh aku balik cepat.. my spoilt little boy! smp kt umah terus suh mak siap2 ajak berjln.. kira upahlah utk diaorg yg duk umah satu hari. hubby ajak cari lense baru utk D90 kat amcorp mall. unfortunately kedai yg kiteorg cari dh tutup.. adake kedai dlm shopping mall boleh tutup kul 6pm?? kedai yg bukak pulak takde stok. so, hubby ajak singgah ke digital mall pulak. nasib baik ada kedai yg boleh bg harga murah.. lepas beli, kami terus ke subang parade pekena Nandos :)balik dr Nandos, kepala aku dah senoning.. rasa cam nak demam..

isnin, badan rasa sakit2.. tekak sakit.. kepala sakit.. pendek kata semuanya sakit :) so, ajak hubby g klinik.. bawak amin skali sbb nk check batuk dia yg tak baik2 lagik.. dapatlah MC satu ari.. tonsil dah start nak bengkak.. mtk2 tak cam arituhlah..

so, itu jerlah citer cuti 1TM aku kali nih.. byk sgt benda smp tak terasa masa berjalan

Saturday, January 8, 2011

Azihan & Hafizah Part II

The night before, kami ke dewan utk tgk mak andam pasang pelamin n tolong in laws angkat brg2 yg dibawa dr rumah. disebabkan ada org main badminton, keje2 pasang pelamin start kul 11 mlm. agak lewat.. kami tunggu smp kul 12 lebih jer.. pastuh tinggal BIL n SIL smp siap..

Hari yg ditunggu2 akhirnya tiba.. pagi2 lagi hubby dah keluar utk htr MIL n SIL ke dewan. aku kat umah siapkan budak2 dulu.. kul 10 lebih baru kami smp ke dewan. saeed cukup excited test berjalan.. asik berjalan pusing satu dewan.. suka betul dia!

majlis habis dlm kul 4.. hubby tolong hantar MIL, atuk, ucu n uda balik dulu. disebabkan keletihan saeed tertido sendiri kat tgn aku.. amin pulak baru ingat nk mkn.. masuk kete terus tido.. letih betul kiteorg mlm tuh...

Friday, January 7, 2011

Azihan & Hafizah Part I

Nasib baiklah ada force leave by TM, dapatlah tolong serba sikit my MIL utk wedding BIL. Nikah on 24th Dec which i've to take additional leave. Hantaran semua dah siap week before masa cuti awal Muharam.. me n SIL yg buat tapi yg byknya SIL laa.. aku jadi mandor tak bertauliah :)

on the 24th kami bertolak pagi dari shah alam. smp sabak bernam around 11am. perut dah berkeroncong wpun dah mkn roti sosej sorang seketul. so, kat tjg karang kami berhenti makan di warung ibu, pekena nasi ambang original.. sedapnya mkn masa tgh panas... budak2 kami angkut tanpa mandi. smp kat homestay baru nk mandikan diaorg.. BIL sewa 2 homestay. aku n family with my mom, with MIL, SIL, atuk, ucu n family uda duk satu umah. homestay tuh pun ok, rumah teres satu tingkat. bilik kami siap ada aircond lagik. nikah start kul 3, so, dlm kul 2 tuh kami dah start bergerak ke masjid. pas nikah, g makan kat umah pengantin n lepas asar kami pun balik ke homestay. mlm tuh kami kuar g jln2 kat town, byk kedai dah tutup. jumpalah satu kedai makan ' Air Buah Gelas Besar'. tgk ramai je org mkn, so kiteorg pun singgahlah dinner situ. makanan sedap! tapi harga mmg ikut harga KL. kiteorg tak kisah asalkan rasa mantop! :) kenyang mkn, kiteorg pun balik umah.. yg lain semua dh tido

25th pagi aku n SIL start buat sirih junjung.. daun sirih yg kami bawak dah layu.. jadi tak berapa menarik sirih junjung tuh.. bunga2 pun dah agak2 nak menyembah ke bumi gayanya :) takperlah.. nak cukupkan syarat je nih. dlm kul 11, kiteorg bertolak ke surau sebelah rumah fizah which jadi tpt bersanggah utk kami. disbbkan tak sarapan kami singgah mkn kat restoran dkt2 situ. nasi ambang lagik! tapi this time tak berapa mengancam rasanya smp hubby mkn pun tak abis. smp ke surau, BIL lom siap lagi.. patutnya sanding kul 12.30 tapi mak andam tak smp2 lagik.. rupa2nya mak andam ingat sanding kul 1.

kami bertolak balik ke shah alam dlm kul 3 lebih.. mlm tuh dinner kat cili merah jer..

Wednesday, January 5, 2011

Citer Tahun Baru

wah wah wah.. dah naik bersawang blog nih. lamanya tak update. byk cite tapi mood menulis tak kunjung tiba. smp my SIL dah complaint, lama tak update blog. nak cite apa yerk? ermm.. dah masuk tahun baru.. azam?? rasanya takde kot, sbb tak pernah pasang azam pun.. main ikut suka nak buat apa..

life so far cam biasa takde yg luarbiasa :) si kecik dah pandai berjalan.. abis satu rumah dah round.. mulut pun dah start nak bercakap.. semua yg kita cakap dia boleh ajuk balik... so sweet! kami menjangkakan kepetahannya sama atau lebih dari abgnya.. OMG! kena bersedia mentally and physically! amin sorang pun kadang2 kami tak terjawab, inikan pula tambah lg sorang :) tapi tuh yg membuatkan rumah kami ceria

breastfeeding agak membimbangkan.. production makin sikit tambahan mood nk mengepam pun dah kurang.. selasa arituh saeed ke rumah bbsitter without any EBM. risau jugak kalau dia mengamuk, tapi petang tuh balik bbsitter kata dia ok jer. so far, dia boleh survive tanpa susu disiang hari, tapi mlm mmg bergayut jerlah kejenya.. sekarang ummi barulah sibuk2 nk minum susu balik.. hajat nk beli kurma lom kesampaian lagik..

work? alaa.. boring pulak nk citer psl keje.. hajat nak bertukar angin awal2 lagi dah kena firewall dgn boss. ala2 diktator jugak kiranya.. dah bosan buat benda yg sama for the past 4 years.. tapi still stranded disini.. immediate boss dah start canang nk buat job rotation tapi nak kemana pulak? division aku dahlah cinonet jer.. tukar2 kat situ jugak... tak berkembang langsung!

yang menggembirakan hati lately nih...

1. idaman hati dah berjaya dibeli.. thanks hubby!! suka sgt wpun yg plg byk pakai en hubby. yerlah, aku nak benda tuh biar dapat capture all the sweetest memory.. let the technical en hubby yg uruskan dan aku cuma posing gembira dgn anak2 :)

2. selepas 5 thn kawin dan 3 thn duk kat umah sendiri akhirnya hajat nakkan built in wardrobe menjadi kenyataan.. alhamdulillah.. takdelah serabut lagi mata dan kepala tgk baju2 yg tak cukup tempat..

3. sapa yg pernah smp ke rumah kami mesti perasan parking kami bergelombang bagai di landa garuda :) so, utk kesenangan bersama (hubby senang parking n anak2 dpt main basikal) kami upgrade parking kami ke fully tile.. no more rumput2 memandangkan kami mmg tak berapa minat menanam pokok2 nih..

4. adik ipar selamat mendirikan masjid last weekend.. smp mc aku dibuatnya on monday. penat sgt mcm aku yg jadi tuan rumahnya.. despite all the ups and down yg terjadi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. congrats jian n fiza!!

5. hati tgh berkobar2 tak sabar tunggu feb which we'll be flying to KK for holiday! hooray!! best2.. hotel2 semua dah tempah tinggal nak cari kereta sewa jer... first holiday in 2011 for us!