A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Monday, May 31, 2010

Israel attacks Gaza aid fleet - Middle East - Al Jazeera English

Tuesday, May 25, 2010

mari makan!

minggu lepas byk diisi dgn aktiviti makan2. starting from khamis mlm jumaat, kami makan di sate kajang samuri di kompleks PKNS. then, jumaat kiteorg travel ke port klang utk pekena muara ikan bakar. bertolak dr rumah sebelum maghrib and we reached there Isyak!! nak bgtau betapa jauhnya tpt tuh. tapi mmg berbaloi... makan ikan siakap masak pedas, cencaru bakar, sotong n udang goreng tepung utk 3 org end up at RM105.



sabtunya pulak, dinner treat by Seha for my birthday.. thanks my dear! luv u so much !! :) kami decide try Restoran Serai kat Empire Gallery. New shopping complex in Subang. Seha dtg umah pas asar, n off we went there. Food kira so-so jer... presentation jer lebih.. harga mmg standard KL lah.. kami berempat (seha, diana, me n hubby) choosed nasi ambang.. my mom pulak try spicy thai fried rice.. amik tomyam n ayam goreng rempah as additional dishes. for drinks me n hubby opted for honeydew blast (mmg sedap yg nih), seha try serai tea, diana pulak cendol, my mom apple juice n for amin ice kachang with ice cream.. seronok dia dapat minum abc smp makan nasi pun tak nak... pas makan, solat maghrib n round2 kejap. nothing special.. so kejap jerlah jalannyer..

thanks seha for the lovely dinner!
n semalam, lunch date with hubby at Khadijah's Kitchen. Dissappointing! that what i can say.. the food is .... lagi sedap makan kat warung tepi jalan

Tuesday, May 18, 2010

Air Asia Free Seat

ada sapa2 yg dah tempah?? setelah bersusah payah, kami akhirnya dapat booking seat ke Kota Kinabalu for RM12/pax/return trip. murahkan??? tak percayake??

First Experience

Hari ini dalam sejarah. for the first time in my life naik tow truck. pagi tadi on the way ke office, tiba2 aku rasa cam aircond tak sejuk. rasanya baru jer service aircond arituh. 'kenapa air cond nih cam tak sejuk ek' tanyaku pada hubby. hubby pun try kuatkan air cond, tapi still udara panas yg keluar. then, tiba2 hubby kata ' eh! temperature naiklah! kipas rosak nih' apa lagi, kiteorg pun berhenti kat tepi jalan. hubby off enjin n check bonet depan. kipas aircond merangkap kipas enjin kiteorg dah tak berfungsi. langsung tak berpusing. akhirnya, hubby decide call tow truck. nasib baik cost ditanggung etiqa takaful. mula2 nak bawak ke workshop di shah alam. tapi memandangkan shah alam cam dah jauh, kiteorg akhirnya decide gi workshop kat jln 222. kiteorg pernah tukar kipas kenari dulu kat situ, harga ok n servis pun bagus. dalam sejam lebih jugak kiteorg tunggu tow truck smp. dahlah kepanasan tunggu dlm keter smbl aku siapkan slides presentation. bos sibuk call nak slide cepat. smp jer tow truck, kiteorg pun naiklah lori tuh smp workshop. bila aku amik gambar, driver tuh siap sound lagik.. 'ambik gambarka?' isk.. malulah pulak

akhirnya, terbanglah 'sebelah tangan' jugak pagi nih


masa nilah apek tuh tegur aku amik pic

Monday, May 17, 2010

Sayu

Hatiku tersentuh lagi. Kes dera bayi dan kanak2.. risau memikirkan saeed di rumah org. minggu lepas, babysitter saeed bgtau yg saeed dah start panjat tangga. risau kalau2 saeed terjatuh dan kami tak diberitahu. arghh.. usaha cari maid kena digiatkan jugak nih. tapi bila??
Bayi mati disyaki didera pengasuh
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2010/05/17

Mangsa alami pendarahan dalam kepala

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia, disyaki akibat didera pengasuh yang baru dua minggu menjaganya.

Mangsa, Muhammad Rayyan Afzanizam, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, jam 8.30 malam kelmarin, sehari selepas koma.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala selain turut mempunyai kesan lebam pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bayi itu mengalami sesak nafas dihantar pengasuhnya ke klinik di Subang Jaya pada jam 7 malam, Jumaat lalu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudian mengejarkannya ke PPUM sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia 24 jam selepas diberikan rawatan di pusat perubatan terbabit.

“Doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki kesan dera pada tubuh mangsa. Ketika ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainal Rashid berkata, polis menahan seorang wanita berusia 40-an yang tinggal berjiran dengan rumah keluarga mangsa di sebuah pangsapuri di USJ, Subang Jaya, pagi semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, wanita itu ditahan reman enam hari mulai semalam dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui di PPUM, enggan bertemu media bagi memberikan sebarang kenyataan.

Jenazah bayi berkenaan dituntut ibu bapanya kira-kira jam 3.15 petang dan difahamkan mangsa dikebumikan di kampung keluarganya di Port Dickson, Negeri Sembilan
.

Monday, May 3, 2010

Weekend Breakaway at PD and it's a long long sunday

setelah sekian lama merancang untuk cuti2 malaysia, akhirnya last weekend kami berjaya juga meng'escape'kan diri dari kesibukan kota.. rasa penat and letih setiap hari ditebus dgn short holiday di PD. actually, holiday cum birthday celebration for me.. amik cuti on thursday and friday. thursday uruskan hal2 personal plus service keter and treat my in laws dinner (sate kajang + kfc)

Friday
keluar umah cam org nak g keje.. 8.20am dah bertolak without mandikan budak2 pun. around 9.30am berenti bfast at R&R seremban. we're having nasi goreng. amin tak berapa nak makan sbb baru bgn tido. after bfast, mandikan dua2 beradik tuh. smp ke seremban around 10.30am. hubby nak cari SR (belikan kek utk birthday girl :D ) g yg kat town, tak bukak lagik.. so, decide tak yahlah beli. on the way ke PD, lalu kat Jusco Seremban 2. ternampaklah SR kat situ, so, hubby pun singgah jap beli.. punyalah lama ummi tunggu, rupa2nya dia beli kad skali.. thanks dear!! smp ke PD around 12 noon. kiteorg booking Avillion Admiral Cove. masa booking amik Deluxe, tapi bila tanya receptionist, deluxe tak mengadap ke laut.. and kiteorg naklah sea view tuh.. lagi romantik gitu :) so, we decide tukar ke studio, rate masa tuh takdelah mahal sgt pun.. RM250+15% utk studio room. tapi lom boleh check in sbb ramai yg lom check out lagik. so, kiteorg kuar balik n cari masjid utk hubby solat jumaat. smbl aku n anak2 dok tunggu dlm keter. masa tuh ada nampak satu family nih dr KL (sbb kete plat KL) pun tunggu hubby dia solat jumaat... pas solat, kiteorg pun check in.. waa... bilik dia best betul!! katil king.. ada day bed lagik.. spacious jugak.. saeed seronok betul buat keje contract :) pas aku solat, kiteorg pun kuar g lunch.. siang PD tak byk kedai makan yg memberangsangkan. we all end up makan kat mama chop papa grill.. very2 bad service + byk lalat + mahal.. mmg takkan makan lagi dah kat situ.. kenyang makan, kiteorg g jalan2 kat bandar PD. byk jugak kedai tapi kiteorg tak turun keter pun.. pusing2 jer.. dlm kul 6 tuh balik hotel sbb nak bwk amin mandi kolam.. punyalah semangat, ummi dah awal2 belikan swimming suit + jacket pelampung tuh kat mydin. amin pun semangat jugak.. tapi bila masuk jer air, dia terus jadi takut.. jerit2 tak nak mandi.. laaa... buat malu company betullah... semua org yg lalu senyum jer tgk... at last fed up, terus bawak dia naik bilik. Pas maghrib kuar dinner kat Nasreen Seafood. sblm g PD ummi dah survey siap2 tpt makan best n byk yg recommend this restaurant. mmg tak silap.. sedap masakan dia.. masa kiteorg dtg dlm kul 8 lebih, dah hampir penuh restoran tuh.. nasib baik ada meja kosong lagik.. kiteorg order siakap sambal pedas, ayam pandan, udang+sotong goreng tepung, kailan ikan masin. harga pun not bad, takde mahal sgt.. semuanya cuma RM56. amin makan banyak.. saeed mengamuk sbb panas n ngantuk.. masuk kete terus tido. on the way balik hotel, singgah kedai jap belikan amin bola dgn harapan besok dia naklah mandi kolam lagik..

Sabtu
turun bfast dlm kul 9 am. menu dia takdelah byk sgt tapi rasa not bad.. sedap jugak.. pas makan ajak amin mandi kolam lagi.. mula2 cam berani jer siap bawak bola.. bila dah masuk dlm, terus takut.. nangis lagi.. rupa2nya kiteorg silap bawak masuk kolam yg agak dalam.. kolam yg kat sebelah tuh lagi cetek rupanya.. bila bawak kolam yg cetek tuh pun dia tak nak.. dah fobia.. end up, naik jerlah ke bilik.. dlm kul 11 lebih kiteorg pun bertolak balik ke shah alam.. short but yet relieving holiday.. mmg enjoy sbb tgk anak2 happy.. smp umah dlm kul 2 lebih.. pas solat kiteorg kuar balik ke Empire Gallery.. new shopping mall kat subang jaya. niat nak carikan bag roda (roller back pack) utk amin.. sibuk dari dulu nakkan bag tuh.. gilah kat toys r us yg baru bukak tuh, ermm.. mmglah ada bag ben10 tapi besar sgt.. smp amin nak tarik pun susah.. at last ummi tak jadi beli, mengamuk jugaklah si kecik tuh.. tapi kejap jer.. plan nak cari kat tpt lain pulak besok..

Ahad
Byk sgt aktiviti hari nih.. mula2 kena g kenduri kahwin jiran lama hubby kat Bukit Rimau, then gi Homedec at KL convention Centre plus g KLCC utk cari bag amin.. bertolak dr rumah kul 11 am ke kenduri kahwin... amin yg tgh lapar boleh abis sepinggan nasi plus ayam masak merah. dlm kul 12.30, kiteorg bergerak ke KLCC, smp solat dulu pastuh baru gi homedec. waa.. thn nih homedec semakin besar, lenguh kaki ummi ngan abah yg gilir2 dukung saeed.. yer, saeed tak nak duk dlm stroller and baby carrier masih belum dibeli lagik.. so, mmg workout sungguhlah ummi ngan abah semlm.. nasib baik amin tak buat hal sgt.. dlm kul 4 abislah round semua hall. barulah gi ke isetan.. konon2 promo ada baby fair, tapi bila masuk children dept, tak byk pun yg sale.. semua normal price jer.. so, ummi pun takdelah terbukak hati nak beli apa2 melainkan bag amin jer... jumpalah bag ben10 yg size medium, kecik sket dr yg kat toys r us. lepas beli, baru hubby terjumpa bag iron man yg kecik n comel.. nasib baik boleh tukar. akhirnya amin dapatlah bag roda iron man :) yg buat poket ummi kopak bila amin nakkan topeng iron man.. ingatkan murah sbb cam plastik biasa jer.. rupa2nya satu tuh RM39.90... aduh2 tutup mata jerlah ummi.. smbl tuh belikan t-shirt ben10 utk amin n saeed.. boleh pakai utk raya nnt. dari klcc kami ke kampung baru utk dinner ar HR Steak House. dah lama tak mkn kat sini.. sizzling steak kat sini sgt sedap n murah! kiteorg mkn bertiga cuma RM38.50 jer compare to mama chop papa grill tu.. abis makan dlm 7.30pm, ummi ingatkan abah nak g tesco beli pampers budak2 nih.. tgh ada promosi murah.. so, kiteorg pun singgahlah kat tesco mutiara damansara. first time g situ.. slalu g kat the curve n ikea jer. smp2 melilau kiteorg cari surau dia.. rupa2nya surau kat parking.. penat betul ke hulu hilir.. pas beli pampers terus balik.. penat teramat sgt.. hubby pun flat.. amin n saeed tido dlm kete.. balik just singgah kedai beli roti utk ummi bersahur besok pagi...