A little girl is sugar and spice and everything nice - especially when she's taking a nap

Creative play is like a spring that bubbles up from deep within a child

Holding a newborn baby is such a wonderful feeling eventhough it's for the third time

There are no seven wonders of the world in the eyes of a child. There are seven million

The sweetest flowers in all the world - A baby's hands

Tuesday, August 15, 2006

Welcome My Fren!!

Alhamdulillah.. at last my best fren will be coming to KL and stay for good, i hope. I'm very excited to meet her.. by working in the same building, i hope she has time to meet me everyday (during lunch of course).. now.. i'm thinking.. as azie will be arriving soon from Scotland and paie is also in KL... and the latest news, seha will be reporting her new job tomorrow... what about a reunion all my dear frens?? rasanya dah lama tak jumpa semua my ex-housemate masa pre-u dulu... so, sapa2 rasa berbesar hati nak jadi host... amatlah dialu2kan... for me.. kena reserve utk next year kot.. keadaan sekarang tak mengizinkan organize apa2... tak larat.. :) :)

Tuesday, August 1, 2006

Juara Akademi al-Quran bersedekah buat arwah ayah


LANGKAH TV9 menerbitkan program realiti TV Akademi al-Quran (AQ) patut diberi pujian kerana program itu banyak menyemai nilai murni di kalangan para peserta dan penontonnya.

Program realiti TV itu bukan sekadar suatu pengisian program biasa yang disiarkan menerusi stesen swasta tersebut. Sebaliknya, AQ memupuk minat remaja mendekatkan diri dengan budaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah antara intipati penting yang diterapkan pada program yang baru melabuhkan tirainya pada 27 Julai lalu.

Program itu telah menobatkan Abdullah Fahmi Che Nor sebagai juaranya. Pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Kelantan itu bukan sahaja selalu kelihatan tenang tetapi konsisten sepanjang bergelar pelajar AQ. Abdullah akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang qiraat di Mesir pada September ini.

Anak ketiga daripada 10 beradik yang hafaz 30 juzuk al-Quran itu juga cukup peramah dan merendah diri ketika memperkatakan tentang kejuaraan AQ yang dirangkulnya Khamis lalu.

Ikuti temu bual wartawan ABD. AZIZ ITAR dengan Abdullah Fahmi yang merupakan bekas pelajar Darul Quran, Kuala Kubu Bahru, Selangor baru-baru ini.

Khabarnya anda menyertai AQ kerana mahu menyedekahkan pahala bacaan ayat-ayat al-Quran kepada arwah ayah anda?

ABDULLAH FAHMI: Itu adalah salah satu antara sebabnya. Ayah saya, Che Nor Yusof, meninggal dunia pada tahun 1994 kerana sakit jantung berlubang. Seperti yang kita tahu, pahala bacaan ayat-ayat al-Quran daripada seorang anak akan sampai terus kepada roh ibu bapanya. Bukan sahaja mengaji tetapi saya tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan bapa saya setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari.

Selain anda, adakah adik-beradik anda juga hafiz al-Quran?

Semua adik-beradik saya boleh mengaji al-Quran termasuklah adik bongsu saya yang berusia 12 tahun. Tetapi ada seorang sahaja adik saya yang hafiz al-Quran seperti saya iaitu adik perempuan saya, Jamilah Faqihah, 19, yang kini menuntut di Darul Quran. Dia adalah adik saya yang kelima. Saya sebenarnya ada 11 beradik tetapi seorang daripadanya meninggal dunia sewaktu masih kecil.

Siapakah yang mengajar anda dan adik-beradik anda mengaji al-Quran?

Ibu saya, Che Asma Othman. Ibu mengajar kami mengaji sejak kami masih kecil setiap malam selepas Maghrib hinggalah waktu Isyak. Semasa arwah ayah saya masih ada, dialah yang mengajar kami mengaji.

Sewaktu saya kecil, arwah ayah saya selalu pasang kaset taranum al-Quran di rumah. Ketika berusia lima tahun lagi saya sudah mula tertarik dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Pernahkah anda menyertai pertandingan musabaqah sebelum ini?

Saya mula menyertai pertandingan musabaqah membaca al-Quran mewakili sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Lundang, Kota Bahru ketika bersekolah dalam darjah lima. Itu kali pertama saya mewakili sekolah tetapi sayangnya saya tidak menang. Selepas tamat SPM saya sambung belajar mengaji al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Bahru, Selangor di bawah kendalian JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Berapa lamakah masa yang anda ambil untuk hafal al-Quran?

Belajar membaca dan menghafal al-Quran adalah suatu cabaran yang besar kerana ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Saya sendiri mengambil masa kira-kira dua tahun setengah untuk menghafal 30 juzuk al-Quran. Supaya hafalan saya tidak luput, saya biasanya membaca paling kurang tiga juzuk al-Quran setiap hari.

Apakah perancangan anda selepas tamat belajar nanti?

Selepas tamat belajar di Mesir (selama tiga tahun) nanti, saya mahu menjadi tenaga pengajar mengaji al-Quran atau menjadi imam masjid. Saya mahu mencurahkan ilmu yang saya ada supaya ia dapat dimanfaatkan kepada ramai orang.

Selain membaca al-Quran apakah hobi anda?

Pada waktu lapang, aktiviti yang saya suka lakukan ialah bermain bola sepak dan sukan taekwando. Setakat ini saya dapat tali pinggang merah dalam seni mempertahankan diri itu. Kalau diberi peluang saya suka untuk mencuba sukan berkuda.

Selepas muncul di AQ adakah ramai yang mula mengenali anda terutama ketika muncul di khalayak?

Ada juga yang mengenali saya ketika saya keluar rumah. Selain itu ramai juga kawan-kawan lama saya dan bekas-bekas ustaz yang pernah mengajar saya menghubungi saya dan bertanyakan tentang penyertaan saya dalam AQ. Malah, tidak kurang juga yang menghubungi saya dan mengucapkan tahniah selepas saya menjadi johan AQ baru-baru ini.

Sudah beristeri? Kalau belum, bagaimana calon isteri pilihan anda?

Setakat ini saya belum ada perancangan untuk berkahwin, calon isteri pun belum ada lagi. Buat masa ini saya mahu tumpukan pada pelajaran dahulu. Ciri-ciri calon isteri pilihan saya mestilah bertudung labuh dan ada latar belakang agama.

Akhir sekali, apakah saranan anda supaya generasi muda terutamanya para penonton meminati program mengaji al-Quran seperti AQ?

Bagi saya, minat untuk membaca al-Quran di kalangan golongan muda haruslah dipupuk sejak dari kecil. Ibu bapa harus memainkan peranan itu dengan cara memberi galakan dan sebagainya. Selain itu, program seperti AQ juga boleh dijadikan saluran untuk mempelajari bacaan al-Quran.